ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Chery Malaysia Jalin Kerjasama Pergudangan & Pengangkutan Alat Ganti Dengan Tiong Nam Logistics

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Chery-TiongNam-(3).jpg

Chery Malaysia mengumumkan melalui siaran media yang dikeluarkan hari ini bahawa syarikatnya telah menjalinkan kerjasama strategik dengan Tiong Nam Logistics Holdings Berhad.

Perjanjian perkhidmatan logistik ini melibatkan pemberian hak dan tugas kepada pihak Tiong Nam Logistics untuk mengendalikan  pergudangan dan pengangkutan alat ganti Chery di Malaysia, termasuk untuk model SUV Omoda 5 dan Tiggo 8 Pro. Tiong Nam Logistics merupakan sebuah firma logistik dan pergudangan yang terkenal dengan rangkaian lebih daripada 90 gudang alat ganti di seluruh negara.

Chery-TiongNam-(1).jpg

Dalam majlis penandatanganan yang diadakan pada awal minggu ini antara kedua-dua syarikat, Pengarah Negara Chery Malaysia, Leo Chen, berkata kerjasama antara Chery dan Tiong Nam ini hanyalah permulaan. Kedua-dua organisasi juga merancang untuk membentuk pasukan yang kuat dan menggunakan gaya kerja '4P+2P' Chery untuk memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada orang ramai. 

Leo Chen juga menambah bahawa jenama Chery melihat Malaysia sebagai pasaran yang sangat berpotensi di rantau Asia Tenggara. Katanya, "Dengan kemasukannya ke Malaysia, Chery akan menjalin hubungan dengan negara jiran dan terus mengukuhkan pengaruh pasarannya di Asia Tenggara."

Diperkenalkan pertama kali di Malaysia pada penghujung tahun lalu dan dipamerkan secara umum ketika Malaysia Autoshow 2023, kedua-dua model SUV crossover Chery Tiggo 8 Pro dan Omoda 5 akan menjadi model pertama yang ditawarkan oleh jenama ini di Malaysia. 

Chery-Inokom-CKD-Signing-1-full.jpg7168_1683205531-full.jpg

Selain itu, CariCarz.co mendapat maklumat bahawa Chery Malaysia akan melancarkan kedua-dua model tersebut secara rasmi pada 6 Julai. Nantikan maklumat lanjut mengenai pelancaran ini serta harga rasminya dalam perkongsian akan datang.
Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRN3625

SELANGOR

BST3575

JOHOR

JD4073J

PULAU PINANG

PSF2146

PERAK

APL1472

PAHANG

CFH5857

KEDAH

KGH7835

NEGERI SEMBILAN

NEL6328

KOTA KINABALU

SJT8259

KUCHING

QAB4874P

Terakhir Kemas Kini 29 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

04-06-2026
Teknologi

10-04-2026
Berita Auto

11-03-2026
Berita Auto

13-02-2026
Berita Auto
Berita Auto
Berita Auto

09-01-2026

Berita Terkini

Berita Auto

Rohingya Pandu Civic Type R Tanpa Lesen Disita JPJ

Operasi Khas Luxury JPJ: Rohingya Pandu Civic Type R Ditahan.

28-08-2026
Berita Auto

Skim Tukar Motosikal Lama Subsidi RM1,000 Dalam Pertimbangan MOT

Subsidi RM1,000 Tukar Motosikal Lama: Sedang Dipertimbangkan.

28-08-2026
Berita Auto

JPJ Sita Lamborghini Huracan Tak Bayar Road Tax RM35k

Selain Lamborghini Huracan, Kereta Mewah Datuk, Datuk Seri Pun Kena Sita.

28-08-2026
Berita Auto

Triton Single Cab AT Tiba Di Malaysia, RM107.9k

Mitsubishi Triton Single Cab AT: Harga & Spesifikasi.

28-08-2026
Berita Auto

Isuzu D-Max 2.2L Baharu Keliling Semenanjung Guna Satu Tangki Diesel

Cabaran One Tank: Isuzu D-Max 2.2L Catat Jarak 1,756 KM Dengan Hanya Guna 1 Tangki Diesel.

28-08-2026
Berita Auto

Cuba Elak Roadblock Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

Proton X70 Lari Sekatan Polis, 2 Lelaki Temui Ajal

27-08-2026
Berita Auto

GWM TANK 500 HEV 2026: Aplikasi Pintar Baharu + Diskaun RM30k

GWM TANK 500 HEV 2026 Naik Taraf Ciri Aplikasi, Waranti Seumur Hidup.

27-08-2026
Berita Auto

Proton GATE 2026: Pamer EV & Teknologi Mobiliti Masa Depan

PROTON Tayang Teknologi HEV, Seni Bina Elektrik, Elektronik, Enjin i-GT, ADAS Serta Infotainmen.

27-08-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.