Kali Ini, Seorang Bayi, Ibu, Nenek Terkorban

Baru dua bulan tiba di muka bumi namun telah kembali ke Rahmatullah. Demikian yang berlaku ke atas seorang bayi berusia dua bulan yang terkorban dalam nahas di Kilometer 375.8, Lebuh Raya Pantai Timur Dua (LPT2), dekat Bukit Besi, Terengganu semalam.
Selain bayi itu, Nik Muhammad Zayyan Irfan Zulhilmi Ismail, ibunya, Raja Nurhanani Nabila, dan nenek bayi berkenaan, Noreha Mohamed, 53 turut terkorban dalam nahas yang cukup menyayat hati.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata, sewaktu kejadian, kereta Proton Wira dipandu oleh adik Raja Nurhanani, Raja Haikal Najmi,20.
Selain tiga mangsa yang terbunuh, kereta itu dinaiki turut dinaiki seorang lagi adik Raja Nurhanani, Raja Nurhumairaa Nadzirah, 13.

“Sekeluarga tersebut dikatakan dalam perjalanan pulang dari rumah Raja Nurhanani Nabila di Kem Tentera Darat Batu 10, Kuantan, Pahang selepas habis berpantang di kampung di Kampung Semat, Wakaf Bharu, Kelantan.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kereta Proton Wira dipandu Raja Haikal Najmi dikatakan tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas melanggar kotak pembetung yang berada di tepi lebuh raya lalu terbalik,” katanya.
Kesemua yang tersepit dalam kereta yang remuk teruk telah dikeluarkan oleh anggota bomba.
Tiga maut manakala, pemandu dan Raja Nurhumairaa terselamat walaupun masing-masing patah kaki kanan dan patah bahu kiri.
Salam takziah kepada keluarga mangsa.
Bagi yang sering menggunakan LPT 2, anda perlu lebih extra berhati-hati memandangkan ada yang menggelar laluan ini sebagai lebuhraya maut.
Terdahulu akhbar tempatan ada yang menyiarkan bahawa LPT2 dianggap bahaya selepas mencatatkan 503 kemalangan dalam tempoh lima bulan tahun 2023 iaitu bermula Januari hingga 31 Mei, membabitkan 14 kes kematian dan tiga cedera parah.

Bahkan, pakar kejuruteraan lebuh raya, Prof. Madya Dr. Ng Choy Peng turut mendakwa jalan terlalu lurus boleh mempengaruhi pengguna untuk memandu lebih laju.
Apapun, selain reka bentuk jalan, faktor manusia dan persekitaran turut menyumbang kepada nahas temaduk di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) yang dianggap bahaya.

Jadi, ada juga pengguna yang memberi cadangan kepada kerajaan untuk menurunkan kadar had laju terutama di lokasi yang berpotensi berlaku kemalangan kepada 90 atau 100km sejam.
Apa pula cadangan anda?
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8417
SELANGOR
BSR1876
JOHOR
JYB4320
PULAU PINANG
PSD3602
PERAK
APJ4436
PAHANG
CFG9012
KEDAH
KGG6984
NEGERI SEMBILAN
NEK7493
KOTA KINABALU
SJS6017
KUCHING
QAB674P
Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Peserta RXZ Fighter Maut, Berlanggar Sesama Sendiri
Dua lagi parah selepas motosikal yang dinaiki mereka berlanggar sesama sendiri.
03-05-2025
Penjawat Awam Maut Di LPT 2
Gara-gara terlanggar penghadang lebuh raya, seorang lelaki yang menaiki kereta Myvi maut di Lebuh Raya Pantai Timur 2 (LPT2) berhampiran Plaza Tol Kijal, Kemaman, pagi tadi.
26-11-2024
Beruang Kena Rempuh, Malangnya Jabatan Perhilitan Tak Jumpa!
Jabatan Perhilitan sudah melakukan pencarian untuk menyelamatkan haiwan itu namun tidak ditemui.
05-11-2024
2 Lagi Terkorban di LPT 2
Suami isteri warga emas maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4WD) dinaiki mereka merempuh belakang sebuah treler.
19-06-2023
Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"
Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah
15-06-2026
Tragedi Jalan Raya: 6 Maut Dalam Nahas Proton X50, Lori Tanah
Tak Sempat Elak: 6 Terkorban Pertembungan Proton X50 & Lori Tanah.
08-06-2026
Berita Terkini
Awas Kaki Vape! Polis Bakal Guna Kit Air Liur Di SJR, Buru Pemandu Khayal ‘Piu Piu’
Vape ‘Piu Piu’ Makin Menggila: Kes Melonjak.
26-06-2026
Teksi Malaysia ke Singapura Bakal Lebih Mahal Mulai 2027
Kos Teksi Malaysia Masuk Singapura Melonjak 2027.
26-06-2026
NPE 2 Bakal Guna Tol Tanpa Palang
Projek Sambungan Lebuhraya Baru Pantai (NPE 2) yang dijangka siap sepenuhnya pada tahun 2029 bakal membawa revolusi baharu dalam pemanduan harian anda.
25-06-2026
Kurang 1% Pengguna Guna Petrol Lebih 200 Liter Sebulan
Kurang satu peratus daripada kira-kira 14 juta pengguna yang berdaftar di bawah sistem Budi Madani Ron95 (Budi95) menggunakan lebih 200 liter petrol RON95 sebulan.
25-06-2026
iCAUR V23 Menang Anugerah
iCAUR V23 memenangi anugerah Red Dot Award: Design Concept 2026 di Jerman, baru-baru ini.
25-06-2026
Minyak Turun, Ini Senarai Harga Baharu Diesel Dan Petrol Yang Anda Wajib Tahu
Lega,harga minyak turun untuk seminggu.
25-06-2026
Isu Saman: Ahli Parlimen Cadang Bayar Ansuran
Shahidan mencadangkan bayaran saman bagi kesalahan jalan raya dibenarkan dibuat secara ansuran.
24-06-2026
PUSPAKOM Ambil 100 Pemeriksa Kenderaan Baharu, Sasar Tingkat Kualiti Servis
PUSPAKOM secara rasmi mengumumkan pengambilan 100 Pemeriksa Kenderaan (VE) baharu di seluruh negara untuk tahun ini.
24-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat