Daihatsu Terios Diberi Nafas Baharu Di Indonesia – Previu Perodua Aruz?

Minggu ini, pasaran automotif Indonesia dimeriahkan dengan kedatangan Daihatsu Terios 2023 yang telah diberikan nafas baharu. Jom kita lihat apa perubahan yang telah dibuat kepada kembar Toyota Rush dan Perodua Aruz ini.
Perubahan penting dapat dilihat pada bahagian depan di mana Terios kini menggunakan gril yang lebih halus yang bersambungan dengan lampu hadapan LED. Lampunya pula kini tampil dengan penutup yang lebih gelap. Rekaan hadapan diserlahkan lagi dengan bampar baharu, selain itu lampu kabus LED dan DRL menegaknya juga telah direka semula. Varian tinggi bagi model kali ini diberikan rim 17 inci dua ton. Dari sudut belakang, tidak terlalu banyak perubahan dibuat kerana tumpuan lebih diberikan kepada bahagian hadapan kecuali pada bahagian cladding.


Bampar dan gril hadapan diberikan penyegaran semula. Begitu juga dengan lampu kabus dan DRL

Terios Facelift 2023 menggunakan cladding yang direka semula
Bergerak ke bahagian dalam, kabin dilengkapkan dengan sistem infotainmen bersaiz 7 inci yang kini boleh disambungkan dengan Apple CarPlay dan Android Auto, fungsi pencerminan telefon pintar atau smartphone mirroring dan paparan parkir 360 darjah. Selain turut dipasangkan dengan panel meter baharu.


Sistem infotainmen kini hadir dengan pelbagai fungsi baharu
Turut menyerlah di dalam ruang kabin adalah penggunaan material lembut pada papan pemuka, pad pengecas tanpa wayar Qi pada perehat lengan di bahagian tengah.

Kelengkapan premium, pad pengecas tanpa wayar Qi
Dari segi mekanikal, Daihatsu Terios Indonesia masih mengekal penggunaan enjin yang sama, petrol 4-silinder Dual VVT-i 2NR-VE 1.5L. Di republik tersebut, enjin ini dipadankan dengan transmisi automatik 4-kelajuan atau manual 5-kelajuan.

Terios Facelift 2023 masih menggunakan enjin sama, petrol 4-silinder Dual VVT-i 2NR-VE 1.5L
Berbeza dengan Aruz keluaran Perodua untuk pasaran Malaysia, Terios tidak dilengkapi dengan sebarang sistem bantuan pemandu canggih (ADAS). Namun, ia mempunyai teknologi keselamatan asas yang lengkap seperti ABS, EBD, kawalan kestabilan (VSC), dan beberapa beg udara di kabin.


Sekiranya Aruz diberikan penyegaran semula sama seperti Terios Facelift 2023, adakah anda akan mempertimbangkan Aruz, atau adakah anda berpendapat Alza lebih menarik?
Terios Facelift 2023 ditawarkan pada harga antara IDR236,050,000 hingga IDR303,250,000, atau sekitar RM73,146 hingga RM93,970 di Indonesia.
Nafas baharu yang berikan kepada Daihatsu ini mungkin menjadi petunju kepada kemungkinan penyegaran semula Perodua Aruz. Selain daripada beberapa peningkatan kecil yang dibuat pada tahun 2021, tidak begitu banyak perubahan dibuat pada model ini sejak dilancarkan pada tahun 2019.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT6672
SELANGOR
BSU3751
JOHOR
JF6008J
PULAU PINANG
PSG3768
PERAK
APM1938
PAHANG
CFJ624
KEDAH
KGJ4442
NEGERI SEMBILAN
NEM2580
KOTA KINABALU
SJU5242
KUCHING
QAB7460P
Terakhir Kemas Kini 13 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge