ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Yang Ditunggu-Tunggu, Akhirnya SAMPAI!!!

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Akhirnya desas-desas mengenai pelancaran Toyota Innova Zenix terjawab apabila UMW Toyota Motor baru sahaja melancarkan secara rasminya Toyota Innova Zenix.

Sebelum ini, sebuah treler dirakam sedang mengangkut Toyota Innova Zenix pada bulan manakala UMW Toyota Motor mengambil sikap mendiamkan diri.

Bagi yang tidak tahun, Innova Zenix sebenarnya telah pun didedahkan secara global di Indonesia pada bulan lepas.

image.pngimage.png

Difahamkan, Innova Zenix untuk pasaran Malaysia adalah  unit yang diimport (CBU) dari kilang Toyota di Karawang, Indonesia.

Toyota Innova Zenix 2023 didapati dalam dua versi -  Innova Zenix 2.0 V (8 tempat duduk) manakala satu lagi ialah HEV (7 tempat duduk dengan 2-2-3) dengan Toyota Hybrid Electric Pacuan kenderaan (HEV).

Seperti mana jangkaan kami, sesifikasi dalam kedua-dua varian 2.0 V dan 2.0 HEV untuk Malaysia sebenarnya mencerminkan model spesifikasi Indonesia yang pernah disebutkan sebelum ini.

image.pngimage.png

Generasi terdahulu Toyota Innova ini tampil dengan  binaan frem-tangga (ladder-frame) namun ia kini membawa perubahana ketara kerana menggunakan  casis monokok berasaskan platform Arkitektur Global Baharu Toyota (TNGA) GA-C serta peralihan daripada sistem pacuan roda belakang (RWD) kepada sistem pacuan roda depan (FWD).

Bukan itu sahaja, Innova Zenix disumbat dengan suspensi topang MacPherson di depan dan torsion beam di belakang yang telah ditala.

Untuk pasaran Malaysia, Innova Zenix 2.0 V disumbat dengan enjin 2.0 liter  4 silinder aspirasi semula jadi (N/A) petrol Dynamic Force(M20A-FKS).

Versi ini dilengkapi dengan dilengkapi dengan transmisi automatik CVT 10-kelajuan. Untuk itu, ia boleh menjana kuasa setakat 172 hp dan tork 205 Nm ke roda hadapan. .

Sementara itu, varian hybrid yang hadir dengan susunan atur  tempat duduk 2-2-3 pula turut  didatangkan dengan kerusi kapten.

image.pngimage.png

HEV ini dipasang dengan enjin hibrid 2.0 liter Dynamic Force (M20A-FXS) berkuasa 152 PS dan tork 188 Nm selain  dipadankan dengan motor elektrik dan pek bateri NiMH (nickel-metal hydride) 6.5 Ah.

Secara keseluruhan, Innova Zenix 2.0 HEV mampu menghasilkan 186 PS maksimum, dibantu dengan sistem transmisi E-CVT.

Varian tertinggi ini juga dipasang dengan bumbung kaca panaromik sebagai ciri standard untuk versi hybrid.

image.png

Bagi varian 2.0 V, ia menawarkan tempat duduk di tiga barisan tetapi mampu memuatkan lapan penumpang memandangkan barisan kedua boleh memuatkan tiga penumpang dan barisan belakang juga tiga penumpang.

Ia didatangkan dengan susun atur tempat duduk 2-3-3. Namun ia tidak dipasang dengan bumbung kaca panaromik tetapi ia berkongsi banyak ciri-ciri di bahagian kabinnya.

LUARAN:

Seiring dengan peralihan daripada MPV tradisional kepada crossover dinamik, reka bentuk luaran Zenix baharu ini bertemakan ‘Premium & Tough’. 

Dengan tema ini, pereka telah memberikan model siluet crossover yang cukup seimbang dengan gaya yang dinamik dan menarik.

image.png

Zenix serba baharu adalah lebih luas walaupun dimensinya tidak jauh berbeza dengan Innova CG, dengan 20 mm lebih panjang  15 mm lebih lebar dan 100 mm lebih panjang untuk jarak rodanya manakala  ketinggian keseluruhannya agak  serupa.

image.pngimage.png

Namun penampilannya jauh berbeza dan mempunyai imej yang lebih premium. 

Misalnya, bahagian gril, ia dipasangkan dengan  gril radiator trapezium berbentuk heksagon manakala di bawah gril terdapat satu ruang terbuka.

Malah, grilnya juga diapit dan bersambung dengan lampu hadapan LED yang sedikit tirus.

DALAM:

Ketika penulis dijemput UMW Toyota untuk melihat Innova Zenix semalam, kabinnya cukup luas manakala beberapa bahagian jentera itu disalut dengan bahan lembut yang berkualiti tinggi terutama di bahagian papan pemuka.

image.png

Tempat duduknya mempunyai reka bentuk yang agak premium dengan upholsteri kulit hitam tiruan yang berbeza.

Sementara itu, HEV Zenix didatangkan dengan kerusi kapten di barisan kedua manakala di tengah-tengah ada ruang kecil bagi membolehkan penumpang barisan kedua melangkah ke belakang.

Untuk Zenix 2.0 V, barisan tengahnya mempunyai ruang untuk tiga orang dan ia boleh direbahkan untuk nisbah 60:40 dan ia membuatkan akses menjadi lebih mudah ke barisan ketiga dimana kerusinya pula  boleh direbahkan kepada nisbah 50:50.

image.pngimage.png

Seperti yang saya katakan tadi, kedua-dua varian ini berkongsi banyak ciri yang sama kerana kedua-duanya juga hadir dengan sistem kemasukan tanpa kunci, but belakang berkuasa, lampu depan, belakang jenis LED, rim aloi 18-inci, brek parkir elektronik, lampu ambien, kerusi bersalut kulit dan upholsteri.

image.png

Antara kelengkapan lain ialah  kawalan pendingin hawa pelbagai zon dan barisan tempat duduk kedua  dan ketiga juga dipasang dengan saluran penghawa dingin.

Kedua-dua varian itu juga berkongsi paparan penuh bersaiz 7-inci, ada skrin sentuh infotainmen  tengah bersaiz 10.1 inci yang menawarkan sambungan Apple CarPlay dan Android Auto tanpa wayar yang dipasangkan dengan persediaan hi-fi serta enam pembesar suara.

Tidak ketinggalan port pengecasan USB dan soket aksesori 12 volt juga tersedia di kesemua ketiga-tiga barisan tempat duduk.

Malah, kedua-dua varian ini juga mempunyai sistem ADAS  yang merangkumi suite Toyota Safety Sense (TSS) 3.0.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah ia dikuasakan dengan penderia optik dan radar baharu yang sudah dinaik taraf.

Dengan adanya ciri ini, ia membolehkan Innova Zenix menampilkan rangkaian bantuan pemandu yang memberikan kebolehan pemanduan separa autonomi Tahap 2.

CIRI KESELAMATAN:

Dari segi ciri-ciri keselamatan, ia dilengkapi dengan Kawalan Pelayaran Adaptif (ACC), Amaran Pertukaran Lorong (LDA), Bantuan Pengesan Lorong (LTA), Amaran Pra-Perlanggaran (PCW),  Bantuan Brek Pra-Perlanggaran (PCBA), elak langgar simpang, Pemantau Titik Buta (BSM) dan Amaran Lintasan Trafik Belakang (RCTA).

image.png

Selain itu ada ciri keselamatan tambahan yang turut hadir seperti  peninjau pandangan panoramik 360-darjah 3D,  Sistem Pemantauan Tekanan Tayar (TPMS) dan perakam video digital menghadap ke hadapan (DVR atau Dashcam). 

Tidak ketinggalan 6 beg udara , ISOFIX, Brek Anti-Kunci (ABS) dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC)dan  Kawalan Bantu Mula-Bukit  (HAC).

image.pngimage.png

HARGA:

Menyentuh mengenai harga Toyota Innova Zenix 2023, anda jangan terkejut!

Toyota Innova Zenix  2.0 V dijual pada harga RM165,000 manakala varian HEV pula berharga RM202,000.

Harga itu termasuk perlindungan waranti perbatuan tanpa had lima tahun manakala untuk 2.0 HEV pula merangkumi  liputan waranti perbatuan 8 tahun tanpa had untuk pek bateri hibridnya, Inverter dan unit kawalan pengurusan kuasa. 

Apa pula pandangan anda? Kongsikan..


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQR1753

SELANGOR

BSN4692

JOHOR

JYT4662

PULAU PINANG

PSA6584

PERAK

APG1363

PAHANG

CFF8493

KEDAH

KGE8326

NEGERI SEMBILAN

NEJ8148

KOTA KINABALU

SJQ8651

KUCHING

QAB4273N

Terakhir Kemas Kini 21 Mar, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 2.59

+0.05

RON 97

RM 3.15

+0.05

RON 100

RM 5.00

VPR

RM 6.23

Diesel

EURO 5 B10

RM 3.04

+0.05

EURO 5 B7

RM 3.24

+0.05

Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

13-10-2025
Berita Auto
Gaya Hidup

06-08-2024
Berita Auto
Gaya Hidup

16-06-2024
Berita Auto

23-03-2024
Berita Auto

07-03-2024
EV

22-02-2024

Berita Terkini

Kereta Baru

PHEV Mana Patut Beli? Omoda C9, Jaecoo J7, or Proton e.MAS 7

Ramai pening nak pilih mana satu antara Omoda C9, Jaecoo J7 atau Proton e.MAS, kami bantu anda.

19-03-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 -RM156,800, Sistem XWD pintar, ADAS Tahap 2

Jetour T2 rasmi dilancarkan di Malaysia,

13-03-2026
Kereta Baru

Proton X90 MC 2026 Rasmi Dilancarkan: Kini Dengan Enjin 4-Silinder & Apple CarPlay Tanpa Wayar

Proton X90 MC 2026 Kini Di Pasaran: Adakah Ini SUV 7-Tempat Duduk Impian Anda?

11-03-2026
Kereta Baru

Risalah BOCOR, Sebelum Lancar, Proton X90 2026 (MC) Bakal Gegarkan Pasaran Dengan Teknologi Baharu

Beberapa portal automotif tempatan menyatakan bahawa Proton X90 MC 2026 akan dilancarkan dalam tempoh terdekat ini.

09-03-2026
Kereta Baru

Mitsubishi Triton Championship Edition Bakal Dilancar, Edisi Terhad AXCR, Harga Bermula - RM155,980

Mitsubishi Motors Malaysia (MMM) secara rasmi bakal menggegarkan pasaran trak pikap tempatan dengan pelancaran Mitsubishi Triton Championship Edition pada 11 Mac ini.

06-03-2026
Kereta Baru

Proton X50 & HR-V Ada Pesaing Baru! JAECOO J5 Kini Dilancarkan - Harga RM108K

OMODA | JAECOO Malaysia telah melancarkan secara rasminya JAECOO J5 ke pasaran tempatan dengan harga RM108,000, sebentar tadi.

05-03-2026
Kereta Baru

Lebih Jimat, Lebih Mewah! Toyota Harrier Hybrid Kini Di Malaysia Pada Harga RM289,000

UMW Toyota Motor (UMWT) secara rasminya telah memperkenalkan hibrid premium, Toyota Harrier 2.5 Hybrid Electric Vehicle (HEV), di pasaran tempatan, baru-baru ini.

04-03-2026
Kereta Baru

Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition Kini Di Malaysia, Harga Bermula RM258,888

Mercedes-Benz Malaysia sekali lagi mengukuhkan dominasinya dalam segmen SUV kompak premium dengan pelancaran edisi khas yang dinanti-nantikan iaitu Mercedes-Benz GLA Nightfall Edition.

04-03-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.