ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Biarkan Motor "Jalan Sendiri", Kan Dah Kena Angkut

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Gara-gara menunggang motosikal tanpa memegang handle motosikal menyebabkan seorang penghantar makanan akhirnya ditahan polis.

Suspek melakukan aksi berbahaya itu di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) ditahan di Cheras Baru, semalam.

Klip video yang tersebar meluas di internet menunjukkan lelaki berkenaan dilihat selamba duduk di atas kotak simpanan motosikal dengan kedua-dua tangan dilepaskan dari pemegang motosikal.Lelaki berkenaan dilihat menunggang motosikal dalam keadaan yang agak laju sehingga boleh mendatangkan bahaya kepada dirinya dan pengguna jalan raya lain.

Malah, dia turut menunjukkan beberapa aksi tariannya ketika motosikal itu bergerak secara bersendirian.

Apa yang pasti, lelaki berkenaan berjaya menarik perhatian orang ramai sehingga ada yang merakam dan menyebabkan ia tular di internet.

image.pngimage.png

Susulan itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak mengesahkan pihaknya telah menahan suspek.

“Hasil ujian air kencing mendapati lelaki terbabit negatif dadah namun mempunyai dua saman trafik (waran tangkap) yang masih belum diselesaikan,”katanya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan dan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan denda tidak kurang RM5,000 hingga RM15,000.

Namun di sebalik itu, penulis tertanya-tanya bagaimana lelaki berkenaan boleh mengendalikan motosikal itu dengan begitu baik tanpa memegang handle.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRE8803

SELANGOR

BSR3958

JOHOR

JYB9058

PULAU PINANG

PSD5366

PERAK

APJ5974

PAHANG

CFG9846

KEDAH

KGG8427

NEGERI SEMBILAN

NEK8197

KOTA KINABALU

SJS8453

KUCHING

QAB1484P

Terakhir Kemas Kini 04 Jul, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

26-11-2024
Berita Auto

07-04-2023
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

01-12-2022
Berita Auto

31-10-2022
Berita Auto

03-10-2022

Berita Terkini

Berita Auto

Ramai Salah Faham Kos Kamera AWAS, MOT Tampil Dedah Angka Sebenar

Rupanya Ini Kos Kamera AWAS Setahun, Patutlah Sentiasa 'Flawless' Tangkap Gambar Saman.

03-07-2026
Berita Auto

8 Sami Maut Dirempuh Trak Pikap Dipandu Budak 11 Tahun

Angkara budak 11 tahun, nyawa 8 sami melayang dalam sekelip mata.

02-07-2026
Berita Auto

Prestasi Terbaik 15 Tahun: Jualan PROTON Pintas 100,000 Unit Separuh Pertama 2026

PROTON Mengganas! Rekod Jualan Separuh Pertama Terbaik Sejak 2011.

02-07-2026
Berita Auto

Kesesakan Kurang Hingga 50%: Ini Bukti Inisiatif Smart Lane Menjadi

Smart Lane Kurangkan 50% Kesesakan, Kadar Kemalangan Juga Rendah.

02-07-2026
Berita Auto
Berita Auto

Lagi Maut Angkara Tayar Di Atas Jalan Raya

Seorang anggota polis maut akibat terjatuh dan terseret di jalan raya ketika motosikalnya melanggar tayar lori yang dipercayai tercicir.

02-07-2026
Berita Auto

Lagi Gajah Mati Dirempuh, Pemandu Bezza Masuk Gaung

Hubungan psikologi ibu gajah dan anaknya amat kuat bermula dari tempoh mengandung, penyusuan hingga kehidupan awal anak gajah.

01-07-2026
Berita Auto

Bukan Sekadar Jual Kereta, Proton Iktiraf 97 Perunding Jualan Terbaik

PROTON mengiktiraf 97 perunding jualan terbaik dari seluruh negara menerusi program Elite Sales Achiever (ESA) Award Trip 2026 di Phuket.

01-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.