Elak Kenaikan Tol, Konsesi Lebuhraya Mungkin Dilanjutkan

Kerajaan sedang mengkaji peluang untuk melanjutkan tempoh konsesi pengendali lebuhraya di Semenanjung Malaysia selama 30 tahun sebagai langkah untuk mengelakkan kenaikan tol semasa.
Perkara ini dilaporkan masih dalam proses penilaian oleh pihak Kabinet. Jika mendapat kelulusan, pengumuman rasmi mengenai pelaksanaan lanjutan konsesi tersebut dijangka akan dibuat pada pertengahan tahun ini, lapor The Edge.

“Saya diberitahu bahawa kerajaan sedang melihat untuk menaikkan tempoh sehingga 30 tahun untuk semua pemegang konsesi.
“Ia mungkin akan diumumkan pada separa kedua tahun ini,” kata sumber yang enggan didedahkan itu kepada The Edge.
Sumber yang sama turut memberitahu bahawa kerajaan telah memaklumkan pengendali lebuhraya mengenai kemungkinan lanjutan tempoh konsesi.

Laporan ini juga menyatakan bahawa lanjutan tempoh konsesi bertujuan untuk mengelakkan kenaikan kadar tol selain menghindari kerajaan membayar pampasan kepada pengendali lebuhraya yang sedia ada. Selain itu, tawaran untuk melanjutkan konsesi tol juga dipertimbangkan sebagai satu pertukaran untuk mengurangkan kadar tol.
Langkah ini bukanlah perkara baru kerana tiga tahun yang lalu, kerajaan melalui Kementerian Kewangan yang diketuai oleh Lim Guan Eng telah mengurangkan kadar tol lebuhraya kendalian PLUS Malaysia Berhad sebanyak 18% sehingga tahun 2058. Pengurangan ini dilakukan setelah kerajaan memanjangkan tempoh konsesi tol yang sepatutnya berakhir pada tahun 2038 hingga 2058.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR4702
SELANGOR
BST9725
JOHOR
JE7397J
PULAU PINANG
PSF8056
PERAK
APL6952
PAHANG
CFH8324
KEDAH
KGJ2422
NEGERI SEMBILAN
NEM362
KOTA KINABALU
SJU2659
KUCHING
QAB6231P
Terakhir Kemas Kini 26 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Pecah Kereta Jemaah Tabligh: Suspek Pulang Semula Barang Curi
Pencuri Pulangkan Balik Barang Selepas Pecah Kereta Jemaah Tabligh.
25-09-2026
Pemilik Stesen Minyak Didenda RM25k Jual RON95 Kepada Kereta Asing
Isu Ketirisan Subsidi: Stesen Minyak Di Perak Didenda Jual RON95 Kepada Warga Singapura.
25-09-2026
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat