Naya! Ramai Jadi Mangsa MInyak Pelincir Tiruan, Ini Langkah Untuk Selamat

Anda yakin minyak pelincir yang anda gunakan sekarang asli? (Foto: JM Motor Services)
Berdasarkan laporan terkini oleh The Star, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN) telah merampas minyak pelincir enjin tiruan dianggarkan bernilai lebih RM1.1 juta. Rampasan ini dibuat hasil 33 serbuan yang telah dijalankan kementerian sejak tahun 2019 hingga Mei tahun ini.
Pengarah Penguat kuasa KPDNHEP, Datuk Azman Adam berkata, "Serbuan dilakukan berdasarkan laporan termasuk aduan daripada pegawai yang mewakili syarikat minyak pelincir.”

Datuk Azman menyatakan bahawa aduan dilakukan untuk produk yang dijual di platform e-dagang dan kedai fizikal. Tambahnya, tindakan yang diambil oleh kementerian adalah berdasarkan Akta Cap Dagangan 2019 di mana pengadu telah membuat pengesahan sendiri sebelum melaporkan produk tiruan kepada pihak kementerian.
Kebanyakan aduan yang diterima adalah dari kawasan Lembah Klang. Walaupun kementerian telah berjanji untuk terus memantau situasi ini dan bekerjasama dengan jenama minyak pelincir dalam perkara ini, kami di CariCarz.com ingin mengingatkan anda agar berhati-hati terhadap produk tiruan seperti ini.


Minyak pelincir penting untuk melancarkan operasi enjin. Ia dapat mengurangkan geseran komponen, serta boleh menyejukkan dan membersihkan enjin

Bagi mana-mana enjin pembakaran dalaman, kepentingan minyak pelincir boleh dianggap seperti darah dalam tubuh manusia. Selain mengurangkan geseran untuk memastikan komponen penting berfungsi dengan cekap, minyak pelincir juga berfungsi untuk menyejukkan dan membersihkan enjin.
Penggunaan minyak pelincir tiruan boleh memberi kesan serius kepada kereta dan juga keselamatan anda. Produk tiruan boleh menyebabkan enjin panas secara berlebihan, pencemaran komponen penting, kegagalan komponen atau yang paling merisaukan, enjin rosak. Semua ini boleh berlaku secara tiba-tiba ketika anda sedang memandu.

Sentiasa berhati-hati semasa membuat pembelian secara maya. Beli hanya daripada penjual rasmi
Walaupun pihak berkuasa dan pengeluar jenama minyak pelincir telah berusaha sebaik mungkin untuk membanteras isu produk tiruan ini, kegiatan pemalsuan masih lagi berleluasa. Cara terbaik untuk mengekang penyebaran produk palsu bermula daripada orang ramai atau pengguna sendiri.
Bagaimana? Ini dia langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan diri menjadi mangsa pengguna minyak pelincir tiruan:
#1 Pastikan anda membeli produk minyak pelincir dari kedai yang sah, dipercayai, dan terkenal - sama ada dalam talian atau kedai fizikal, stesen minyak, atau bengkel.

Jenama seperti Shell meletakkan kod QR pada botol minyak pelincir untuk memudahkan pengguna membuat pengesahan keaslian produk
#2 Periksa produk dan sahkan keasliannya dengan memeriksa label, tanda holografik, atau mengimbas kod QR atau gunakan aplikasi yang disediakan.
Peringatan: Sekiranya terdapat tawaran yang terlalu ‘mengiurkan’ jangan mudah terpedaya lebih-lebih lagi ketika membuat pembelian dalam talian. Sebaiknya, elakkan membeli minyak pelinciri dalam talian atau secara fizikal melalui pihak ketiga yang tidak disahkan.
Apa tindakan sekiranya anda mengetahui ada penjual yang menjual minyak pelincir tiruan?
Jika anda mengetahui kedai atau pihak yang tidak bertanggungjawab menjual produk palsu secara terbuka, anda boleh membuat aduan secara terus kepada KPDN melalui portal aduan melalui talian eAduan yang disediakan.
Amalkan langkah-langkah ini untuk memastikan anda mendapatkan minyak pelincir yang asli dan berkualiti untuk mengelakkan enjin daripada mengalami kerosakan yang tidak diingini. Jaga keselamatan diri dan kenderaan anda dengan memilih produk yang sah dan dipercayai.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM3976
SELANGOR
BST1768
JOHOR
JC9648J
PULAU PINANG
PSE9843
PERAK
APK9028
PAHANG
CFH5280
KEDAH
KGH6927
NEGERI SEMBILAN
NEL5479
KOTA KINABALU
SJT6608
KUCHING
QAB4432P
Terakhir Kemas Kini 25 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat