Ada Berita Baik Buat Pemilik Kereta Import Terpakai

PHS Automotive Malaysia (PHSAM) menawarkan Pelan Pengiktirafan Audi (Audi Recognition Plan) untuk pemilik kenderaan import terpakai (parallel import) Audi.
Pelan itu akan menyokong para pemilik Audi dengan pelbagai manfaat seperti Audi Plus, Pelan Insurans Audi (Audi InsurancePlan), Pakej Pembaikan Audi (Audi Repair Package) dan Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos(Beyond Economic Repair Support).

Lebih menarik, pelan itu turut menawarkan penggunaan alat ganti tulen, penyelenggaraan, pembaikan dan servis.
Apapun, kenderaan yang dibeli daripada pengimport parallel akan diperiksa dahulu. secara percuma di mana-mana Audi Centre yang layak untuk mengendalikan pelan berkenaan.


Seperti biasa semuanya bergantung kepada keputusan pemeriksaan, para pemilik kemudian boleh mendaftar dengan Pelan Pengiktirafan Audi yang merangkumi perkara-perkara berikut:
• Pakej Audi Plus menawarkan penjimatan ke atas servis, pembaikan, alat ganti dan penyelenggaraan untuk kenderaan yang berusia 5 tahun dan ke atas. Selepas mendaftar,pemilik akan menerima 3 baucar yang boleh digunakan dalam tempoh 3 tahun dimana mereka layak menerima potongan sebanyak 10% ke atas servis, penyelenggaraan serta Bantuan Tepi Jalan selama 12 bulan dari tempoh penebusan baucar tersebut.
• Pelan Insurans Audi. -Pakej ini menawarkan kelulusan tuntutan, Bantuan Tepi Jalan Audi secara percuma selama 12 bulan untuk kereta berusia lebih 5 tahun serta jaminan bahawa kerja-kerja pembaikan akan dibuat di pusat badan dan cat sah Audi oleh juruteknik bertauliah. Semua ini dilakukan berdasarkan pembaikan global Audi dan hanya alat ganti tulen Audi digunakan. Rakan-rakan insurans terdiri daripada Allianz General Insurance Berhad, MSIG Insurance (M) Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich General Takaful Malaysia Berhad.
• Pakej Pembaikan Audi menawarkan diskaun sebanyak 30% ke atas barangan seperti set brek, penyerap hentak, galas (bearing) dan tali sawat pemasaan untuk kenderaan berusia 6 tahun dan ke atas.
• Sokongan Pembaikan Melangkaui Kos. Ia menawarkan diskaun 20% ke atas alat- alat ganti terplih yang rosak teruk akibat insiden tidak diingini.

Selain pelan ini, Audi juga akan melancarkan aplikasi peranti pintarnya tidak lama lagi untuk menawarkan akses pelbagai ciri yang direka untuk membuatkan pengalaman pemilikan yang lebih baik kepada semua pemilik kenderaan Audi (termasuk kenderaan import terpakai).
Menerusi aplikasi ini, ia juga akan memudahkan mereka mencari stesen pengecasan EV terdekat serta membuat temu janji untuk menghantar kereta mereka untuk diservis.
Pemilik kenderaan Audi yang berminat boleh mendaftar di https://myaudiworldapp.com.my/pre-launch.
Bagi Pelan Pengiktirafan Audi pula, anda boleh melayari laman web www.audi.com.my atau Audi Centre untuk mendapatkan keterangan lanjut.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX3397
SELANGOR
BSU8406
JOHOR
JG9260J
PULAU PINANG
PSH2250
PERAK
APM7261
PAHANG
CFJ3407
KEDAH
KGJ7135
NEGERI SEMBILAN
NEM5079
KOTA KINABALU
SJV165
KUCHING
QAB9481P
Terakhir Kemas Kini 03 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Kereta Toyota Masuk Bengkel, Jangan Risau
Pakej Insurans Toyota (TIP) direka khas untuk semua kenderaan Toyota yang menawarkan beberapa manfaat.
03-11-2026
Puluhan Kereta Baharu 'Berendam' Banjir Kilat Di Subang
Punca kejadian disebabkan banjir kilat melanda Lembah Klang, petang tadi.
02-11-2026
Hujan Lebat: Lebuh Raya Persekutuan, Denai Alam & TTDI Banjir
Banjir Kilat Lembah Klang: Laluan Utama Dinaiki Air
02-11-2026
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge