ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Art Of Speed 2023 Cukup Meriah

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Pameran Art Of Speed (AOS 2023) yang diadakan selama dua hari bermula Sabtu lalu di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) berjaya menarik lebih 65,000 pengunjung.

Acara itu bermula pada 29 dan 30 Julai dimana tiketnya dijual pada harga serendah RM35 manakala warga emas dan kanak-kanak berumur bawah 12 tahun dibenarkan masuk secara percuma.

image.png

Seperti sedia maklum, pameran kenderaan kustom dari luar negara merupakan acara yang cukup menyerlah setiap kali AOS diadakan.

Pada tahun ini, antara senarai kenderaan kustom ialah:

WILD ROAD CHOPPERS (JEPUN) hadir dengan Harley-Davidson Chopper Show Bike.tahun 1941.

COSMIC CHOPPER CITY (JEPUN) membawakan Harley-Davidson Chopper Show Bike.tahun 2020.

SIDE YAKOTANI (JEPUN) mempamirkan Kustom 1959 Volkswagen Type2 Safari.

Art Of Speed juga ada menjemput tetamu-tetamu antarabangsa dimana  pengunjung-pengunjung AOS 2023 cukup teruja menemui mereka pada pameran berkenaan.

image.png

Apa yang cukup menarik ialah penampilan Hot Wheel yang membuatkan pengumpul koleksi kereta mini itu menyerbu Hall B.

Apa tidaknya, kali ini AOS turut menganjurkan Konvensyen Rasmi Pengumpul Hot Wheels (Official Hot Wheels Collector Convention) yang pertama di Asia Tenggara.

image.png

Acara julung kali ini mengumpulkan peminat Hot Wheels dari seluruh negara di satu tempat, di mana mereka boleh melihat beberapa koleksi unik dan jarang dilihat tetapi terdapat juga acara tukar beli di mana mereka boleh menukar atau membeli model Hot Wheels lain dalam kalangan rakan pengumpul. .

Para pengunjung juga dilihat tidak melepaskan berpeluang untuk bertemu dan merakam gambar dengan  pereka Hot Wheels terkenal, Matt Gabe dari Amerika Syarikat.

364126733_10225224228086990_5480243398756480016_n.jpg

Sementara itu, Mohd Shahlan Bin Mohd Nasir dengan Proton Arena telah menggondoli tempat pertama dalam kategori Hot Wheels Legends Tour Malaysia.

image.pngimage.png

Shahlan akan mewakili Malaysia di peringkat akhir nanti.

Pada tahun ini,  pengunjung juga diberi peluang untuk merasai peluang cabutan bertuah selama dua hari pameran berlangsung.

Sebuah hadiah berupa berupa ZEUS e-biked menjadi milik seorang pengunjung bertuah dari Johor Bahru, Norilah Mohd Norzri manakala pada hari Ahad, pengunjung dari Perak, Rizal Azman membawa pulang sebuah Toyota Celica model tahun 1979 yang telah dikustomkan oleh Art of Speed Malaysia (AOSM).

Sementara itu, cabutan bertuah kedua untuk tiket dalam talian adalah sebuah motosikal Honda e-DAX, yang dimenangi oleh Nor Adila Bt Nor Hashimi.

Apapun, pameran kali ini cukup meriah.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRD8417

SELANGOR

BSR1876

JOHOR

JYB4320

PULAU PINANG

PSD3602

PERAK

APJ4436

PAHANG

CFG9012

KEDAH

KGG6984

NEGERI SEMBILAN

NEK7493

KOTA KINABALU

SJS6017

KUCHING

QAB674P

Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Berita Auto

29-07-2023
Gaya Hidup

29-07-2023
Gaya Hidup

29-07-2023

Berita Terkini

Berita Auto
Berita Auto

Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027

Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.

26-06-2026
Berita Auto

NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang

Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.

25-06-2026
Berita Auto

Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan

Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.

25-06-2026
Berita Auto

iCAUR V23 Menang Anugerah

iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.

25-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran

Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.

24-06-2026
Berita Auto

PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis

PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.

24-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.