Mitsubishi Triton 2023 Dengan Casis Baharu & Enjin Turbodiesel Terkini

Seperti yang kita tahu, syarikat automotif Jepun, Mitsubishi, akan mengeluarkan Triton generasi baharu pada hujung bulan ini. Menjelang hari pelancarannya, satu demi satu teaser telah dikongsikan, dan yang terkini, Mitsubishi mendedahkan spesifikasi casis dan enjin trak tersebut.

Menurut Mitsubishi, trak pikap Triton generasi keenam akan menggunakan rangka casis baharu sepenuhnya yang dilengkapi dengan suspensi double-wishbone untuk gandar depan, manakala bahagian belakang menggunakan suspensi spring leaf. Walaupun suspensi yang digunakan sama dengan Triton generasi semasa, pengeluar automotif ini mengatakan bahawa casis baharu ini dibangunkan khas untuk memberikan dinamik pemanduan yang lebih baik dan ketegaran yang lebih baik, dengan sistem suspensi yang telah direka semula.

Perkara ini tidaklah begitu mengejutkan, kerana sebelum ini terdapat desas-desus yang mengatakan bahawa Triton baru akan berkongsi asas yang sama dengan trak pikap Nissan Navara. Jika benar, bermakna Triton yang akan diperkenalkan nanti mungkin lebih besar berbanding model sebelumnya, kerana Navara memiliki jarak roda yang lebih panjang iaitu 3,150 mm berbanding 3,000 mm pada Triton generasi semasa.

Untuk enjin, Mitsubishi mengumumkan bahawa Triton baharu akan menggunakan enjin turbodiesel (kod: 4N16) yang baru dibangunkan. Menggantikan enjin 4N15 yang digunakan pada Triton semasa. Untuk saiz enjin, enjin 4N16 baru mempunyai saiz enjin yang lebih kecil iaitu 2,439 CC berbanding enjin 4N15 dengan kapasiti sebanyak 2,442 CC, yang mampu menghasilkan kuasa sebanyak 178 hp dan tork sebanyak 430 Nm.
Baca: Mitsubishi Triton 2024 Bakal Buat Kemunculan Pertama 26 Julai Ini Di Thailand

Enjin 4N16 baru ini adalah enjin sama yang digunakan dalam Nissan Caravan. Namun, pada Caravan, enjin tersebut ditala untuk menghasilkan kuasa hanya sebanyak 130 hp dan tork sebanyak 370 Nm, Triton generasi baharu itu pula dijangkakan akan mendapat penalaan yang lebih bertenaga. Perbezaan ketara lain pula adalah Caravan menggunakan transmisi automatik tujuh kelajuan dari Jatco, manakala Triton semasa menggunakan transmisi automatik enam kelajuan.
Baca: Teaser Mitsubishi Triton Generasi Ke-6 Didedahkan, Pelancaran Global 26 Julai Ini

Mitsubishi Triton generasi keenam 2023 dijadualkan bakal membuat penampilan globalnya pada 26 Julai ini di Thailand.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD5609
SELANGOR
BSR1357
JOHOR
JYB3274
PULAU PINANG
PSD3074
PERAK
APJ4034
PAHANG
CFG8602
KEDAH
KGG6486
NEGERI SEMBILAN
NEK7306
KOTA KINABALU
SJS5348
KUCHING
QAB516P
Terakhir Kemas Kini 26 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
WTCA Lakar Sejarah: Mula Eksport GAC GS3 EMZOOM Pemasangan Tempatan ke Vietnam
Satu Lagi Pengiktirafan Kilang Tempatan: GAC GS3 EMZOOM Buatan Malaysia Kini Dieksport ke Vietnam
08-06-2026
Auto China 2026: iCAUR Tayang V27, Petanda Bakal Masuk Pasaran Malaysia?
iCAUR Gemparkan Beijing! Konsep ROBOX Tampil Unik, V27 RHD Sedia Takluk Asia Tenggara.
27-04-2026
Auto China 2026: Lepas L6 EV, L4 Didedah
Kenali LEPAS: Jenama EV Terbaru Di Bawah Naungan Chery Group.
27-04-2026
Zeekr 8X Muncul Sebagai SUV Hibrid Terpantas Dunia, 0-100km/j Hanya 2.96 Saat
Lupakan SUV lain! Zeekr 8X gabung pecutan kereta super & keselesaan MPV mewah.
20-04-2026
Proton X50 'Takluk' Caribbean, Bukti Kereta Proton Bertaraf Dunia
Strategi global PROTON: Trinidad dan Tobago jadi pasaran eksport kedua X50 selepas Brunei.
20-04-2026
Selain Malaysia, Siapa Lagi Yang LULUS Lintas Selat Hormuz
Ini senarai negara yang dibenarkan melalui Selat Hormuz.
27-03-2026
Denza Z9 GT Tawar Jarak Pemanduan Elektrik Paling Jauh Di Dunia, 1,036KM
Denza Z9 GT station wagon yang dikemaskini dikatakan sebuah BEV yang menawarkan jarak perjalanan elekrik paling jauh di dunia.
02-03-2026
Volvo EX30 2026 Kini Ada Varian Mampu Milik, Fungsi V2L, UX Mantap
Syarikat automotif Sweden, Volvo, baru-baru ini telah mengumumkan penaiktarafan ciri Volvo EX30 bagi model tahun 2026.
27-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat