Perodua Axia Selamat? MIROS Nak Jumpa PERODUA

Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros) menegaskan bahawa pihaknya tetap akan menilai Perodua Axia 2023 demi keselamatan para pengguna.
Ini berikutan pendedahan Daihatsu Motors Co dikatakan tidak mematuhi sebahagian ujian keselamatan perlanggaran sisi pintu yang dijalankan untuk kira-kira 88,000 kereta kecil, termasuk kira-kira 11,800 Perodua Axia yang dijual di Malaysia.
Bagaimanapun, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) sudah memberi jaminan bahawa Perodua Axia selamat digunakan.

Namun, MIROS tetap dengan pendiriannya iaitu mahu menilai Perodua Axia.
Perkara itu disahkan oleh Pengerusi Miros, Wong Shaw Voon.
Menurutnya, pihaknya mahu meneliti dakwaan Perodua bahawa kereta Axia barunya selamat untuk dipandu dan tidak terjejas oleh isu itu.
"(Miros) akan berjumpa mereka dan menilai dengan sewajarnya.
"Kami akan meneliti apa yang mereka dakwa," katanya melalui pesanan teks kepada berita online, Malaysiakini.

Isu kesilapan atau penyelewengan dalam ujian yang sedang hangat diperkatakan sejak 28 April lalu pada awalnya dikhabarkan turut membabitkan empat model termasuk Perodua Axia terbaharu.
Sebaik berita ini tersebar, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Seri Zainal Abidin Ahmad berkata, pihaknya telah bertindak menghubungi Daihatsu, syarikat Jepun yang telah dilantik oleh PERODUA untuk menjalankan ujian keselamatan bagi Perodua Axia terbaharu.
"Kami telah diberi jaminan bahawa pensijilan UN-R95 yang diberikan kepada Perodua Axia model baharu tetap sah dan diperakui walaupun Daihatsu membuat pendedahan sedemikian.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRU8709
SELANGOR
BSU5416
JOHOR
JG2045J
PULAU PINANG
PSG6453
PERAK
APM4216
PAHANG
CFJ1895
KEDAH
KGJ5443
NEGERI SEMBILAN
NEM3599
KOTA KINABALU
SJU6455
KUCHING
QAB7995P
Terakhir Kemas Kini 22 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
Perodua Axia 2023 Serba Baru | Lebih Besar & Selamat, Bakal Mencabar Myvi
14-03-2023
Berita Terkini
SMART 2 Atasi Banjir Selangor: Apa Kesannya Kepada Rakyat?
Banjir Selangor: Adakah Pembinaan SMART 2 Jawapan Terbaik?
21-10-2026
Penjawat Awam Dilarang Guna Waze Serta-Merta
Penjawat Awam Henti Guna Waze, Beralih Ke TuJu.
21-10-2026
Perodua-Toyota-Daihatsu Bersatu Tenaga, Mampu Tumbangkan Syarikat EV China?
EV China Bakal Gugat? Jika Perodua dan Pakatan Jepun Bersatu Tenaga.
21-10-2026
GWM Eksport 1,100 WEY G9 Ke Thailand, Indonesia
GWM Malaysia Lepasi 10,000 Unit CKD, Eksport WEY G9.
21-10-2026
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah 1 Malaysia
Mitsubishi Xforce Bawa Awan Jelajah Satu Malaysia.
21-10-2026
Bas Khas GP Moto 2026: Rapid KL Sedia 85 Bas Ke Sepang
Tiket Bas Khas Rapid KL Mula Dijual 22 Okt.
20-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge