ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nak Balik Raya? 2 Juta Kenderaan Banjiri PLUS, Jadi Tiada Sebarang Penutupan Lorong

Suhana Veru

Kongsi melalui


Bagi yang ingin pulang ke kampung halaman,  anda dinasihatkan rancang perjalanan anda!

Ini kerana PLUS Malaysia Berhad menjangkakan sebanyak 2 juta kenderaan akan membanjiri kesemua rangkaian lebuh rayanya sempena ketibaan Hari Raya Aidilfitri.

Ketua Pegawai Operasi PLUS, Datuk Zakaria Ahmad Zabidi berkata, pihaknya menjangkakan kira-kira 2 juta kenderaan akan menggunakan semua rangkaian lebuh raya kami setiap hari  bermula pada 20 April hingga 21 April.

“Aliran juga dijangka sesak pada 24 April hingga 25 April, 29 April hingga 1 Mei dan 4 Mei hingga 7 Mei 2023.

“Jumlah ini merupakan peningkatan sebanyak 20 peratus berbanding jumlah trafik pada hari biasa,” katanya dalam satu kenyataan.


Untuk itu, beliau menyarankan agar orang ramai yang menggunakan rangkaian lebuh raya PLUS supaya merancang perjalanan mereka dengan baik dan pulang ke kampung lebih awal.

“Langkah itu perlu diambil bagi mengelakkan mereka terperangkap dalam lonjakan trafik terutama pada hari puncak,” tambahnya.

Sementara itu, bagi menguruskan lonjakan trafik pada perayaan kali ini, PLUS telah membuat persediaan dan mengatur pelbagai strategi bagi membantu orang ramai menikmati perjalanan yang lebih selamat dan selesa.

Bagi memastikan perjalanan di lebuh raya lebih lancar dan selesa, PLUS akan menghentikan sementara kerja-kerja naik taraf dan penyelenggaraan di lebuh raya mulai 19 April hingga 1 Mei akan datang. 

“Sepanjang tempoh tersebut, tiada penutupan lorong akan dilaksanakan namun jika  berlaku kes-kes kecemasan serta terdapat kerja pembaikan kritikal, penutupan lorong terpaksa dijalankan bagi memastikan keselamatan pengguna lebuh raya ketika musim perayaan ini.

PLUS akan turut mengeluarkan jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) untuk perjalanan di Lebuhraya Utara-Selatan dalam tempoh terdekat.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS6830

SELANGOR

BSU2167

JOHOR

JF2454J

PULAU PINANG

PSG1277

PERAK

APL9041

PAHANG

CFH9183

KEDAH

KGJ3437

NEGERI SEMBILAN

NEM1780

KOTA KINABALU

SJU4217

KUCHING

QAB7048P

Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

25-11-2025
Berita Auto

10-11-2025
Berita Auto
Berita Auto

21-10-2025
Berita Auto

25-09-2025
Berita Auto

09-09-2025
Berita Auto

04-08-2025

Berita Terkini

Berita Auto

F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt

Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas

01-10-2026
Berita Auto

Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu

Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.

30-09-2026
Berita Auto

Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia

Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.

30-09-2026
Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.