ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Perodua Catat Pengeluaran Bulanan Tertinggi, Lebih 30K Unit Sebulan

Sofea Najmi

Kongsi melalui


Perodua Axia 2023 lebih bergaya dan canggih


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (Perodua) mencatatkan jualan sebanyak 32,179 unit kenderaan sepanjang bulan Mac 2023. Kenaikan sebanyak 29% berbanding 24,936 unit yang terjual pada bulan Februari. Pada bulan Mac juga, Perodua merekodkan jumlah pengeluaran tertinggi iaitu 33,666 unit. 


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad, berkata pencapaian itu disumbangkan oleh beberapa faktor, antaranya adalah menerusi usaha syarikat untuk memenuhi tempahan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) sebelum 31 Mac 2023.


Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad sewaktu berucap dalam majlis pelancaran Axia baharu pada bulan Februari tahun ini


"PERODUA juga telah melakukan penambahbaikan pengeluaran di seluruh ekosistem pembekal dan penyelarasan yang lebih baik dalam rangkaian jualan," katanya dalam satu kenyataan.


Angka jualan yang dicatatkan pada bulan Mac tahun ini juga adalah 20.2% lebih tinggi berbanding bulan sama tahun lalu menjadikan jualan untuk tiga bulan pertama tahun ini 27.5% lebih tinggi (78,564 unit) berbanding 61,624 unit yang terjual sepanjang tempoh sama pada tahun 2022. 


Perodua Alza 


Tambah beliau, hanya sejumlah kecil tempahan daripada PENJANA yang tidak sempat diserahkan kepada pelanggan. 


"Kami akan meneruskan pengecualian cukai jualan sebagaimana yang dijanjikan di bawah inisiatif terbabit. Kami juga memohon maaf di atas tempoh menunggu yang lama," katanya.


Menjelaskan mengenai momentum jualan PERODUA, beliau berkata, ia dijangka akan terus menunjukkan peningkatan di masa hadapan memandangkan jumlah tempahan kereta keluaran jenama ini kekal positif. Tambahnya lagi, tempoh menunggu untuk beberapa model tertentu juga berjaya dikurangkan ekoran pertumbuhan pengeluaran yang menunjukkan peningkatan secara berterusan. 


Perodua Bezza


"Malah, bagi sesetengah model kami, tempoh menunggu telah berkurangan dengan signifikan, hanya beberapa model seperti Bezza, Axia dan Alza yang mempunyai tempoh menunggu yang lebih panjang, bergantung kepada pilihan varian dan warna," katanya.


Mengulas lanjut mengenai perkara ini, Zainal Abidin berkata, penurunan harga bahan mentah di peringkat global baru-baru ini telah mengurangkan tekanan kos kepada pembekal dan pemain industri automotif termasuk PERODUA. 


"Situasi ini memberi kelebihan yang mana kami boleh memanfaatkannya dengan menyiapkan stok kenderaan lebih cepat dan dalam masa yang sama mengurangkan tempoh menunggu pelanggan," katanya.



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRT6845

SELANGOR

BSU3764

JOHOR

JF6065J

PULAU PINANG

PSG3794

PERAK

APM1960

PAHANG

CFJ647

KEDAH

KGJ4457

NEGERI SEMBILAN

NEM2595

KOTA KINABALU

SJU5267

KUCHING

QAB7463P

Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

12-10-2026
Kereta Baru

01-10-2026
Berita Auto

17-09-2026
EV

15-09-2026
Berita Auto

14-09-2026
Berita Auto

07-07-2026
Berita Auto

18-06-2026
Berita Auto

04-06-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak

Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.

13-10-2026
Berita Auto

Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?

Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?

12-10-2026
Berita Auto

Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman

Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.

12-10-2026
Berita Auto

MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan

EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.

12-10-2026
Berita Auto

BYD Seal Rempuh Bezza: Budak 5 Tahun Terkorban

Selepas rempuh, pemandu BYD Seal berusia 24 tahunmeninggalkan lokasi kejadian.

12-10-2026
Berita Auto

Chery Tiggo Cross Sport Edition vs Proton X50 Sport Edition: Mana Lebih Berbaloi?

Pilih Mana? Chery Tiggo Cross Sport atau Proton X50 Sport Edition.

12-10-2026
Berita Auto

Perhatian Pemilik Omoda 5: Chery Panggil Balik Varian C, H Omoda 5

Chery Auto Malaysia Laksana Kempen Panggil Balik Omoda 5 Tapi Hanya Varian C dan H.

11-10-2026
Berita Auto

JPJ Gantung VTA Chery Omoda 5 Susulan Gandar Tercabut

Pendaftaran Chery Omoda 5 Digantung JPJ, Ini Sebabnya.

11-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.