Barang Hot: NETA V Laku Keras

Intro Synergy Sdn.Bhd mengesahkan pihaknya telah menerima 100 tempahan untuk kereta elektrik terbaharu, Neta V.
Tempahan itu dibuat sepanjang Malaysia Autoshow 2023 yang berlangsung sejak 4 hingga 7 Mei lalu di MAEPS, Serdang.
Apa yang menarik, sesiapa yang menjadi 100 pelanggan terawal yang menempah Neta V, mereka layak menerima layak menerima baucar bernilai RM10,000.

Dengan baucar itu, 100 pelanggan terawal dapat membeli EV itu pada harga semurah RM88,900.
Harga asal selepas pameran ialah RM99,800.
Berbalik kepada cerita 100 pelanggan Neta V, Intro Synergy Sdn.Bhd menyampaikan cenderahati berbentuk miniatur Neta V kepada pelanggan ke-100, Puan Muhaya Salleh.
Sementara itu, Ketua Pegawai Strategi Kumpulan Go Auto, Mohd Norazli Mohd Salleh berkata, pihaknya cukup berbesar hati kerana berjaya mencapai 100 tempahan sempena Malaysia Autoshow 2023 baru-baru ini.

“Kami mengucapkan terima kasih kepada Puan Muhaya kerana menjadi pelanggan yang ke-100 kami,” katanya.
Muhaya pula berkata, dia sememangnya sedang mencari kereta elektrik yang bukan sahaja mesra alam tetapi juga bergaya.
“Neta V ini adalah hadiah istimewa buat anak perempuan saya. Saya sebenarnya dah lama jatuh hati dengan Neta V kerana penampilannya yang moden termasuk tawaran jaminannya,”ujarnya.

Sedikit maklumat mengenai Neta V, ia adalah model Touchable Smart EV di mana ia direka untuk menawarkan pilihan mesra alam dan lestari untuk pemandu Malaysia
Model ini dikuasakan oleh pek bateri 38.5kWh yang menawarkan jarak perjalanan sehingga 380 kilometer (km) dengan sekali cas.


Motor elektrik kereta itu menghasilkan kuasa sehingga 95kW dan tork maksimum 160Nm, sekali gus membolehkan Neta V memecut dari 0 hingga 50 kilometer sejam (km/j) dalam masa 3.9 saat sahaja.
Neta V menyokong pengecasan pantas dan perlahan, selain melalui pengoptimuman sistem pengurusan bateri, di mana masa mengecas boleh dipendekkan (pengecasan pantas DC 30 hingga 80 peratus hanya mengambil masa 30 minit).

Neta V turut hadir dengan pakej waranti badan selama 10 tahun atau sehingga 200,000 km, waranti bahagian am 5-tahun atau sehingga 150,000 km dan jaminan bahagian voltan tinggi EV selama 8-tahun atau sehingga 180,000 km.
Dikhabarkan Intro Synergy akan memperkenalkan lebih banyak model daripada jenama milik Hozon New Energy Auto tidak lama lagi.
Teruskan bersama CariCarz.com.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM4521
SELANGOR
BST1942
JOHOR
JD416J
PULAU PINANG
PSF463
PERAK
APK9244
PAHANG
CFH5323
KEDAH
KGH7059
NEGERI SEMBILAN
NEL5570
KOTA KINABALU
SJT6684
KUCHING
QAB4453P
Terakhir Kemas Kini 26 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pemilik EV Boleh Lega, PLUS, LPT2 Sediakan 350 Titik Pengecas EV
PLUS dan LPT 2 bakal menyediakan 350 titik pengecas EV.
25-08-2026
EV Makin Banyak Tapi Pengecas EV Di Lebuhraya Tak Cukup
Dilema Pemandu EV: Pengecas EV Di Lebuhraya Masih Tak Cukup.
24-08-2026
Had Insurans Rumah RM50k Tak Cukup Jika EV Terbakar
Ingat Insurans Cover Full? Had Liabiliti Rumah Sebenarnya Cuma RM50k.
24-08-2026
Berapa EV Terbakar Di Malaysia
Kebakaran EV: Bomba Cadang Wujudkan Garis Panduan Keselamatan Pengecasan EV Di Rumah.
19-08-2026
EV Punca Rumah Ratusan Ribu Terbakar
Adakah salah EV atau pengecas EV yang tidak mematuhi piawaian.
17-08-2026
Hanya 20 Bulan, Proton e.MAS Tembusi 30,000 Pendaftaran Di Malaysia
Gempur Jalan Raya, Proton e.MAS Pecah Rekod 30,000 Unit, Sah Jadi Raja EV Paling Laku Keras di Malaysia.
12-08-2026
Jual EV Murah Di Malaysia: Ini 2 Syarat Dipastikan Ada
2 Syarat Sebelum Jual EV Murah Di Malaysia — Elak Rakyat Terbeban!
10-08-2026
Tekejut: Pembeli Perodua QV-E Terawal Terima Bayaran Balik RM16,501
Perodua Pulangkan RM16,501 Kepada Pembeli Terawal QV-E, Rupanya Ada Sebabnya.
06-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat