ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

WTCA Labur RM60 Juta Untuk Program CKD GAC GS3

Sofea Najmi

Kongsi melalui



WTC Automotif (M) Sdn Bhd (WTCA), syarikat di bawah Warisan TC Holdings BHD, hari ini telah mengumumkan projek pemasangan CKD dengan syarikat Guangzhou Automobile Group (GAC). 


Kerjasama CKD antara WTCA dan GAC merupakan satu pencapaian yang besar untuk industri automotif Malaysia, kerana ia merupakan projek CKD pertama di rantau ASEAN.




Pengumuman mengenai projek CKD ini dibuat 18 bulan selepas WTCA dan GAC International menandatangani perjanjian pengedaran di mana WTCA dilantik sebagai pengedar eksklusif untuk jenama kenderaan GAC di Malaysia.


Projek ini melibatkan pelaburan lebih daripada RM60 juta oleh WTCA untuk memasang model GAC GS3 yang baru dan memperluaskan kehadiran jenama tersebut di Malaysia. Sebahagian besar daripada pelaburan bernilai RM60 juta itu akan dikhaskan untuk menambah baik fasiliti Tan Chong di Segambut supaya dapat memenuhi piawaian yang ditetapkan oleh GAC.




Sebaik proses naik taraf kilang selesai, model GAC GS3, akan mula dipasang. Model terbaharu keluaran GAC ini menggunakan enjin suntikan terus turbo 1.5L yang digabungkan dengan transmisi WDCT 7 kelajuan. Penggunaan sistem ini membolehkan kenderaan mencapai output tertinggi 174 hp/270 Nm. Model ini dilengkapkan dengan sistem bantuan pemandu termaju tahap 2. 




Projek CKD ini ialah sebahagian daripada pelan jangka panjang yang telah dirangka antara GAC Motor dan Tan Chong bagi memenuhi permintaan di rantau ASEAN. WTCA akan memperkenalkan barisan model-model versi pemanduan sebelah kanan GAC Motor seperti SUV, sedan dan MPV dalam tempoh lima tahun akan datang.




Selain itu, WTCA akan membina lebih daripada 70 buah pusat pameran, termasuk pembukaan pusat pameran GAC Motor Malaysia pertama yang ditempatkan di Seksyen 13, Petaling Jaya. Pusat pameran ini dijangka siap menjelang suku ketiga tahun ini.




WTCA turut mengadakan upacara penyerahan 25 unit pertama GAC GS3 SUV kepada syarikat Mayflower Car Rental Sdn Bhd dalam acara yang sama. Ini merupakan separuh daripada jumlah 50 unit yang dijanjikan sebelumnya. Sementara itu, Mayflower turut memperkenalkan program pajakan kenderaan All-New Adventure GAC Motor GS3 untuk memenuhi keperluan pelanggan yang pelbagai di pasaran.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRX4065

SELANGOR

BSU8520

JOHOR

JG9543J

PULAU PINANG

PSH2428

PERAK

APM7417

PAHANG

CFJ3475

KEDAH

KGJ7239

NEGERI SEMBILAN

NEM5167

KOTA KINABALU

SJV386

KUCHING

QAB9503P

Terakhir Kemas Kini 04 Nov, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

03-10-2025
Pandu Uji

21-08-2025
Berita Auto

11-08-2025
Berita Auto

25-06-2025
Kereta Baru

05-12-2024
Kereta Baru

04-12-2024
Berita Auto

01-04-2024
Kereta Baru

01-02-2024

Berita Terkini

Berita Auto

PROTON Sumbang EV e.MAS 7 Kepada UPSI Mantapkan TVET

Proton e.MAS 7 Jadi Medan Latihan EV Mahasiswa TVET UPSI.

03-11-2026
Berita Auto

Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau

Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.

03-11-2026
Berita Auto

Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang

Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.

02-11-2026
Berita Auto

Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir

Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air

02-11-2026
Berita Auto

Bagaimana Nak Tahu RON95 Campur Air?

Enjin tersengguk-sengguk dan enjin susah nak hidup.

02-11-2026
Berita Auto

Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?

Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.

02-11-2026
Berita Auto

KLIA Perketat Keselamatan

KLIA Perketat Keselamatan, Unit K9 Ditempatkan.

02-11-2026
Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.