Dua Unit Myvi Terpakai Yang Dijual Ini Viral, Ini Sebabnya...

Hatchback Perodua Myvi generasi ketiga yang disenaraikan untuk dijual di Jepun
Baru-baru ini viral di media sosial tentang penjualan dua unit kereta Perodua Myvi terpakai. Apa yang menjadi perhatian? Kedua-dua Myvi ini dijual bukan di negara kita tapi di Jepun!
Myvi yang dijual di platform jual beli kereta negara matahari terbit ini merupakan Myvi generasi ketiga yang tidak dihasilkan berdasarkan kembar Daihatsu/Toyota.

-v2-full.jpg)
-full.jpg)
Diperkenalkan pada hujung tahun 2018, model hatchback Perodua Myvi generasi ketiga merupakan produk yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia, berbeza dengan dua keluaran terdahulu yang merupakan versi rebadge Daihatsu Boon/Sirion dan Toyota Passo
Untuk pengetahuan pembaca, Perodua Myvi generasi ketiga ini dilancarkan pada tahun 2018. Berbeza dengan model sebelumnya yang direka berdasarkan Daihatsu Boon/Sirion dan Toyota Passo, Myvi 2018 merupakan versi yang agak istimewa kerana direka dan dibangunkan di Malaysia sepenuhnya.
Model yang dipasarkan di Indonesia dengan nama Daihatsu Sirion ini menggunakan enjin petrol 4-silinder DOHC D-VVTi 1.3L dan 1.5L serta transmisi 4AT sebelum dikemaskini kepada CVT pada tahun 2020.






Unit ini hanya menunjukkan jarak perjalanan serendah 6,222 km! (Foto: Carsensor.net)
Kedua-dua “King of the road” Malaysia ini dijual di Jepun melalui laman web carsensor.net. Klik sini dan sini untuk lihat iklan Myvi yang dimaksudkan. Model yang dijual adalah model pra-facelift dengan transmisi 4AT varian yang tertinggi, 1.5 AV.
Kedua-dua Myvi menunjukkan bacaan jarak perjalanan yang rendah pada odometer, iaitu 14,200 km (perak) dan 6,222 km (merah). Ciri lain yang dapat dilihat adalah penggunaan unit infotainmen aftermarket, serta pembaca kad yang sesuai dengan sistem tol elektronik Jepun.






Myvi berwarna perak Glittering Silver yang disenaraikan mempunyai jarak perjalanan sebanyak 14,200 km, lebih tinggi berbanding Myvi mewah Lava Red. (Foto: Carsensor.net)
Dari segi kelengkapan, model yang dijual ini lengkap dengan pelbagai kemudahan pada varian AV iaitu, tempat duduk dalam balutan kulit, serta ciri bantuan keselamatan termaju Perodua (ASA) yang terdiri daripada amaran pelanggaran hadapan (FCW) dengan brek kecemasan autonomi (AEB), amaran kenderaan hadapan bergerak ke depan dan kawalan tersalah tekan pedal (PMC).
Harganya? Dijual daripada harga ¥1,600,000 hingga ¥1,700,000 atau dalam mata wang Malaysia antara sekitar RM53,000 ke RM56,000. Untuk pengetahuan pembaca, model AV versi pra-facelift ini ketika pelancarannya dijual pada harga RM55,300. Ini bermakna, salah satu daripada Myvi tersebut dijual lebih tinggi daripada harga sewaktu pelancaran!


Kenapa kedua-dua kereta ini dijual di Jepun sebagai kereta terpakai masih lagi misteri, tetapi kami ada spekulasi sendiri... (Foto: Carsensor.net)
Bagaimana dan mengapa kedua-dua kereta ini berada di pasaran kereta terpakai Jepun masih menjadi misteri. Mungkin kaitannya dapat dilihat daripada lokasi penyenaraian kereta ini dibuat, di Osaka, tempat terletaknya ibu pejabat Daihatsu, rakan kongsi Perodua. Model ini mungkin dibawa masuk ke negara Jepun untuk tujuan penilaian dan ujian dalaman. Setelah matlamat itu tercapai, kedua-dua kereta ini kemungkinan telah dikeluarkan untuk dijual semula bagi mengembalikan kos.

Kini, terdapat lebih daripada 300 unit kereta Perodua Myvi generasi ketiga terpakai merangkumi pelbagai varian yang disenaraikan di CariCarz - termasuk varian H, X, dan G. Klik di sini untuk lihat.
Walaupun ini mungkin hanya dua unit Myvi generasi ketiga yang dijual di Jepun buat masa ini, CariCarz mempunyai lebih daripada 300 unit Myvi generasi ketiga yang ditawarkan oleh rakan pengedar kami, dengan harga serendah RM43,700. Klik di sini untuk lihat senarai kereta Myvi.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP4018
SELANGOR
BSN1180
JOHOR
JYS6794
PULAU PINANG
PSA3653
PERAK
APF7360
PAHANG
CFF6274
KEDAH
KGE6505
NEGERI SEMBILAN
NEJ6979
KOTA KINABALU
SJQ6557
KUCHING
QAB3806N
Terakhir Kemas Kini 09 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Perodua Alza Ada Lawan? Lakaran Proton Saga MPV Mula Viral, Bakal Jadi Kereta 7-Seater Paling Murah Malaysia?"
Lakaran Proton Saga MPV menjadi bualan hangat di media sosial.
09-03-2026
RON95 Subsidi Masih RM1.99! PM Beri Jaminan RON95 Tak Naik Walau Harga Dunia ‘Mendidih’
Kerajaan memberi jaminan akan berusaha sedaya mungkin untuk mengekalkan harga siling petrol RON95 pada paras RM1.99 seliter.
09-03-2026
BYD ‘Laku Keras’ Sampai Tak Cukup Tangan? BYD Sime Motors Agresif Buka Lebih 40 Bilik Pameran Seluruh Negara!
BYD Sime Motors terus mengukuhkan cengkamannya sebagai raja kenderaan elektrik (EV) di Malaysia dengan membuka lebih 40 bilik pameran.
09-03-2026
Hati-Hati Perantau Kelantan, JPJ Guna Dron "ZOOM" 200 Kali Untuk Kesan Pesalah Trafik
JPJ akan menggunakan dron berteknologi tinggi sempena Ops Hari Raya Aidilfitri yang mampu zoom 200 kali ganda untuk mengesan pesalah trafik.
08-03-2026
"Selesa & Tenang" – Ini Sebab Kenapa Siti Nurhaliza Pilih GWM WEY G9 Sebagai Kenderaan Harian!
GWM Malaysia secara rasminya menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada biduanita negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza, baru-baru ini.
07-03-2026
Kenapa Ramai Pilih Chery Untuk Raya Tahun Ini? Ada Sebabnya
Bukan sekadar kereta baharu, Chery tawar rebat untuk anda balik kampung tahun ini.
06-03-2026
KL Lumpuh Setiap Petang? Ini Sebab Kenapa Jalan Jem Bulan Puasa Lagi 'Kejam' Daripada Biasa!"
Fenomena Jem di bulan puasa: Kenapa Lagi DAHSYAT berbanding bulan biasa? Ini 4 Punca yang buat ramai mengucap atas jalan.
06-03-2026
Kenaikan Tambang Bas 10% Diluluskan Kerajaan, 40,000 Tiket E-Mutiara Tetap Jadi Rebutan Perantau.
Fenomena pulang ke kampung di Kelantan nampaknya luar biasa tahun ini memandangkan syarikat pengendali bas ekspres terkemuka, E-Mutiara, mengesahkan sebanyak 40,000 tiket perjalanan telah habis terjual sepenuhnya .
06-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat