MELAMPAU: Daihatsu Sanggup Tipu Ujian Keselamatan

Daihatsu Motor Co. mengakui pihaknya telah memalsukan ujian keselamatan kemalangan yang membabitkan bahagian panel sisi pintu pada 88,000 unit kenderaan membabitkan empat model kesemuanya.
Dikhabarkan, mereka sanggup berbuat demikian semata-mata untuk lulus ujian kemalangan
Apa yang cukup mengejutkan ialah antara empat model yang terlibat adalah Perodua Axia 2023. Toyota Vios baharu (dikenali sebagai Yaris Ativ di pasaran Thailand) dan Toyota Agya serta sebuah lagi model yang sedang dibangunkan Daihatsu.
Gara-gara perbuatan itu terbongkas, lantas anak syarikat Toyota itu mengaku perbuatan tersebut dalam satu kenyataan semalam.

Untuk itu, pihak syarikat telah menghentikan pengeluaran kesemua model dengan segera.
Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Daihatsu berkata, lebih 88,000 unit dari model yang terjejas itu telah dijual ke 11 pasaran termasuk di Malaysia, Thailand dan Indonesia, Arab Saudi, Emiriah Arab Bersatu, Kuwait dan Mexico.
Sejurus mengetahui perkara itu, Daihatsu Motor Co. menyatakan bahawa penghantaran stok baharu model yang terjejas ini telah digantung dengan serta-merta.

Daihatsu Motor Co berkata, lapisan dalam pintu tempat duduk depan telah diubah suai secara tidak betul.
“Wujud salah laku terhadap prosedur ujian perlanggaran sisi dan kaedah yang ditetapkan oleh peraturan,”katanya dalam satu kenyataan.
Difahamkan, kemasan pintu pada kenderaan terjejas itu telah diubah suai dengan “notch “bagi mengurangkan risiko dimana panel pintu tersebut boleh pecah dan terhasilnya bucu tajam yang akan mencederakan ketika beg udara sisi diaktifkan.
Malah, pengubahsuaian itu tiada pada kenderaan yang dikeluarkan.


Sementara itu, Pengerusi Toyota, Akio Toyoda berkata, salah laku Daihatsu itu sebenarnya membabitkan keselematan dimana ia menjadi aspek paling utama untuk sesebuah kenderaan.
“Perkara ini tidak boleh diterima sama sekali. Kami akan menyiasat hal ini dengan terperinci dan mengenal pasti punca bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang lagi,” katanya.
Buat masa ini, pihak PERODUA dan Toyota tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian itu.
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2404
SELANGOR
BSU8098
JOHOR
JG8719J
PULAU PINANG
PSH2047
PERAK
APM7068
PAHANG
CFJ3315
KEDAH
KGJ7023
NEGERI SEMBILAN
NEM4982
KOTA KINABALU
SJU9746
KUCHING
QAB9429P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC
Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50
27-10-2026
Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor
DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.
26-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge