- Berita
- Berita Auto
- Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran
Panduan Pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023: Aktiviti Yang Akan Berlangsung & Lokasi Pameran

Pameran permotoran, Malaysia Autoshow (MAS) kini kembali dan akan berlangsung selama empat hari dari 4 hingga 7 Mei di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Bagi memudahkan 'penerokaan' sepanjang acara besar ini berlangsung, kami telah menyediakan panduan pengunjung Malaysia Autoshow (MAS) 2023, teruskan membaca.
LOKASI PAMERAN

Secara umumnya, pameran di Malaysia Autoshow 2023 terbahagi kepada lima bahagian iaitu “Malaysia EV Show,” “Malaysia Bike Show,” “Malaysia Car Accessories Show,” “Malaysia Bike Accessories Show” serta acara utama, “Malaysia Autoshow.” Turut akan berlangsung ialah sesi pandu uji khas oleh beberapa jenama kenderaan termasuk motosikal. Kesemua acara berbeza ini akan berlangsung secara serentak di MAEPS.

Acara utama, “Malaysia Autoshow" akan berlangsung di Hall A dan Hall A1. Hall A menempatkan ruang pameran bagi pelbagai jenama automotif yang merangkumi jenama tempatan seperti Perodua dan Proton, serta jenama kenderaan antarabangsa seperti Honda, Toyota, Ford dan banyak lagi.

Sementara itu, Hall A1 menempatkan pameran bagi jenama premium yang terdiri daripada BMW, Mercedes-Benz, Lotus, Buffori, serta MINI dan BMW Motorrad. Selain itu, terdapat juga ruang santai atau lounge premium di tengah-tengah dewan, dikelilingi oleh laluan khas untuk kenderaan bergerak.

Seterusnya, Hall C menggabungkan tiga pameran berbeza iaitu “Malaysia Bike Show,” “Malaysia Bike Accessories Show” dan “Malaysia Car Accessories.”
Di bahagian “Malaysia Bike Show,” terdapat pameran jenama motosikal seperti Suzuki, Royal Enfield, Honda, Yamaha, dan Aprilia/Vespa, serta beberapa jenama aksesori motosikal seperti HJC Helmet, Shima dan SHAD.
Jenama aksesori kereta pula adalah seperti 70mai, Soundstream, WrapXpert, Trapo dan banyak lagi.
Akhir sekali, Hall D menempatkan pameran “Malaysia EV Show and Charged.” Di sini, kesemua jenama berkaitan EV dikumpulkan termasuk syarikat pengeluar kereta elektrik seperti GWM, BMW, Volvo serta jenama yang baru memasuki pasaran Malaysia, Neta dan Tesla. Pembekal stesen pengecasan EV seperti ChargeSini dan banyak lagi turut memeriahkan acara.
Selain itu, di Hall D terdapat pentas utama, lounge kelab kereta dan ruang pameran penganjur utama acara, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii).
LAIN-LAIN

Bersebelahanan dengan Hall D terdapat Hall DG yang menempatkan semua sesi ujian pemanduan. Selain pameran model dan pelancaran produk, pelbagai aktiviti dan hadiah menarik menanti pengunjung.
KEDUDUKAN DEWAN/HALL

KEMUDAHAN UNTUK PENGUNJUNG
Bas shuttle disediakan untuk memudahkan pergerakan para pelawat dari tempat letak kereta ke zon turun khas, berdekatan dengan pintu masuk dan kaunter tiket.
Bagi pengunjung kurang upaya (OKU), tempat letak kereta khas disediakan iaitu bersebelahan dengan pintu masuk pameran.
Kemudahan asas seperti tandas dan bilik solat tersedia di kesemua ruang pameran dan setiap dewan mempunyai tandas masing-masing.
TARIKH DAN WAKTU MALAYSIA AUTOSHOW 2023

Malaysia Autoshow 2023 akan berlangsung dari 4 hingga 7 Mei 2023, bermula jam 10 pagi hingga 10 malam di MAEPS, Selangor. Pelawat boleh membeli tiket sekarang melalui laman web rasmi MAS, atau membuat pembelian secara terus dari kaunter tiket yang terletak berhampiran pintu masuk. Harga tiket bermula dari RM15 untuk rakyat Malaysia dan RM25 untuk bukan warganegara.
MAKLUMAT RINGKAS MALAYSIA AUTOSHOW 2023
Lokasi: Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS)
Tarikh: 4 - 7 Mei 2023
Waktu: 10 Pagi - 10 Malam
Tiket: Secara Dalam Talian (Laman web rasmi MAS) | Secara Walk-In Di Kaunter Tiket
Harga:
Warganegara RM15 | Kanak-Kanak 9 Tahun & Kebawah (Dengan MyKid) Serta Warga Emas (Dengan MyKad) Percuma | Bukan Warganegara RM25
Lokasi Pameran:
Hall A: Jenama automotif tempatan (Proton & Perodua) dan antarabangsa (Honda, Toyota, Ford dll.)
Hall A1: Jenama automotif premium (BMW, Mercedes-Benz, Lotus, Buffori, serta MINI dan BMW Motorrad), lounge
Hall C: “Malaysia Bike Show,” “Malaysia Bike Accessories Show” dan “Malaysia Car Accessories”
Hall D: “Malaysia EV Show and Charged," pentas utama, lounge kelab kereta dan ruang pameran penganjur utama acara, Malaysia Automotive, Robotics and IoT Institute (MARii)
Hall DG: Ujian pemanduan

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRR2973
SELANGOR
BST9400
JOHOR
JE6579J
PULAU PINANG
PSF7670
PERAK
APL6553
PAHANG
CFH8155
KEDAH
KGJ2329
NEGERI SEMBILAN
NEL9785
KOTA KINABALU
SJU2461
KUCHING
QAB6103P
Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Proton S70 RC Bakal Tunjuk Taring Dalam Perlumbaan Sepang S1K
Proton buat julung kalinya ada mendedahkan sebuah kereta lumbanya, Proton S70 R3 sempena pameran Malaysia Autoshow 2024 (MAS 2024) yang diadakan pada Mei lalu.
03-10-2024
Bangunkan Lebih Banyak Infrastruktur Pengecas EV
Tiga pihak kerjasama untuk membangunkan stesen pengecas EV.
30-05-2024
AMG GT63S E-Performance, Seram Tengok Harga
MBM memperkenalkan kereta mewahnya Mercedes-Benz GT S E-Performance 2023 pada Malaysia Autoshow 2023.
03-05-2023
Proton Jalin Kerjasama Dengan MARii Bangunkan Pusat NATC
PROTON memeterai perjanjian dengan MARii untuk membangunkan Pusat Ujian Automotif Nasional (NATC).
21-11-2025
Jualan Motosikal Elektrik Melonjak Tapi Malangnya Bukan Ramai Guna Untuk Kegunaan Harian
Jualan motosikal elektrik mencanak berbanding lima tahun lepas.
23-09-2024
ACO Tech, Geno, MARii Berkolaborasi Teroka Teknologi Blockchain Untuk Ekosistem EV
Tiga organisasi bergabung tenaga dalam penerokaan penyelesaian blockchain untuk infrastruktur kenderaan elektrik (EV) tempatan di Malaysia.
19-02-2024
Berita Terkini
F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma
Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.
24-09-2026
Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera
Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.
24-09-2026
Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan
Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.
24-09-2026
Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026
Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.
24-09-2026
Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan
Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.
24-09-2026
Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ
Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.
24-09-2026
Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?
Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?
23-09-2026
Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan
Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.
23-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat