ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

LAJU SEMACAM: Sime Darby Motors Serah 1,000 BYD Atto 3 Hanya Dalam 100 Hari?

Suhana Veru

Kongsi melalui


Sime Darby Motors melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menyerahkan sekurang-kurangnya  1,000 BYD ATTO 3 hanya dalam 100 hari.

Detik bersejarah ini telah diraikan bersama 1,000 pemilik pertama BYD di Malaysia dalam satu majlis penyerahan besar-besaran yang pertama sepertinya di Stadium Negara Bukit Jalil.


Pengarah Urusan Peruncitan dan Pengedaran Sime Darby Motors Malaysia, Hong Kong dan Macau, Jeffrey Gan, berkata sambutan yang julung kali diadakan ini menandakan satu mercu jaya penting dalam pemasaran kenderaan elektrik Malaysia (EV), mencerminkan tahap populariti dan penerimaan EV yang semakin meningkat di negara ini.

"Kami gembira untuk mengekalkan momentum penyerahan BYD ATTO 3 kepada pelanggan, dan hari ini adalah satu majlis yang bertujuan meraikan semua pemilik kereta baharu.

"Kami akan terus memacu pertumbuhan permintaan EV di seluruh segmen pasaran kami," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Pengarah Urusan BYD Malaysia Sdn Bhd dan PT BYD Motor Indonesia, Eagle Zhao, pencapaian pecah rekod itu sesungguhnya memperlihatkan kerjasama kukuh dengan Sime Darby Motors dan BYD yakin dengan prospek pertumbuhan EV di Malaysia.

"Kami berharap pemilik BYD menikmati pengalaman unik bersama kami pada hari ini dan kami akan terus berusaha membawakan teknologi tenaga dan produk tenaga baharu di Malaysia pada masa depan.

"Kini rakyat Malaysia berpeluang untuk memanfaatkan kelebihan dan keseronokan EV," katanya.


Seiring  dengan kejayaan menyerahkan kenderaan baharu, BYD baru-baru ini membuka bilik pameran terbaharunya di Gurney Plaza, Pulau Pinang.

Untuk makluman, ia terletak di lokasi popular dan mudah dikunjungi di Pulau Pinang selain terdapat bilik pameran yang  menyediakan ruang yang selesa dan menarik.

Para pelanggan juga boleh berinteraksi dengan kakitangan BYD yang dilatih secara profesional dan berpengetahuan, di samping mempelajari lebih lanjut teknologi canggih yang ditawarkan oleh BYD.


Untuk itu, para  pelanggan boleh mengambil kesempatan memandu uji BYD ATTO . 

Stesen pengecasan percuma juga disediakan di tingkat 6 Gurney Plaza.

Pusat perkhidmatan selepas jualan BYD pula terletak hanya enam kilometer dari situ di Sungai Pinang. 

Pusat servis ini menyediakan alat ganti dan perkhidmatan membaiki dan mengecat badan kenderaan, yang tersergam di atas kawasan seluas 20,000 kaki persegi, menyediakan kemudahan lancar dan menyenangkan untuk memenuhi keperluan pelanggan bagi sebarang perkhidmatan selepas jualan.


Bagi yang berminat untuk membeli ATTO 3, ia boleh didapati dalam dua pilihan, dan dijual pada harga daripada RM149,800 bagi Standard Range manakala RM167,800 bagi Extended Range.

Ia hadir dengan lima pilihan warna Surf Blue (Biru Luncur), Parkour Red (Merah Parkour), Boulder Grey (Kelabu Batu), Forest Green (Hijau Belantara) dan Ski White (Putih Ski).


Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW4724

SELANGOR

BSP6477

JOHOR

JYV9107

PULAU PINANG

PSB9042

PERAK

APH1924

PAHANG

CFG4016

KEDAH

KGF6517

NEGERI SEMBILAN

NEK2987

KOTA KINABALU

SJR7078

KUCHING

QAB7054N

Terakhir Kemas Kini 05 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Teknologi

10-02-2026
Global

09-02-2026
Global

06-02-2026
Global
Global

02-02-2026
Global

28-01-2026
Global

20-01-2026
EV

16-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Suku Pertama 2026: MG Motor Malaysia 'Fly' Tinggi dengan Pertumbuhan 57%

MG Motor Malaysia Catat Pertumbuhan Luar Biasa, Jualan Suku Pertama 2026 Melonjak 57%.

05-05-2026
Berita Auto

Aerotrain KLIA Kembali Beroperasi 24 Jam Sehari Hujung Mei Ini

Pengguna kini boleh menarik nafas lega kerana Aerotrain bakal beroperasi.

05-05-2026
Berita Auto

Berhenti Jadi Mangsa Statistik: Volvo Ajak Anda 'Belajar Memandu' Semula di SIC

Selamat Driving Experience merupakan sebahagian daripada kempen Selamat yang dilancarkan oleh Volvo Car Malaysia .

05-05-2026
Berita Auto

Satu Hari, 2,088 Nahas: Disiplin Jalan Raya Makin Merosot?

Sebanyak 2,088 kes kemalangan dilaporkan berlaku di seluruh negara dalam tempoh 24 jam sahaja semalam.

05-05-2026
Berita Auto

Kerajaan Tanggung Subsidi Bahan Api RM5 Bilion Sebulan

Kerajaan mendedahkan jumlah subsidi bulanan melonjak drastik daripada RM700 juta pada Januari lalu kepada RM5 bilion sebulan ketika ini.

05-05-2026
Berita Auto

Nak Tukar EV? Caricarz Automall Tawar TQ Wuling Bingo Harga Mampu Milik

Caricarz Automall menawarkan Tq Wuling Bingo EV terpakai pada harga sangat berbaloi.

05-05-2026
Berita Auto
Berita Auto

Honda Malaysia Perkukuh Dominasi Hibrid; Model e:HEV Kini Dilindungi Jaminan 10 Tahun

Bukan Untuk Model Baharu Sahaja, Pemilik Honda Jazz & City Hybrid Lama Turut Dapat Lanjutan Waranti!

04-05-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.