ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Harga Model Tesla Y Taklah Mahal Sangat

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Ia bukan rahsia lagi Tesla akan dilancarkan secara rasmi di Malaysia pada 20 Julai ini. 

Menjelang penampilan sulung rasminya pada minggu hadapan, Tesla mengumumkan bahawa Tesla model Y sudah boleh ditempah menerusi laman web khas.

Untuk pasaran Malaysia, model Y didatangkan dengan tiga varian: - Standard RWD, Long Range AWD, dan Performance AWD.

Dikhabarkan, pembeli Tesla akan menerima lebih banyak manfaat pilihan penyesuaian berbanding pembeli negara jiran kita di Thailand.

STANDARD RWD

Bermula dengan varian Standard RWD, ia cuma dilengkapi dengan motor tunggal pada pacuan roda belakang dimana ia mampu memecut dari 0-100 kilometer sejam (km/j) hanya dalam 6.9 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 207 km/j.

Dari segi jarak, ia mampu bergerak sejauh 430 kilometer dengan hanya sekali cas.

image.png

Ia cuma didatangkan dengan lima pilihan warna: - Pearl White, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metallic, Red Multi-Coat manakala warna dalaman pula semua serba hitam, hitam atau putih.

Terdapat dua pilihan rim iaitu 19 inci dan 20 inci.

LONG RANGE AWD

image.png

Varian ini dikuasakan oleh semua pacuan roda dan motor elektrik berkembar dimana ia mampu memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 5 saat.

image.pngimage.png

Menggunakan pek bateri yang lebih besar membuatkan ia mampu bergerak sejauh 533 km dengan hanya sekali cas.

Berbeza dengan varian Standard RWD, model ini hanya menawarkan satu pilihan rim iaitu  rim  Gemini 19-inci. 

PERFORMANCE AWD

image.png

Varian ini adalah antara yang termahal di Malaysia. Ia dipadankan dengan motor elektrik berkembar serta sistem semua pacuan roda.

Model ini boleh memecut dari 0-100 km/j hanya dalam 3.7 saat manakala kelajuan maksimumnya ialah 250 km/j.

Apa yang cukup menarik ia boleh bergerak sejauh 514 km dengan hanya sekali cas.  Ia menggunakan sistem brek berprestasi, dan sistem gantungan direndahkan.

image.png

Selain itu, pembeli juga boleh memilih untuk menambah ciri Enhanced Autopilot yang menambah fungsi Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, Summon dan Smart Summon pada harga RM16,000.

Malah, kesemua Model Y di Malaysia juga ditawarkan dengan pakej Full Self-Driving Capability yang bermula dari RM32,000.

HARGA:

image.png

Dari segi harga pula, Tesla Model Y Standard RWD bermula dari RM199,000 manakala Model Y Long Range AWD (RM246,000).

Bagi  Model Y Performance AWD pula, ia ditawarkan pada  RM288,000. 

All in all, this puts the Tesla Model Y as one of the most affordable ‘premium’ EVs available in the market.

Di sebalik harga Tesla ini, boleh dikatakan Model Y adalah salah satu EV 'premium' yang ditawarkan apda harga yang paling berpatutan di pasaran tempatan.

Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC9305

SELANGOR

BSQ9152

JOHOR

JYB433

PULAU PINANG

PSD1857

PERAK

APJ3062

PAHANG

CFG8124

KEDAH

KGG5705

NEGERI SEMBILAN

NEK6837

KOTA KINABALU

SJS4608

KUCHING

QAB223P

Terakhir Kemas Kini 23 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

20-07-2023
EV

14-07-2023
Global

20-01-2026
Berita Auto
EV

08-10-2025
EV

06-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

EV

Petrol vs Hibrid vs EV Di Malaysia: Yang Mana Sebenarnya Jimatkan Duit Anda?

Ini Kos Sebenar "Bela" Kereta Petrol, Hibrid & EV di Malaysia!

22-06-2026
EV

Proton e.MAS Turun Padang: Bawa Revolusi EV Lebih Dekat Kepada Anda

PRO-NET kembali menyemarakkan siri jelajah Proton e.MAS ke seluruh negara untuk membawa barisan EV tempatan ini terus ke depan mata anda.

19-06-2026
EV

Harga Rahmah: Perodua QV-E Kini Lebih Mampu Milik Bermula RM63,499

Sebab Ini Kereta Elektrik Perodua Makin Murah, Siap Ada 'Cashback' Untuk Pembeli Lama!

15-06-2026
EV

KLIMS 2026: smart Malaysia Pertaruh SUV Flagship smart #5 Serba Boleh

EV Premium Paling 'Versatile' Tahun Ini, smart #5.

15-06-2026
EV

Mahu Cas Tapi Tak Sampai: Masalah 'Kabel Pendek' Kini Jadi Igauan Ngeri Pemilik EV Malaysia

Ingat Senang Nak Cas EV di Malaysia? Ini Realiti Pahit Yang Ramai Tak Tahu.

10-06-2026
EV

Warga Kuching Dah Boleh Pandu Uji! Tesla Buka 'Experience Centre' Baharu Di The Spring Mall

Tesla Kini Di Sarawak! Pusat Pengalaman Baharu Dibuka Di The Spring Kuching, Tampil Model Y L 6-Tempat Duduk.

10-06-2026
EV

Analisis: Isu PHEV Cas Di R&R Musim Raya, Siapa Patut Mengalah?

Isu Cas DI R&R Pada Musim Raya: Wajarkah Kenderaan PHEV Guna Stesen Pengecas EV?

04-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.