Ghairah Betul BMW XM Label Red!

BMW Malaysia memperkenalkan jentera terbaharunya, BMW XM Label Red yang dijual pada harga RM1.6 juta.

BMW XM Label Red baharu ini dirumus untuk menunaikan janji Sheer Driving Pleasure dengan mengetengahkan elemen kuasa dan kemewahannya.


Apa yang cukup menarik ialah ia hadir dengan lebih 50 opsyen warna bagi memaksimumkan aspek personalisasi.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser berkata, BMW XM Label Red adalah BMW yang paling berkuasa tinggi pernah dibangunkan setakat ini.
“Iterasi BMW XM tersebut menjamin keterujaan dan keupayaan personalisasi buat para pelanggan yang mementingkan aspek kemewahan dan juga prestasi dinamik,” katanya dalam satu kenyataan sebentar tadi.
Bercerita mengenai BMW XM Label Red ini, ia menggabungkan sistem BMW M Hybrid yang efisien dengan enjin V8 M TwinPower Turbo 4.4 liter bagi membolehkan ia menghamburkan kuasa setakat 738hp dan tork 1,000 Nm.
Ia mampu memecut dari kelajuan 0 hingga 100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam masa 3.8 saat.
Sistem BMW M Hybrid tersebut juga menjamin tahap keefisienan yang tinggi kerana mampu membekalkan jarak operasi elektrik sejauh 83 kilometer (WLTP).
BMW XM Label Red yang seiras dengan BMW XM turut diperkayakan dengan dua opsyen warna baharu bagi jalur aksennya, iaitu Toronto Red atau Shadowline.
Kedua-duanya disempurnakan dengan garis bentuk merah pada model ‘XM’ yang terletak di pintu hadapan.
Ia boleh disesuaikan dengan 50 opsyen warna dan para penggunaboleh memadangkan warna tersebut dengan BMW Individual Visualizer.

SAV baharu ini juga hadir dengan dua opsyen roda yang baharu sebagai elemen individualiti tambahan, iaitu set roda aloi ringan M 22 inci.
Ia didatangkan dengan dwiwarna dimana aksen merah sepadan dengan jalur aksen Toronto Red, manakala set roda aloi ringan M 23 inci pula digandingkan dengan aksen hitam dalam penggayaan Star Spoke.


Warna ini dilihat sepadan dengan jalur aksen Shadowline.
Motif dwiwarna yang menawan juga dapat dilihat di dalam jentera BMW XM Label Red, seperti pada upholsteri mewahnya yang menampilkan tekstur berbentuk berlian dengan sulaman merah.
Aksen merah turut dapat dilihat pada panel instrumen, trim pintu, serta konsol sentral.


Jika anda berminat dengan jentera ini, BMW Group Financial Services ada menawarkan pelan pembiayaan “Straight Line” dimana jentera ini kboleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan yang bermula daripada RM18,707.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh tujuh tahun).

Malah, para pemilik BMW XM Label Red baharu juga dapat menikmati Pengalaman Pemilikan Premium yang dijanjikan oleh BMW Group Malaysia, ia meliputi:
• Waranti Tanpa Had Perbatuan 5 Tahun berserta Program Servis Berjadual Percuma oleh BMW
• Bantuan Tepi Jalan dan Talian Kemalangan oleh BMW
• Aplikasi Mudah Alih ‘BMW Group Loyalty+’ - Kad Keistimewaan BMW
• Servis Dalam Talian BMW
Untuk keterangan lanjut, layari www.bmw.com.my.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRC6450
SELANGOR
BSQ8431
JOHOR
JYY7432
PULAU PINANG
PSD1286
PERAK
APJ2480
PAHANG
CFG7902
KEDAH
KGG5204
NEGERI SEMBILAN
NEK6624
KOTA KINABALU
SJS4302
KUCHING
QAB115P
Terakhir Kemas Kini 19 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
KLIMS 2026: Proton e.MAS 7 Premium Plus Dilancar: Jarak Lagi Jauh, Siap Ada 'Leg Rest' & Fungsi Urut
Mahu EV Mewah Di Bawah RM120k? Proton e.MAS 7 Premium Plus Jawab Cabaran Ini.
12-06-2026
KLIMS 2026: Kia ‘Gegar’ MITEC, Tayang Kia K4 GT-Line & Trio EV Canggih
Bukan Biasa-Biasa! Kia Mengganas di KLIMS 2026 Bawa Masuk 4 Model Global Sekaligus.
12-06-2026
KLIMS 2026: Zeekr ‘Mengganas’ di Malaysia, Dedah Zeekr 009 Grand, 9X: RM600K-RM800k
Zeekr Malaysia dedah Dua Model Ultra-Mewah: Zeekr 009 Grand dan Zeekr 9X.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat