ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Penapis Minyak Bocor, 40K Kereta PERODUA Terjejas

Suhana Veru

Kongsi melalui


Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) memberi jaminan bahawa pihaknya akan menyelesaikan isu penapis minyak pelincir bocor yang membabitkan beberapa modelnya, selewat-lewatnya menjelang pertengahan tahun ini.

Menjawab isu itu, Ketua Pegawai Eksekutif dan Presiden PERODUA,  Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, masalah itu membabitkan hampir 40,000 unit kenderaan termasuk Perodua Aruz dan model kenderaan yang menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA).


Vendor sedia ada perlu membuat penambahbaikan dalam tempoh tertentu yang ketika ini, jadi kami sedang pantau berasaskan kepada penambahbaikan yang mereka tunjukkan.

"Ini boleh dilihat menerusi data yang kita kumpul, yang mana kadar tuntutan jaminan telah menurun semenjak Februari. Ini bermakna penapis minyak yang sudah diganti tidak lagi mengalami masalah,” katanya.


Beliau berkata kepada wartawan selepas  mempamerkan kereta elektrik konsep pertamanya, EMO sempena pameran Malaysia Autoshow 2023, di MAEPS, semalam.

Bagi menyelesaikan isu itu, , PERODUA akan mengkaji vendor yang lain sebagai langkah alternatif bagi menyelesaikan isu berkenaan.

“Kami telah berbincang dengan beberapa pembekal di seluruh dunia yang boleh memenuhi permintaan penapis minyak model DNGA itu,”tambahnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan, kereta hasil pengeluaran pengilang komponen asal (OEM) tidak terkesan disebabkan isu terbabit.

Ini kerana ia menepati kesemua piawaian mengikut keperluan pengeluaran.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRR2973

SELANGOR

BST9400

JOHOR

JE6579J

PULAU PINANG

PSF7670

PERAK

APL6553

PAHANG

CFH8155

KEDAH

KGJ2329

NEGERI SEMBILAN

NEL9785

KOTA KINABALU

SJU2461

KUCHING

QAB6103P

Terakhir Kemas Kini 25 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

F1 Sepang: Rapid KL Sedia 95 Bas Perantara Percuma

Bas Percuma Rapid KL ke Litar Sepang Sempena F1.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Laluan Motosikal Lebuhraya Persekutuan: JKR Ambil Tindakan Segera

Punca Penunggang Motosikal Terbabas di Lebuhraya Persekutuan Disiasat.

24-09-2026
Berita Auto

Laluan Hijau Lebuhraya Persekutuan Licin: JKR Beri Penjelasan

Beberapa penunggang motosikal dilaporkan tergelincir akibat laluan hijau yang licin.

24-09-2026
Berita Auto

Zon Parkir RM816 Sudah Habis! Semak Harga Pass Parking F1 Sepang 2026

Harga pass parking F1 untuk tiga hari bermula daripada RM163-RM816.

24-09-2026
Berita Auto

Anthony Loke Tetap Mahu Letak Jawatan

Anthony Loke akan menyerahkan surat peletakan jawatannya kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebaik pulang ke Malaysia.

24-09-2026
Berita Auto

Isu Rohingya Boleh Ambil Lesen Memandu: Ini Penjelasan JPJ

Palsu! Dakwaan JPJ Benarkan Rohingya Ambil Lesen Memandu.

24-09-2026
Berita Auto

Proton S70 "Rahmah": Adakah Ini Myvi Killer Sebenar?

Adakah Proton S70 sebenarnya Myvi Killer?

23-09-2026
Berita Auto

Cara Masuk Singapura Terkini: VEP Kereta Asing Wajib Diaktifkan

Syarat Masuk Singapura 2026: Wajib Ada VEP.

23-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.