- Berita
- Berita Auto
- Xpander & Triton Laku Keras, Mitsubishi Motors Malaysia Capai Jualan Tertinggi Sejak 2005!
Xpander & Triton Laku Keras, Mitsubishi Motors Malaysia Capai Jualan Tertinggi Sejak 2005!

Mitsubishi XPANDER
Pengedar rasmi kenderaan keluaran Mitsubishi Motors, MITSUBISHI MOTORS MALAYSIA (MMM) terus menunjukkan pertumbuhan jualan selepas penutupan Tahun Kewangan 2022 antara bulan April 2022 – Mac 2023 dengan jualan lebih 27% berbanding tempoh sama tahun lalu.
MMM berjaya mencapai jualan tertinggi sejak awal penubuhannya pada tahun 2005 dan mengekalkan kedudukan tiga teratas dalam senarai jualan kenderaan bukan nasional melalui jualan sebanyak 24,315 unit dengan bahagian pasaran 3.2%.

Mitsubishi XPANDER
Mitsubishi XPANDER terus kekal sebagai MPV bukan nasional paling popular di Malaysia dengan pertumbuhan jualan sebanyak 52.2% berbanding Tahun Kewangan 2021 (April 2021 - Mac 2022). MMM telah menjual 13,794 unit XPANDER yang menyumbang 57% kepada jumlah jualan keseluruhan syarikat.

Triton VGT Athlete
Turut mencatatkan pencapaian jualan yang memberangsangkan, trak pikap Mitsubishi Triton dengan pertumbuhan jualan 12% berbanding tahun kewangan sebelumnya. MMM telah menjual 10,520 unit Triton dan mengekalkan bahagian pasaran yang kukuh sebanyak 18%, meletakkannya di tempat kedua dalam segmen trak pikap.
Ketua Pegawai Eksekutif MMM, Shinya Ikeda berkata, "Triton dan XPANDER telah menjadi pemacu pertumbuhan jualan kami dalam Tahun Kewangan 2022. Sebagai penutup tahun kewangan yang berjaya, kami akan terus memberi tumpuan kepada peningkatan pengalaman pembelian dan perkhidmatan pelanggan untuk memenuhi keperluan yang berubah-ubah, dengan menjanjikan pengalaman yang lancar."
Tambah beliau, "Di peringkat global, Mitsubishi Motors Corporation (MMC) baru-baru ini telah memperkenalkan Mitsubishi XRT, model konsep Triton baru sepenuhnya sewaktu Pameran Automotif Antarabangsa Bangkok ke-44 tahun 2023. Bagi persaingan Asia Cross Country Rally 2023 yang akan datang, pasukan Mitsubishi Ralliart merancang untuk bertanding dengan model prototaip lintas negara (cross-country) Triton baru sepenuhnya dalam usaha untuk meraih kemenangan berturut-turut buat kali yang kedua.
Penyertaan kami dalam perlumbaan rally dapat dilihat bukan hanya pada model Triton baharu tetapi juga pada pelbagai rangkaian kenderaan Mitsubishi. Kami optimistik tentang masa depan jenama Mitsubishi Motors dan kehadirannya di Malaysia."

Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQE2458
SELANGOR
BSK9741
JOHOR
JYN1593
PULAU PINANG
PRW6730
PERAK
APD4532
PAHANG
CFE4869
KEDAH
KGD4804
NEGERI SEMBILAN
NEH9471
KOTA KINABALU
SJP3425
KUCHING
QAB7648M
Terakhir Kemas Kini 19 Dec, 2025
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.64
-0.02
RON 97
RM 3.27
-0.02
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.06
-0.02
EURO 5 B7
RM 3.26
-0.02
Terakhir Kemas Kini 11 Dec, 2025
Berita Berkaitan
Pusat 3S Mitsubishi Eon Auto Mart Kini Di Melaka Autocity
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) bersama rakan pengedarnya, Eon Auto Mart (EAM), hari ini mengumumkan pemindahan dan naik taraf bilik pameran Mitsubishi Motors di Melaka.
16-11-2025
Dilancar: Mitusbishi Triton Athlete 2025 Kini Ditambah Baik Dengan Ciri Baharu
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) melancarkan Triton Athlete yang kini tampil dengan beberapa ciri terbaharu sempena ulang tahun ke-20 mereka di pasaran tempatan.
11-06-2025
Varian Asas Mitsubishi Xpander 2025 Kini Dilengkapi Ciri Premium – Terhad 200 Unit, Dari RM104K
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) hari ini telah melancarkan peningkatan kecil pada varian asas model Xpander. Hanya 200 unit disediakan, Xpander edisi terhad ini dilengkapi dengan pelbagai aksesori yang sebelum ini ditawarkan sebagai pilihan tambahan.
10-01-2025
Mitsubishi Motors Malaysia Buka Lagi Pusat 4S Di Sarawak
MMM dan pengedar sah Auto Pacifica Sdn Bhd, membuka Pusat 4S Mitsubishi Motors kedua di Kota Samarahan, Sarawak.
19-11-2024
Minat Dengan Mitsubishi Triton? Jom Pandu Uji Triton Di MRANTI, Bukit Jalil
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) menganjurkan acara pandu uji awam Mitsubishi Triton generasi keenam selama dua hari, bermula esok di MRANTI, Bukit Jalil.
18-10-2024
Mitsubishi Triton Laku Keras, Orang Malaysia Minat Triton Sebab Serba Boleh
Mitsubishi Motors Malaysia mengakui bahawa jualan dan sambutan terhadap model Mitsubishi Triton cukup menggalakkan di negara ini.
17-10-2024
Pusat 3S Ketiga Mitsubishi Motors Dibuka di Terengganu
Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) terus memperkukuh kehadirannya di negeri Terengganu dengan pembukaan Pusat 3S (Jualan, Servis & Alat Ganti) baharu di Jerteh.
15-10-2024
Pandu Uji Mitsubishi Xpander 2024: Jimat Minyak, Patutlah Laku Semacam
Pada minggu lepas, penulis dan beberapa media lain berpeluang memandu uji secara ringkas Mitusbishi Xpander 2024.
30-09-2024
Berita Terkini
Tiada Kenaikan Tol Bagi 10 Konsesi Lebuh Raya Pada Tahun Hadapan
Mesyuarat Jemaah Menteri telah memutuskan tiada kenaikan tol bagi 10 konsesi lebuh raya untuk 2026.
18-12-2025
JPJ Buat Laporan Polis Sebab Nombor Pendaftaran "EE"
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan dakwaan pengeluaran tanda indeks nombor pendaftaran kenderaan siri “EE” susulan penularan sepucuk surat di media sosial.
18-12-2025
Pandu Uji Model PHEV Chery & Berpeluang Menang Hadiah Cecah RM200K!
Chery Malaysia kini menawarkan promosi akhir tahun yang cukup lumayan, memberikan orang ramai peluang keemasan untuk memenangi hadiah keseluruhan bernilai RM200,000 melalui sesi cabutan bertuah khas.
18-12-2025
Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris Runtuh, Mujur Tiada Yang Maut
Gara-gara hujan lebat, Jalan Aring 8–Kenyir–Kuala Jeneris, Terengganu pula runtuh, semalam.
18-12-2025
Plus Jangka 2.2 Juta Kereta Sehari Sempena Cuti Sekolah, Krismas
PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan 2.2 juta kenderaan akan membanjiri lebuh raya dalam sehari bermula dari 19, 20, 22, 23, 24, 26 dan 27 Disember ini.
18-12-2025
Perhatian, Harga Minyak Turun Lagi Bermula 18-24 Dis 2025
Semua harga minyak turun bermula 18 hingga 24 Disember ini.
17-12-2025
Perodua Traz Dilancar, Perodua Sasar Jual 1,900 Unit Sebulan
Perodua mengakui model terbaharunya, Perodua Traz yang baru sahaja dilancarkan pagi tadi mempunyai pasarannya yang tersendiri.
17-12-2025
Tiada Cukai Jalan, Insurans, JPJ Tidak Akan Kompromi Dengan Sesiapa!
JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu yang yang memandu kenderaan tanpa perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) sah.
17-12-2025
Tunjuk Lebih
trending_flat