ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Lexus RX 350 Luxury 2023 Kini Rasmi Di Malaysia – 275 HP, 2.4L Turbo, Dari RM469K

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Lexus Malaysia telah melancarkan secara rasmi SUV terlarisnya, Lexus RX generasi kelima di Malaysia. Untuk pasaran ini, hanya satu varian ditawarkan iaitu RX 350 yang dijual pada harga RM 468,888, harga atas jalan, tanpa insurans. 




Presiden Lexus Malaysia, Datuk Ravindran K. berkata, “Sporty, bergaya dan mewah, RX 350 terbaharu ini dihasilkan untuk mengunjurkan lagi keterujaan  pemanduan, dengan tahap kemewahan yang juga lebih sempurna untuk pelanggan tempatan,” tambahnya. 


PRESTASI LEXUS RX 350 LUXURY 2023


RX 350 Luxury dikuasakan oleh enjin 2.4L berpengecas turbo empat silinder dengan output 275 hp/430 Nm. Kuasa disalurkan kepada kesemua roda (AWD) melalui transmisi automatik lapan-kelajuan Direct Shift-8AT dengan teknologi shift-by-wire yang membuatkan penukaran gear lebih lancar. Teknologi ini membolehkan pecutan dilakukan dari keadaan pegun yang berkuasa serta kekal selesa ketika dibawa dalam kelajuan tinggi. RX 350 boleh melakukan pecutan dari 0-100 km/j dalam masa hanya 7.6 saat. 




Untuk keselesaan yang optimum sebagai penumpang kenderaan, model ini dilengkapkan dengan Adaptive Variable  Suspension (AVS) membantu mengawal daya hentakan untuk memberikan lebih  keselesaan. Selain itu, ia turut dilengkapkan dengan sistem Active Noise Control (ANC) turut membantu mengurangkan bunyi bising dalam kabin, menjamin  keselesaan dan kesenyapan untuk semua penumpang. Pemandu juga diberikan tiga pilihan mod pemanduan iaitu Normal, Eco dan Sport. 




REKA BENTUK LEXUS RX 350 LUXURY 2023


RX 350 generasi terbaharu ini direka berdasarkan versi GA-K daripada platform Toyota New Global Architecture (TNGA). Penggunaan platform ini memberikannya jarak antara roda yang 60 mm lebih panjang, 25 mm lebih lebar dan 10 mm lebih tinggi berbanding keluaran sebelum ini. Walaupun bersaiz lebih besar, berat model kali ini adalah 90 kg lebih ringan. 




Secara visual, RX350 Luxury hadir dalam reka bentuk yang cukup menarik, terserlah aura kemewahannya. Di bahagian depan, RX menggunakan lampu hadapan LED yang elegan dengan lampu nyalaan siang (DRL) berbentuk L yang merupakan corak eksklusif Lexus. Lampu tersebut mengapit gril depan bercorak spindle Lexus. 




Dari bahagian tepi, RX 350 kelihatan sporty dengan bentuk bumbung RX yang menyendeng. Gaya ini disempurnakan lagi dengan cermin tingkap belakang yang meruncing. Sebagai sebuah SUV sporty yang bersaiz agak besar, RX350 Luxury ini menggunakan rim berukuran 21 inci dengan rekaan multi-spoke, berwarna krom gelap.




Di bahagian belakang, RX350 ini dilengkapkan dengan lampu belakang yang melintang berbentuk bumerang di dalamnya, dilengkapi dengan tulisan "Lexus" menggantikan logo 'L' pada keluaran sebelum ini. Pada bahagian belakang juga terdapat beberapa elemen aerodinamik seperti spoiler belakang pada bahagian bumbung, sirip bampar belakang yang terletak di bahagian bawah. 




KABIN LEXUS RX 350 LUXURY 2023


Bergerak ke bahagian dalam, RX mengetengahkan konsep 'Tazuna' yang merujuk kepada hubungan antara pemandu dengan kenderaan. Susunan dalam kabin ini lebih tertumpu kepada pemandu, termasuk skrin infotainment bersaiz 14 inci yang condong ke arah tempat duduk pemandu supaya mudah untuk dicapai. 




Sistem infotainmen ini lengkap dengan teknologi arahan suara secara standard, dan boleh disambungkan dengan Apple CarPlay tanpa wayar, serta Android Auto dengan wayar. 




Selain itu, untuk model kali ini, sistem infotainmennya kini boleh dikawal dengan menggunakan sentuhan jari pada skrin, tiada lagi ciri Remote Touch. 


Kelengkapan lain yang terdapat di dalam Lexus RX ialah kluster instrumen digital, paparan-di-kepala (HUD) serta stereng dalam balutan kulit yang lengkap dengan fungsi pedal penukar gear dan butang kawalan media dan pemanduan. 




Sebagai varian Luxury, model ini menerima pelbagai kelengkapan mewah yang termasuk kerusi kulit, pencahayaan ambien 64-warna, sistem pembuka pintu elektronik e-Latch, kawalan iklim tiga-zon dengan corong udara khas untuk tempat duduk belakang serta sistem audio premium 12-speaker. 




CIRI KESELAMATAN LEXUS RX 350 LUXURY 2023


Dari segi keselamatan, RX350 Luxury dilengkapi sistem keselamatan terkini Lexus Safety System+ (LSS+), yang menawarkan pelbagai ciri ADAS termasuk Brek Kecemasan Autonomi (AEB), Pemantau Titik Buta (BSM) dengan Bantuan Keluar Selamat (SEA), Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA) dan sebagainya. 




HARGA LEXUS RX 350 LUXURY 2023


Pesaing Porsche Cayenne dan BMW X5 dalam segmen SUV mewah ini dijual pada harga RM468,888 (atas jalan, tanpa insurans), termasuk jaminan kenderaan selama 5 tahun tanpa had jarak perjalanan.




Apa pendapat anda mengenai Lexus RX 350 Luxury yang terbaru? Adakah cukup menarik untuk anda pertimbangkan jika dibandingkan dengan pesaing Eropahnya? Kongsikan pendapat anda di ruangan komen yang disediakan di bawah. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR7645

SELANGOR

BSN5897

JOHOR

JYT7125

PULAU PINANG

PSA8544

PERAK

APG2695

PAHANG

CFF9401

KEDAH

KGE9242

NEGERI SEMBILAN

NEJ8671

KOTA KINABALU

SJR614

KUCHING

QAB4655N

Terakhir Kemas Kini 31 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-12-2025
Kereta Baru

28-11-2025
Kereta Baru

29-07-2025
Kereta Baru

22-07-2025
Berita Auto

14-08-2024
Kereta Baru

23-07-2024
Kereta Baru

10-07-2024
EV

02-07-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.