Chery Omoda 5 & Tiggo 8 Pro: Unit Pameran Mendarat Di Malaysia Jun Ini

Chery Omoda 5 (kiri) dan Tiggo 8 Pro (kanan) yang akan digunakan sebagai unit pameran di Malaysia
Chery Malaysia telah memulakan penghantaran beberapa model Chery yang dikilangkan di Wuhu, China. Dua model dibawa masuk iaitu Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro. Kumpulan pertama penghantaran ini dijangka akan mendarat pada bulan Jun nanti dan akan digunakan sebagai unit pameran di sebuah pusat pameran di negara ini.
Bagaimanapun, jumlah kenderaan yang dibawa masuk ke Malaysia tidak didedahkan. Tetapi berdasarkan gambar yang didedahkan syarikat itu, sekurang-kurangnya 3 unit Omoda 5 dan 3 unit Tiggo 8 Pro telah disediakan untuk dieksport.

Gambar ini memaparkan sekurang-kurangnya 3 unit daripada setiap model bakal dihantar ke Malaysia sebagai unit pameran
Seperti yang diumumkan semasa Malaysia Autoshow 2023 pada awal bulan ini, Chery akan melakukan pemasangan tempatan (CKD) kedua-dua model ini dengan rakan kongsi Inokom di kilang Inokom di Kulim, Kedah. Selain itu, model Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro turut dipamerkan secara awam untuk kali pertama semasa Malaysia Autoshow 2023.
Selain operasi CKD, Chery Malaysia juga merancang untuk membuka pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di Malaysia bagi usaha pengujian di peringkat serantau. Syarikat ini juga sedang merancang untuk menubuhkan pusat latihan dan pusat pengedaran alat ganti di Malaysia.
Berkaitan dengan rangkaian jualannya, Chery Malaysia sebelum ini mengumumkan bahawa mereka bercadang untuk menubuhkan rangkaian yang membabitkan 70 pengedar di seluruh negara. Ini akan dilakukan sebelum pelancaran rasmi model Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro yang dijadualkan pada bulan Jun ini.
Untuk pengetahuan pembaca, Omoda 5 akan memasuki segmen SUV crossover dan bersaing dengan model seperti Proton X50 dan Honda HR-V. Ia dikuasakan oleh enjin 4-silinder turbo 1.5L yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT.



Chery Omoda 5 yang dipamerkan semasa Malaysia Autoshow 2023
Antara kelengkapan yang menarik adalah termasuk sistem infotainmen dengan sambungan tanpa wayar untuk Android Auto dan Apple CarPlay, pencahayaan LED penuh, dua paparan digital yang interaktif, kawalan iklim jenuh sentuhan, corong udara untuk keselesaan penumpang belakang, serta sistem audio Sony 8-speaker.
Sementara itu, Tiggo 8 Pro pula ialah SUV crossover yang lebih besar dengan 3 barisan tempat duduk. Semasa Malaysia Autoshow 2023 yang diadakan baru-baru ini, model versi facelift Tiggo 8 Pro telah dipamerkan, ia hadir dengan reka bentuk gril "galaksi" baharu dari Chery, bar lampu belakang LED, dan rim yang lebih besar, bersaiz 19 inci.



Chery Tiggo 8 Pro yang dipamerkan semasa Malaysia Autoshow 2023
Tiggo 8 Pro dikuasakan oleh enjin turbo 4-silinder 2.0 liter dan dipadankan dengan transmisi DCT 7-kelajuan. Ciri utama yang terdapat di dalamnya termasuk modul dua paparan digital yang interaktif, kawalan iklim dwi-zon dengan corong udara belakang, pintu belakang jenis automatik, bumbung suria dan banyak lagi. Model ini menjadi pesaing kepada Proton X90, Peugeot 5008, dan Kia Sorento baharu.
Nantikan maklumat lebih terperinci mengenai kedua-dua model ini sebaik dilancarkan secara rasmi tidak lama lagi!
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX6079
SELANGOR
BSU9023
JOHOR
JH1295J
PULAU PINANG
PSH2802
PERAK
APM7831
PAHANG
CFJ3602
KEDAH
KGJ7418
NEGERI SEMBILAN
NEM5341
KOTA KINABALU
SJV856
KUCHING
QAB9604P
Terakhir Kemas Kini 06 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang
Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.
05-11-2026
Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi
Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.
05-11-2026
ECRL Ke Rantau Panjang: Kerajaan Peruntuk RM200 Juta
Peruntuk RM200 Juta Sambungan ECRL Kota Bharu-Rantau Panjang.
05-11-2026
Tempah Servis BYD Guna OneGo App, Nikmati Diskaun RM50
Pemilik BYD kini boleh tempah untuk servis kereta guna OneGo.
05-11-2026
Pemenang Kempen Tonton Terima Nissan Kicks e-POWER
Pemenang Bertuah Kempen Tonton Bawa Pulang Nissan KICKS e-POWER.
05-11-2026
Jualan Proton Oktober Melonjak, Hampiri Sasaran 200k
Prestasi pada bulan Oktober pula meletakkan syarikat semakin hampir untuk mencapai jualan tahunan sebanyak 200,000 unit buat kali pertama sejak tahun 2002.
04-11-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge