AC Cobra GT, Model Ikonik Era 60-an

AC Cobra Gt Roadster 2023 diperkenalkan dalam satu acara khas yang diadakan di Stadium Totenham Hotspur, London pada minggu lepas.
Dikhabarkan pengeluar kereta tertua di Britain, AC Cars ada menyediakan dua pilihan trenkuasa.
Yang pertama ia menggunakan enjin 5.0 liter Coyote V8 yang diperoleh daripada Ford Mustang, dimana ia mampu menghamburkan kuasa setinggi 454 hp dan tork 570 Nm.

Sementara itu, model flagship yang ditawarkan secara eksklusif pula mampu menjana kuasa setinggi 654 hp dan 780 Nm.
Seperti model asal, AC Cars juga telah menyediakan dua pilihan transmisi.
Para pelanggan boleh memilih antara manual 6-kelajuan atau unit automatik 10-kelajuan dimana kedua-duanya ada menawarkan pedal tukaran.

Menurut AC Cars, model flagship mampu memecut dari 0-96 kilometer sejam hanya dalam 3.4 saat.
Menyentuh mengenai beratnya, berat keseluruhan kereta ini adalah sekitar 1,450 kilogram sahaja.
Ya ia agak ringan. Ini kerana ia dihasilkan dengan menggunakan gentian karbon ringan dan bahan komposit yang digunakan dapat menghasilkan reka bentuk badan retro yang bergaya.

Dari segi rekaan pula, AC Cobra GT Roadster dilihat banyak mengambil inspirasi daripada pendahulunya.
Namun model kali ini agak berbeza dan tampak moden kerana penggunaan kedua-dua lampu LED dan roda yang lebih besar.

Mengenai dimensinya, ia lebih panjang 110mm berbanding AC Cobra Mk.
Sementara itu, kabin kereta dua tempat duduk ini agak serba baharu ditambah dengan meter-meter berbentuk bulat gaya retro.
Terdapat juga butangStart/Stop namun ia tersembunyi di bawah penutup berwarna merah yang boleh dibuka seperti model-model Lamborghini.
Malah, terdapat juga satu unit skrin infotainmen bersaiz kecil.
Datang kepada harganya, AC Cobra GT Roadster 2023 baharu ini agak mahal memandangkan AC Cars merancang untuk membina hanya 250 unit untuk dijual pada setiap tahun
Harga permulaan adalah sekitar £285,000 (lebih kurang RM1.6 juta.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6845
SELANGOR
BSU3764
JOHOR
JF6065J
PULAU PINANG
PSG3794
PERAK
APM1960
PAHANG
CFJ647
KEDAH
KGJ4457
NEGERI SEMBILAN
NEM2595
KOTA KINABALU
SJU5267
KUCHING
QAB7463P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge