Hati-Hati Pemandu Wanita, Taktik Lelaki Negro Panjat Kereta

Seorang wanita hanya mampu membunyikan hon dan menjerit apabila seorang lelaki Negro secara tiba-tiba memanjat bonet keretanya di Bulatan Kampung Pandan, Kuala Lumpur.
Satu klip video yang dimuat naik ke internet memaparkan lelaki berkenaan memanjat dan duduk di atas bonet kereta sambil mengintai bahagian dalam kereta berkenaan.
Walaupun, wanita itu membunyikan beberapa kali hon seolah-olah berada dalam keadaan tiada sesiapa yang tampil membantu.
Bagaimanapun, nasib wanita itu baik apabila seorang lelaki India yang menunggang basikal, secara kebetulan melalui kawasan itu datang dan menarik lelaki Negro itu supaya turun dari kereta.

Lelaki berkenaan kemudian memintanya beredar dengan cepat sementara dia membawa lelaki Negro ke tepi jalan.

Wanita itu, Tazliana, 29, berkata, sebelum itu dia menyedari lelaki tersebut duduk di tepi jalan sebelum bertindak berlari ke arah keretanya.
“Dia cakap ‘you hit me’ (awak langgar saya) berulang kali serta memerhati bahagian dalam kereta saya.
“Lelaki itu ketawa, bercakap sendiri seperti tidak waras atau mungkin mabuk. Saya tak pasti kalau itu taktik untuk ambil kesempatan, gangguan seksual atau samun kerana saya memandu seorang diri saja ketika itu,” katanya.
Bagaimanapun, Tazliana sempat merakam kejadian itu walapun panik.
Susulan itu, satu laporan polis telah dibuat di Kota Damansara semalam.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQP9835
SELANGOR
BSN3135
JOHOR
JYT1162
PULAU PINANG
PSA4734
PERAK
APF8776
PAHANG
CFF7235
KEDAH
KGE7243
NEGERI SEMBILAN
NEJ7488
KOTA KINABALU
SJQ7491
KUCHING
QAB3989N
Terakhir Kemas Kini 14 Mar, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.59
+0.05
RON 97
RM 3.15
+0.05
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 3.04
+0.05
EURO 5 B7
RM 3.24
+0.05
Terakhir Kemas Kini 26 Feb, 2026
Berita Terkini
Proton S70 2026 Raih 7,157 Tempahan
Permintaan terhadap Proton S70 terus menunjukkan momentum kukuh apabila 7,157 tempahan awal diterima sejak tempahan bagi model Proton S70 2026 dibuka pada 11 Februari lalu.
13-03-2026
GWM Haval H6 HEV
Sambut Hari Raya 2026 dengan GWM HAVAL H6 HEV, SUV hibrid paling laris di Malaysia.
13-03-2026
Siap Sedia Rakyat Malaysia! Amaran Iran AS$200 Setong Bakal Ubah Hidup Kita Selamanya?
Siap sedia rakyat Malaysia! Amaran Iran AS$200 setong bakal ubah hidup kita selamanya.
13-03-2026
Jangan Tersangkut 12 Jam! PLUS Jangka 2.3 Juta Kenderaan 'Serbu' Lebuhrayanya– Ini Tarikh Perlu Elak
PLUS menjangkakan gelombang trafik luar biasa mencecah 2.3 juta kenderaan sehari pada waktu puncak sambutan Aidilfitri minggu depan.
13-03-2026
Sistem Pembayaran Terbuka Diperluas Ke Semua Lebuh Raya PLUS Bermula Ogos Ini
Berita Gempak! semua pengguna PLUS boleh guna sistem ANPR bermula Ogos nanti.
12-03-2026
Jangan Langgar Arahan, Ini Senarai Tarikh 'Road Ban' Aidilfitri 2026 Yang Wajib Dipatuhi
Save tarikh ini, kenderaan berat berehat seketika di musim raya.
12-03-2026
Dompet Rakyat 'Bergegar' Esok: RON95 Tanpa Subsidi & RON97 Naik 60 Sen, Diesel Naik 80 Sen
Nampaknya, konflik di Asia Barat menyebabkan Malaysia terkena tempiasnya.
11-03-2026
Bukan Kaleng-Kaleng! Chery TIGGO 7 Jadi SUV China Pertama Bolot 5-Bintang Di Eropah, Australia & ASEAN
Chery Tiggo 7 dinobatkan sebagai kereta selamat memandangkan menerima empat penarafan keselamatan lima bintang.
11-03-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat