ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Imej Acah Toyota Land Cruiser Generasi Seterusnya Didedahkan – Kembar GX Untuk Marhaen?

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Toyota_Teaser_2-1-1.jpg


Toyota Land Cruiser bakal menggegarkan pasaran dengan model generasi baharu. Inilah yang boleh kita jangkakan setelah gambar-gambar teaser rasmi model ini dikeluarkan Toyota USA.


Dua imej teaser yang telah didedahkan memaparkan bentuk model Land Cruiser baharu bersebelahan dengan model terawal, Toyota FJ40 dari tahun 60-an. Daripada gambar-gambar tersebut, jelas terlihat bahawa Land Cruiser baharu menampilkan reka bentuk ‘kotak’ yang sama seperti model lebih mewah, Lexus GX, yang baru dilancarkan.


Toyota-LandCruiser-Teaser.jpgLexus-GX-2024-Premium-10.jpg


Jika diperhatikan dengan lebih dekat, beberapa perbezaan dapat diperhatikan daripada kedua-dua model ini, terutamanya dari segi reka bentuk bampar hadapan dan belakang. Rekaan bahagian belakang Land Cruiser baharu kelihatan lebih ‘runcing’ sesuai dengan bentuk lampu yang digunakan di bahagian ini. Berdasarkan saiz badan kereta, Land Cruiser kali ini juga mungkin memiliki konfigurasi tempat duduk tiga baris, sama seperti GX. 


Lexus-GX-2024-Premium-6.jpgLexus-GX-2024-Premium-11.jpg

Lexus-GX-2024-Premium-8.jpgLexus-GX-2024-Premium-9.jpg


Dari segi kelengkapan, sejak dulu lagi GX boleh dikatakan sebagai ‘si kembar’ yang lebih mewah berbanding Land Cruiser, walaupun hampir keseluruhannya hadir dengan kelengkapan dan ciri mekanikal yang sama. 


Untuk pengetahuan para pembaca, Lexus GX baharu menggunakan platform TNGA-F, yang juga digunakan pada beberapa SUV berukuran besar lain daripada Toyota. Dengan kepanjangan 5,005 mm, badan GX lebih panjang berbanding Land Cruiser J300 generasi semasa (4,985 mm).


Lexus-GX-2024-Overtrail-10.jpgLexus-GX-2024-Overtrail-7.jpg


GX baharu menggunakan enjin V6 twin-turbo 3.4 liter yang menghasilkan kuasa sebanyak 349 hp berbanding enjin V8 lama. Selain itu, terdapat juga versi hibrid dengan trenkuasa yang diambil dari Toyota Sequoia yang menggunakan enjin V6 yang sama dengan kuasa keseluruhan sebanyak 437 hp. Kuasa tersebut disalurkan kepada kesemua roda melalui transmisi automatik 10 kelajuan.


Toyota_Teaser_1.jpg


Toyota Land Cruiser generasi baharu dijangka akan membuat penampilan globalnya pada masa akan datang. Walaupun tarikh  pelancaran masih belum didedahkan, Toyota ada menyebut “warisan selama 65 tahun.” Selepas pelancaran model terawal pada tahun 1960, adakah ini merupakan petunjuk bahawa model baharu ini akan dilancarkan 65 tahun kemudian, iaitu pada tahun 2025 nanti? 


Kita nantikan sahaja pengumuman rasmi daripada Toyota. Dapatkan informasi terkini dunia automotif hanya di CariCarz. 



Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRA7324

SELANGOR

BSQ4461

JOHOR

JYX5403

PULAU PINANG

PSC6002

PERAK

APH7814

PAHANG

CFG6375

KEDAH

KGG2606

NEGERI SEMBILAN

NEK5244

KOTA KINABALU

SJS1366

KUCHING

QAB9173N

Terakhir Kemas Kini 30 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

17-10-2025
Global

24-06-2025
Global

02-08-2023
Global

02-08-2023
Global

08-07-2023
Global

24-03-2023
Berita Auto

31-10-2022
Global

03-08-2022

Berita Terkini

Global

Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?

iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.

27-04-2026
Global

Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah

Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.

27-04-2026
Global

Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat

Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.

20-04-2026
Global

Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia

Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.

20-04-2026
Global

Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz

Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.

27-03-2026
Global

Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM

Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.

02-03-2026
Global

Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap

Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.

27-02-2026
Global

Model Pertama Lepas Dibawa Masuk Ke Pasaran UK, Lepas L8, Bakal Dilancar Suku Ketiga 2026

Pembuat kereta China, Chery dikatakan akan membawa masuk jenama Lepas ke pasaran United Kingdom dengan memperkenalkan model pertamanya iaitu SUV Lepas L8.

27-02-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.