ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Pusat Baik Pulih Badan Dan Cat Volvo Yang Terbesar Kini Terletak Di P.Pinang

Suhana Veru

Kongsi melalui


Volvo Car Malaysia telah membuka pusat Volvo Car Damage Repair Centre yang terbesar di Malaysia baru-baru ini.

Fasiliti itu yang terletak di Juru, Pulau Pinang dilengkapi sistem moden dan termaju dimana ia dapat memastikan kerja-kerja baik pulih badan kereta dan cat berada pada kualiti yang tertinggi.

Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia, Charles Frump berkata, pembukaan pusat servis terbaharu itu menandakan komitmen pihaknya  dalam menyediakan perkhidmatan penjagaan selepas jualan yang terunggul kepada pelanggan.

“Para pelanggan sentiasa menjadi keutamaan kami dan hanya dalam jangka masa setahun, kami sudah membuka tiga pusat servis khas ini.


“Kami harap ia  dapat memberikan keyakinan kepada pelanggan bahawa mereka tetap terjaga dengan penjagaan standard antarabangsa Volvo,” katanya dalam satu kenyataan.

Dengan kedudukan yang strategik berhampiran lebuh raya utama, pusat ini memiliki keluasan sekitar 40,000 kaki persegi .

Pusat ini dikatakan berupaya mengendalikan jumlah kereta Volvo yang banyak.


Ia direka bentuk secara moden dan praktikal untuk melengkapi estetik berunsur Scandinavia yang dibawa oleh jenama Volvo bersama sistem termaju yang selaras dengan teknologi hijau terkini. 

Antaranya adalah sistem pemeriksaan dan pembaikan kenderaan termaju, Car-O-Liner yang membolehkan juruteknik mengesan segala kerosakan, termasuklah yang mungkin tidak dapat dilihat pada mata kasar. 


Dengan Car-O-Liner, kerangka badan kereta yang rosak boleh dijajarkan semula mengikut standard kilang dengan tepat, pantas dan selamat untuk memastikan kepuasan pelanggan.


Bukan itu sahaja, pusat ini juga mempunyai ruang cat yang khusus iaitu bilik adunan PIVAB dan ruang semburan PIVAB. 

Bilik cat PIVAB menyediakan persekitaran terkawal untuk juruteknik mengadun cat dengan tepat dan konsisten, manakala ruang semburan PIVAB membantu menyingkirkan partikel dari udara, untuk menyediakan ruang kerja yang lebih selamat.


Pusat servis khas Volvo Car Damage Repair Centre ini terletak di Lot 829, Jalan Saga Jaya 3, Taman Perindustrian Saga Jaya, 13600 Perai, Pulau Pinang.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.volvocars.com/my atau ikuti Volvo Car Malaysia di Facebook http://bit.ly/VolvoMY- FB dan Instagram di http://bit.ly/VolvoMY-IG. 


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX2463

SELANGOR

BSU8148

JOHOR

JG8742J

PULAU PINANG

PSH2060

PERAK

APM7084

PAHANG

CFJ3324

KEDAH

KGJ7027

NEGERI SEMBILAN

NEM4987

KOTA KINABALU

SJU9763

KUCHING

QAB9435P

Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

30-09-2026
Kereta Baru

08-09-2026
Pandu Uji

08-03-2026
Berita Auto

23-01-2026
Kereta Baru

03-01-2025
Global

05-09-2024
Kereta Baru

28-02-2024
Pandu Uji

24-06-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.