Jualan Proton Meningkat Sebab Ada Model Yang Laku Keras!

Biarpun baru suku pertama tahun 2023, namun jualan pengeluar kereta nasional, PROTON sudah mencecah 40,287 unit sekali gus menunjukakn peningkatan sebanyak 50.9% berbanding tahun lepas.
Peningkatan itu dikatakan ada kaitan dengan jualan pada bulan Mac lalu dimana jualannya mencecah 14,573 unit untuk domestik dan eksport.
PROTON Mac 2023 – Prestasi Model secara Individu (termasuk eksport)
| Model | Jumlah unit terjual | Jumlah jualan 2023 | Pencapaian jualan untuk Mac 2023 |
| Saga | 6,313 | 17,446 |
|
| Persona | 2,421 | 6,773 |
|
| Exora | 426 | 1,094 |
|
| Iriz | 712 | 2,120 |
|
| X70 | 1,272 | 3,186 |
|
| X50 | 3,429 | 9,668 |
|
| Total | 14,573 | 40,287 |
|
Malah, pegangan pasaran bagi bulan ini dianggarkan sebagai 18.7%.
Ini bermakna syarikat mengekalkan kedudukan kedua pada jadual jualan manakala bagi suku pertama, angka itu dianggarkan 21.2%.
Pencapaian itu membolehkan PROTON menjadi jenama dengan peningkatan angka pegangan pasaran suku pertama yang paling tinggi dengan penambahan 4.5% berbanding dengan tahun lepas.
Difahamkan, jualan kenderaan pada bulan Mac telah mencapai rekod baharu dengan jumlah volum industri (TIV) dianggarkan sebanyak 78,000 unit, memecahkan rekod lama sebanyak 76,657 unit yang telah dicatatkan pada bulan Disember 2022.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Roslan Abdullah berkata, pihaknya menunjukkan prestasi yang sangat baik pada suku pertama 2023.

“Kami bangga dengan pencapaian jualan melebihi 40,000 unit namun, kami sedar kadar jualan pada tiga bulan pertama meningkat kerana semua jenama tergesa-gesa untuk menghantar kereta yang ditempah semasa insentif PENJANA.
“Seperti mana diketahui umum, tarikh akhir penghantaran adalah 31 Mac 2023 dan ini membantu menerangkan kenapa TIV dianggarkan sebanyak 78,000 unit pada bulan ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Mengulas lanjut mengenai peningkatan jualan itu, beliau bagaimanapun tidak menolak bahawa gambaran sentimen pasaran yang lebih tepat mungkin akan muncul pada akhir suku kedua.
“Sebaliknya,kami yakin mampu mengekalkan momentum jualan memandangkan Proton X90 akan dilancarkan tidak lama lagi dan kami juga akan ada penambahan ke barisan model lewat tahun ini.
“Malah, kami juga telah membuat pengumuman
tentang komitmen untuk mengembangkan barisan model Kenderaan Tenaga Baru (NEV) yang mampu membawa jenama Proton ke segmen yang baru untuk pertumbuhan jualan jangka panjang,” tambahnya.
Menurutnya, ia dapat membantu PROTON untuk mencapai matlamat rancangan 10 tahun.
“Walaupun ia akan memakan masa yang lama, PROTON teruja dengan peluang untuk mendahului industri automotif Malaysia kearah menjadi habKenderaan Generasi Baru (NxGV),” ujarnya lagi.
Tiga model mendahului jualan segmen manakala Persona kekal sebagai sedan segmen-B terlaris
Di sebalik lonjakan jualan ini, sudah pastinya ada beberapa model yang membantu meningkatkan jualan PROTON.
Manakakan tidak, peningkatan jualan Proton Persona pada 2023 dikatakan agak luar biasa.
Ini kerana jualan Persona terhenti seketika berikutan kekurangan komponen dan cip mikro pada tahun 2022.
Kekangan ini membuatkan hanya lima unit dihantar ke pelanggan pada bulan Julai lepas.
Bagaimanapun, selepas komponen dan cip miro berjaya diatasi , sebanyak 2,421 unit dijual pada bulan Mac 2023
Untuk pengetahuan anda, Proton Persona adalah model sedan segmen-B terlaris untuk tiga bulan berturut-turut.
Jumlah jualan suku pertama pula adalah 6,773 unit, bersamaan penambahan sebanyak 79.2%.
PROTON X50
Hakitnya, populariti Proton X50 tidak pernah tercabar sejak ia dilancarkan.

SUV segmen-B itu tetap mendahului segmennya dan kekal sebagai SUV terlaris di Malaysia dengan 3,414 unit dijual pada bulan Mac.
Jualan suku pertama pula mencatatkan sebanyak 9,668 unit, penambahan 34.4% berbanding dengan 2022.

Seperti biasa, Proton Exora masih kekal sebagai MPV segmen-C terlaris dengan 426 unit dijual pada bulan lepas.
PROTON SAGA
Seperti diketahui umum, model Proton yang paling popular adalah Proton Saga yang mencapai jualan melebihi 6,000 unit untuk bulan kedua berturut-turut dengan 6,313 unit dijual.

Bagi suku pertama, syarikat berjaya menjual 17,446 unit Proton Saga, peningkatan sebanyak 84.6%.
Tidak terkecuali, Proton Iriz dan Proton X70 dimana masing-masing mencapai jualan 712 dan 1,272 unit.
Iriz kekal di tangga ke empat bagi hatchback segmen-B manakala X70 berada di tempat kedua bagi jualan SUV segmen-C.
Apapun tahniah diucapkan kepada PROTON!
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW6479
SELANGOR
BSP7052
JOHOR
JYW1093
PULAU PINANG
PSB9635
PERAK
APH2414
PAHANG
CFG4179
KEDAH
KGF6933
NEGERI SEMBILAN
NEK3225
KOTA KINABALU
SJR7357
KUCHING
QAB7143N
Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Saga Masih Raja, S70 Pula Pecah Rekod! Ini Sebab Kenapa PROTON Semakin Diminati pada 2026
Suku Kedua Bermula Garang! Proton Dominasi Jalan Raya.
07-05-2026
Beli Sekarang atau Gigit Jari! Harga EV Import Bakal Melonjak Lepas 1 Julai
Ini Senarai EV Yang Mungkin Tak Boleh Dijual Lagi Di Malaysia.
07-05-2026
Harga RON95, Diesel Tanpa Subsidi Naik 5 Sen
Harga runcit RON95 tanpa subsidi dan diesel di Semenanjung Malaysia masing-masing naik lima sen.
06-05-2026
Waspada Pemandu! Senarai Lokasi 'Hotspot' Banjir Kilat di Lembah Klang.
Beberapa kawasan di Lembah Klang dilanda banjir kilat.
06-05-2026
Feytech Menang Kontrak Proton RM96.8 Juta; Bakal Bekal Sarung Tempat Duduk Model Baharu Proton
Feytech Holdings Bhd meraih kontrak bernilai RM96.83 juta untuk membekalkan sarung tempat duduk untuk model baharu Proton.
06-05-2026
Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%
MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.
05-05-2026
Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini
Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.
05-05-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat