Berjaya, Naza Tak Cukup Bagus, Vincent Tan Saman Kerajaan

Syarikat usaha sama (JV) Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza mengemukakan saman terhadap Kementerian Kewangan (MoF) kerana menamatkan surat hasrat (LOI) yang ditawarkan kepada JV.
Memetik kenyataan akhbar Berita Harian, LOI yang berkaitan dengan kontrak untuk membekalkan kenderaan kerajaan, ditamatkan tiga bulan selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad pada Mac 2020.
Menurut Pengasas dan Penasihat Kumpulan Berjaya, Tan Sri Vincent Tan, kerajaan telah menamatkan perkhidmatan pihaknya dan memberikannya kepada Spanco.
“Kerajaan bersetuju untuk membelanjakan RM700 juta lebih tinggi (berbanding bidaan JV).
"Kerajaan berfikiran bahawa Berjaya dan Naza tidak cukup bagus dalam perniagaan kereta. Jadi kami telah memfailkan saman undang-undang terhadap (MoF) berhubung perkara ini dan bersedia untuk ke mahkamah mengenainya,”katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perjanjian penjualan saham di antara Berjaya Corporation Bhd dengan Naza Corporation Holdings Sdn Bhd semalam.
Dikatakan, bidaan yang dilakukan oleh JV terbabit ketika itu adalah yang paling rendah dalam kalangan semua pembida.
Malah, pada masa itu Naza memiliki 51 peratus kepentingan di dalam JV dan 49 peratus oleh Berjaya.
Untuk rekod, Spanco menyelenggara barisan kenderaan kerajaan sejak 1994 sehingga konsesinya berakhir pada akhir 2018.
Kerajaan ketika itu membuat tender secara terbuka dengan meminta pihak yang berminat untuk mengemukakan permohonan cadangan (RFP) mengenai konsesi berkenaan.
Selain Spanco serta JV antara Kumpulan Berjaya dan Kumpulan Naza, syarikat lain yang menyertai bidaan itu ialah DRB-Hicom Bhd dan Samling Group.
Gallery
Tag:
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRL1547
SELANGOR
BSS7258
JOHOR
JC4217J
PULAU PINANG
PSE6842
PERAK
APK6538
PAHANG
CFH4510
KEDAH
KGH5386
NEGERI SEMBILAN
NEL4351
KOTA KINABALU
SJT5374
KUCHING
QAB4032P
Terakhir Kemas Kini 15 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Lori Minyak Hempap Bezza, Ibu, Anak Terkorban
Ibu, Anak Maut Kereta Dihempap Lori Tangki Minyak Sebelum Terbakar di Temerloh.
15-08-2026
Bukan Jan 2027, Anthony Loke Cabar Operasi ECRL Dimulakan Disember Ini
Operasi ECRL: Anthony Loke Minta Diawalkan Ke Disember
14-08-2026
Sambutan Dingin, Anthony Loke Gesa Pemandu Komersial Buat Saringan Kesihatan
Cuma Bayar RM30 Daripada RM85! Pemandu Komersial Digesa Manfaat Subsidi PERKESO.
14-08-2026
PRO-NET Sediakan Tenaga Kerja Mahir e.MAS
Jaminan Kualiti EV: PRO-NET Lahirkan Kumpulan Pertama Pakar Sistem Voltan Tinggi
13-08-2026
Nak Pergi RXZ Members? Ini Syarat Baharu
JPJ Tetapkan Pendaftaran Online Buat Peserta RXZ Members.
13-08-2026
Kenapa Kei Car Tak Boleh Dijual Di Malaysia? Ini Sebab Sebenarnya
Sangat Popular Di Jepun, Tapi Kenapa Kei Car Dilarang Dijual Di Malaysia?
13-08-2026
Isu Tiket F1 Sepang Bermula RM200 Tular, Status Masih Belum Sah
Bocor Di Media Sosial: Tiket F1 Sepang Dikatakan Bermula RM200 Khusus Buat Pemegang MyKad!
12-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat