ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Hari Bersejarah! BMW Capai Angka Produksi MINI 1 Juta Unit!

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Hari bersejarah tercipta buat BMW Group setelah menghasilkan hatchback 3 pintu MINI unit yang ke-satu juta daripada kilang pengeluarannya di Oxford, England. 


Pencapaian itu dibuat bersamaan dengan sambutan ulang tahun ke-110 jenama MINI, tahun ini.


Ditubuhkan pada tahun 1959, MINI telah melalui beberapa perubahan pemilikan sehinggalah tahun 2000 apabila diambil alih oleh BMW Group. 


Sebaik mengambil alih MINI, jenama Bavaria itu telah membangunkan dan melancarkan hatchback MINI versi moden generasi yang pertama pada tahun 2001 dengan kod casis R50/52/53. Seterusnya model R56/57 generasi kedua dilancarkan pada tahun 2006, diikuti oleh model F55/56/57 generasi ketiga pada tahun 2013. 



Hatchback 3 pintu MINI generasi ketiga (terkini), kod casis: F55/56/57



MINI paling berkuasa pernah dihasilkan, JCW GP, dengan output 302 hp/450 Nm, pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 5.2 saat


Walaupun berubah dari segi saiz dengan output enjin yang bertambah dari tahun ke tahun, hatchback moden yang dihasilkan masih mengekalkan reka bentuk klasik diinspirasikan daripada model MINI yang asal, hasil rekaan Sir Alec Issigonis pada tahun 1959. 


Menurut BMW, MINI 3 pintu yang dihasilkan mempunyai garis badan yang dinamik, bentuk yang jelas, dan overhang pendek, menjadikannya sebuah kenderaan yang sesuai untuk kegunaan di kawasan bandar.


MINI Electric terkini dengan output 184 hp boleh mencapai jarak perjalanan 232 km dengan cas penuh


Walaupun tidak jelas bila pengeluaran model ikonik British ini akan berakhir, model generasi keempat yang telah dilihat baru-baru ini menunjukkan beberapa sentuhan baharu telah diberikan, tetapi secara keseluruhannya masih mengekalkan rekaan klasik yang sama. 


Model hatchback MINI generasi seterusnya itu dijangka akan ditatawarkan dalam versi elektrik tulen, dalam dua varian. Keluaran baharu itu nanti memiliki jarak perjalanan yang lebih jauh dan prestasi yang lebih tinggi berbanding MINI Electric yang kini ditawarkan di pasaran. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX3783

SELANGOR

BSU8465

JOHOR

JG9428J

PULAU PINANG

PSH2351

PERAK

APM7351

PAHANG

CFJ3445

KEDAH

KGJ7196

NEGERI SEMBILAN

NEM5120

KOTA KINABALU

SJV349

KUCHING

QAB9492P

Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

21-05-2024
Berita Auto

24-08-2021
Berita Auto

Berkhemah Atas Bumbung MINI Cooper? Perkenalkan Cooper SE Countryman & Cooper SE!

ada kereta yang lebih sempurna untuk digunakan bagi aktiviti perkhemahan yang akan datang. Kenapa? Dalam artikel ini, penulis dedahkan.

21-06-2021
Berita Auto

16-01-2025
Berita Auto

19-01-2024
Global

17-04-2023
EV

06-04-2023
Berita Auto

10-01-2023

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.