Honda City Facelift 2023 Dilancarkan Di Thailand - Pembaharuan Luaran, Kabin & Ciri Keselamatan

Honda City 1.5 e:HEV RS terkini yang ditawarkan di pasaran Thailand
Honda City yang diberikan nafas baharu telah dilancarkan di pasaran Thailand minggu ini. Seperti yang dijangka, pembaharuan kali ini melibatkan bukan sahaja di bahagian luar tetapi juga di bahagian dalam, serta penambahan teknologi Honda Sensing iaitu sistem bantuan pemandu aktif (ADAS) pada semua varian.
Di Thailand, Honda City Facelift ditawarkan dalam lima varian yang terdiri daripada dua pilihan trenkuasa, iaitu enjin petrol 1.0L 3-silinder turbo VTEC dengan transmisi CVT, dan enjin hibrid e:HEV 1.5L dengan transmisi E-CVT. Untuk maklumat pembaca, enjin petrol 1.5L 4-silinder i-VTEC yang mungkin lebih dikenali oleh rakyat Malaysia tidak ditawarkan dalam pasaran ini.
PEMBAHARUAN DI BAHAGIAN LUAR HONDA CITY FACELIFT 2023



Versi sporty, RS, menggunakan gril rekaan sarang lebah, apron rendah dan faux diffuser
Pembaharuan pada reka bentuk dapat dilihat daripada penggunaan bar krom yang lebih halus di bahagian hadapan, ini dipadankan dengan gril multi-slat baharu serta liang ambilan udara yang lebih rendah. Sementara itu, untuk varian sporty, RS, dihadirkan dengan gril sarang lebah, skid, lampu kabus (dengan perumah berwarna hitam) dan apron bawah yang berbeza.
Di belakang, versi Facelift ini diberikan bampar belakang baharu, namun varian RS dipasangkan dengan faux diffuser yang disesuaikan dengan spoiler hitam pada hujung but. Kemasan berwarna hitam turut digunakan pada antena sirip jerung dan perumah cermin sisi.
PEMBAHARUAN DI BAHAGIAN DALAM HONDA CITY FACELIFT 2023



Bergerak ke bahagian dalam kabin, beberapa ciri baharu dapat dilihat. Semua varian 3-silinder mendapat panel paparan pelbagai info TFT 4.2 inci yang baharu, manakala perubahan terbesar pada varian RS adalah penggunaan upholsteri kulit dan kulit sintetik yang menggantikan kombinasi kulit-sued. Manakala varian SV pula kini mempunyai konsol tengah dan panel pintu yang dikemaskan dengan kulit sintetik berwarna merah gelap.
PEMBAHARUAN CIRI KESELAMATAN HONDA CITY FACELIFT 2023
Selain perubahan di bahagian luar dan kabin Honda City, versi kali ini juga lebih selamat kerana kesemua varian kini dilengkapi dengan pakej keselamatan ADAS Honda Sensing. Ini merangkumi Sistem Brek Mitigasi Pelanggaran (CMBS), Sistem Bantuan Kekal Lorong (LKAS), Sistem Mitigasi Keluar Dari Jalan dengan Amaran Keluar Laluan (RDM dengan LDW), Lampu Suluh Tinggi Auto (AHB), dan Sistem Notifikasi Kereta Depan Keluar Lorong (LCDN) sebagai ciri standard.

Turut termasuk adalah ciri Kawalan Jelajah Adaptif (ACC) pada varian e:HEV yang telah diperbaik. Manakala ciri kamera Honda LaneWatch pula hanya disediakan untuk varian hibrid 1.5 e:HEV RS.
Pelancaran model facelift ini di pasaran Thailand menandakan kehadirannya di pasaran ASEAN lain termasuk Malaysia mungkin akan berlaku tidak lama lagi. Diharapkan Honda City Facelift yang dibawa ke negara kita turut akan menerima pembaharuan yang serupa lebih-lebih lagi dalam aspek keselamatan.
Berkemungkinan besar, harga jualan model facelift itu nanti juga lebih tinggi berbanding Honda City yang ditawarkan sekarang.
BILA HONDA CITY FACELIFT 2023 AKAN DILANCARKAN DI MALAYSIA?

Desas-desus mengatakan Honda City Facelift 2023 akan tiba di negara kita tidak lama selepas SUV kompak WR-V diperkenalkan. Apa-apa pun, kita nantikan sahaja pengumuman daripada Honda Malaysia.
Gallery
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQW5196
SELANGOR
BSP6634
JOHOR
JYV9463
PULAU PINANG
PSB9234
PERAK
APH2075
PAHANG
CFG4070
KEDAH
KGF6625
NEGERI SEMBILAN
NEK3049
KOTA KINABALU
SJR7187
KUCHING
QAB7096N
Terakhir Kemas Kini 06 May, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026
Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat