Honda Bawa Masuk Elevate, Harga Marhaen Sangat

Honda menambahkan sebuah lagi model SUV dalam barisan globalnya. Kali ini, ia mendedahkan model SUV segmen-B yang dikenali sebagai Honda Elevate.
Ia yang dibangunkan dan dibina di India turut berkongsi beberapa ciri yang sama dengan Honda City manakala versi EV akan menembusi pasaran dalam masa terdekat ini.
Jentera ini disumbat dengan enjin 1.5 liter NA dimana ia mampu menghasilkan 119 HP dan 145 Nm.
Dikhabarkan ia sama ada menggunakan transmisi manual 6 kelajuan atau transmisi automatik CVT.

Dari segi dimensi, Elevate memiliki ukuran 4,312 mm panjang, 1,790 mm lebar, 1,650 mm tinggi dan 2,650 mm jarak roda.
Melihat kepada ukuran saiz itu, nampaknya dimensi Elevate hampir sama dengan pesaingnya seperti Honda HR-V dan Hyundai Creta.
Katanya, Elevate tidak mempunyai kaitan dengan SUV Honda WR-V baharu, yang dibangunkan khusus untuk pasaran serantau ASEAN.
Kembali kepada model baharu, Elevate menampilkan rupa SUV yang lebih konservatif, menampilkan beberapa isyarat reka bentuk yang mengikut bahasa reka bentuk generasi semasa Honda.
Di bahagian hadapan, SUV ini mempunyai gril hadapan yang besar dengan bar krom di atasnya. Jeriji pula diapit dengan sepasang lampu hadapan yang agak kecil.

Turut dipaparkan di sini ialah sepasang lampu kabus yang terletak di bahagian bawah bampar hadapan selain dilengkapi dengan plat skid ibawahnya.
Dari sisi pula, Elevate memaparkan siluet SUV berkotak tipikal, menampilkan pelapisan bahagian bawah badan yang menonjol untuk ukuran yang baik.
Ia juga menampilkan kemasan dwi-tona, bumbung berwarna hitam berkilat dan cermin sisi.
Selain itu, SUV ini juga menggunakan set roda 17-inci, lima jejari berkembar yang sama seperti yang digunakan pada facelift Honda City berspesifikasi India.

Menjengah di bahagian belakang, Elevate didatangkan standard dengan reka bentuk lampu belakang LED berbentuk L yang kelihatan agak serupa dengan Honda Civic FE dan WR-V.
Untuk dipadankan dengan fasia hadapan, pintu belakang SUV itu juga dilengkapi dengan pelapisan bahagian bawah badan yang menonjol, serta plat skid rona perak semata-mata untuk menonjolkan rupa yang lebih lasak.

Bahagian dalamannya pula dihiasi dengan paparan infotainment bersaiz 10.25 inci yang menyokong fungsi Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar, dan terdapat juga paparan kluster instrumen bersaiz 7 inci.
Malah terdapat juga, pad pengecas tanpa wayar, pemegang cawan dan ruang penyimpanan baran, saluran penghawa dingin di belakang serta bumbung panorama berelektrik.

Kemasan dalaman pula menampilkan venir kayu yang merentangi di bahagian pemuka hadapan, serta campuran bahan sentuhan lembut dan kulit tiruan yang dililit sekitar konsol tengah, pintu dan tempat duduk kereta.
Bagi ruang but pula, ia dikatakan sebesar 458 liter.

Bagi ciri-ciri keselamatan pula, ia didatangkan dengan ciri Honda Sensing yang merangkumi Sistem Brek Mitigasi Perlanggaran, Lampu Suluh Tinggi, Sistem Bantuan Kekal Lorong, Kawalan Jelajah Adaptif dan Notifikasi Kereta Depan Mula Gerak.
Bagaimanapun, tempahan Elevate hanya dibuka pada Julai depan dimana harga bermula sekitar RM58,000.
Apa pula pandangan anda mengenai Elevate?
Kongsikan..
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP9746
SELANGOR
BSN3094
JOHOR
JYT1076
PULAU PINANG
PSA4724
PERAK
APF8754
PAHANG
CFF7214
KEDAH
KGE7235
NEGERI SEMBILAN
NEJ7484
KOTA KINABALU
SJQ7488
KUCHING
QAB3989N
Terakhir Kemas Kini 13 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Mitsubishi Muncul Semula Di UK, Kali ini Bawa Masuk Outlander PHEV, Triton
Mitsubishi Motors akan kembali ke pasaran UK pada tahun ini selepas lima tahun menghentikan jualan kereta baharu di sana.
26-02-2026
Ini Dia Trak PHEV Pertama Chery, Rely P3X
Chery Automobile akan melancarkan trak pikap PHEV diesel pertamanya, Chery Rely P3X di Australia pada suku keempat tahun ini.
26-02-2026
Kabin Leapmotor A10 Didedahkan – Model Global Ini Jelas Canggih & Sarat Ciri Praktikal
Leapmotor A10 kini sudah boleh ditempah di China sebelum pelancaran rasminya bulan depan. Apa yang menarik sangat dengan SUV ini?
26-02-2026
Nio ES9 Bakal Dilancar, Harga Belum Didedahkan!
SUV Nio ES9 Flagship bakal dilancarkan secara rasminya pada Mei nanti.
26-02-2026
Lotus Emira Turbo Bathurst Edition Paling Berkuasa, Hanya Untuk Pasaran Australia, Ada 15 Unit
Pengedar Lotus di Australia, Simply Sports Cars telah membangunkan Lotus Emira edisi terhad, Emira Turbo Bathurst Edition yang dikatakan antara Lotus Emira paling berkuasa.
25-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat