ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Makin Ramai Guna Skuter Beam! Jadi Pengangkutan Pilihan Di Stesen Transit & Universiti

Sofea Najmi

Kongsi melalui



Penyedia perkhidmatan mikromobiliti, Beam Mobility Malaysia, telah berjaya mengubah landskap pengangkutan awam di Malaysia. Dengan menawarkan skuter elektrik yang ringkas dan mudah digunakan, Beam membantu rakyat Malaysia menyelesaikan isu perjalanan dari titik permulaan ke destinasi utama, memudahkan akses kepada lokasi yang sebelum ini sukar dijangkau tanpa kenderaan sendiri.




Dengan sokongan dari kerajaan dan pihak berkuasa tempatan, Beam Mobility telah memperluaskan perkhidmatan perkongsian skuter elektrik di stesen transit awam popular, pusat komersial, dan kawasan perumahan di seluruh negara. Pada tahun 2022, lebih daripada 1,000,000 perjalanan telah dibuat menggunakan skuter elektrik Beam, dengan lebih daripada 93,000 perjalanan terus ke dan dari stesen transit awam.


Baca: Selamatkah E-Scooter Beam? Ini Rupanya Yang Beam Mobility Lakukan Demi Keselamatan


Stesen LRT Ara Damansara dan Bukit Jalil telah menjadi destinasi dengan tahap penggunaan Beam tertinggi, masing-masing mencatatkan purata 1,607 dan 1,445 perjalanan. Hentian bas seperti The Arc di Cyberjaya pula menjadi lokasi penghubung popular dalam kalangan pengguna Beam dengan penggunaan oleh lebih 370 pengguna setiap bulan.




Beam Mobility menyokong usaha Malaysia untuk meningkatkan sistem pengangkutan awam. Dengan pembukaan MRT2 Putrajaya Line, Beam telah menyediakan skuter elektrik di setiap stesen antara Metro Prima dan Tun Razak Exchange (TRX), mendorong penggunaan pengangkutan awam dan memudahkan akses kepada lokasi-lokasi popular dan taman yang terletak berdekatan dengan stesen tersebut.


Di universiti di seluruh negara, Beam telah menjalin kerjasama dengan sembilan institusi untuk menyediakan pengangkutan yang lebih selamat dan mudah bagi pelajar dan anggota fakulti bergerak. Pengenalan skuter elektrik Beam telah diterima dengan baik oleh pelajar kerana ia menghilangkan keperluan untuk memandu atau mencari tempat letak kereta.


Pada suku pertama 2023, kampus universiti di Malaysia mencatatkan sejumlah 51,634 perjalanan skuter elektrik. Ini secara tidak langsung berjaya mengurangkan kesesakan lalu lintas dan emisi karbon sebanyak lebih daripada 6,000kg/CO2 setiap bulan. Beam berhasrat untuk meluaskan lagi perkhidmatan skuter elektriknya ke lebih banyak kawasan di serata Malaysia.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX7915

SELANGOR

BSU9386

JOHOR

JH1934J

PULAU PINANG

PSH3136

PERAK

APM8043

PAHANG

CFJ3720

KEDAH

KGJ7510

NEGERI SEMBILAN

NEM5464

KOTA KINABALU

SJV1134

KUCHING

QAB9667P

Terakhir Kemas Kini 07 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

23-02-2023
Gaya Hidup

16-12-2022
Berita Auto

28-05-2023
Berita Auto

14-03-2023
Berita Auto

23-02-2023
Berita Auto

E-Skuter Antara 3 Jenis Kenderaan Mikromobiliti Diharamkan Atas Jalan, Kompaun Hingga RM300!

Tiga kategori kenderaan mikromobiliti iaitu Moped, Personal Mobility Devices (PMD) dan Personal Mobility Aids (PMA) kini diharamkan.

27-04-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Mitsubishi Xforce Malaysia: Jaminan Resale Value 60%

Mitsubishi Xforce: Nilai Terjamin 60% Selepas 5 Tahun.

06-11-2026
Berita Auto

Isu Tahanan Rumah Najib: Anthony Loke Akhirnya Kotakan Janji

Anthony Loke Rasmi Undur Diri Sebagai Menteri Pengangkutan.

06-11-2026
Berita Auto

Diskaun Tol 50% Sempena Deepavali Selama 2 Hari

Diskaun Tol 50% Bermula Tengah Malam Tadi Hingga Esok.

06-11-2026
Berita Auto

Sapura Industrial Raih Kontrak RM307 Juta Pasang Gandar Kereta Chery

Chery Lantik Sapura Industrial Pasang Gandar.

06-11-2026
Berita Auto

Genting Tawar Servis Helikopter VIP dari Subang

Anda Kini Boleh Naik Helikopter Jika Nak Ke Genting.

05-11-2026
Berita Auto

Puncak Alam Pula Dinaiki Air

Tiada Kesudahan Banjir Kilat Di Selangor.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Petrol RON95: Petron, Caltex Mula Bayar Ganti Rugi

Rupanya Tiada Unsur Air Dalam RON95.

05-11-2026
Berita Auto

Isu Stesen LRT Sesak

LRT Semakin Sesak, Sampai Bila Perlu Berhimpit?

05-11-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.