"Negara Kehilangan Tokoh Dedikasi," - Anwar Ibrahim

Jenazah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Jalan Sulong, Kampung Serkat, Pontian, tengah hari tadi.
Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengimamkan solat jenazah Allahyarham Datuk Seri Salahuddin Ayub di Masjid Jamek Dato' Haji Noh Gadot di Serkat.

Menurut Anwar, sifat terpuji ditunjukkan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup itu diharap menjadi suri teladan buat pemimpin lain, khususnya dalam kerajaan.

"Allahyarham sinonim dengan konsep 'Rahmah' yang diperkenalkan, itu menunjukkan sifatnya yang konsisten dan dalam mesyuarat bersama saya serta jemaah menteri, beliau tidak pernah terlepas dalam mencari jalan atau kaedah untuk meringankan beban rakyat.
"Negara kehilangan seorang tokoh dan saya harap semangat dedikasi beliau ini menjadi teladan, terutamanya sifat penyayang dan rahmah yang beliau tonjolkan dan dedikasikan hingga ke akhir hayat," katanya.

Sementara itu anak sulung Allahyarham, Iskandar Zulkarnain, 37, turut berkesempatan mengimamkan solat jenazah bapanya sebelum ketibaan Perdana Menteri.
Difahamkan solat jenazah dilaksanakan beberapa kali bagi membolehkan lebih ramai jemaah menyertainya.
Lebih 1,000 orang ramai hadir ke masjid bagi memberi penghormatan terakhir buat Allahyarham.
Rata-rata rakyat Malaysia ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham yang meninggal dunia pada jam 9.23 malam tadi ketika masih dalam Unit Rawatan Rapi di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, Kedah.
Salahuddin, 61, sebelum ini dikejarkan ke wad kecemasan HSB kira-kira jam 10.15 malam Jumaat dan mendapat rawatan setelah mengalami mual dan muntah-muntah, sebelum disahkan mengalami pendarahan otak oleh doktor pakar.
Allahyarham bagaimanapun telah selamat menjalani pembedahan pada pagi Sabtu dan berada dalam keadaan stabil di HSB.
Salahuddin juga pernah berkhidmat sebagai menteri pertanian dan industri asas tani sewaktu pentadbiran Pakatan Harapan selama dua tahun pimpinan Dr Mahathir Mohamad.
Pada Pilihan Raya Umum tahun lepas, beliau menewaskan Nur Jazlan Mohammed dari Umno dan Loh Kah Yong dari Perikatan Nasional untuk kerusi Parlimen Pulai di Johor, sekali gus mempertahankan penggal keempatnya sebagai ahli Parlimen.
Selain Pulai, Salahuddin pernah berkhidmat sebagai ahli Parlimen Kubang Kerian, Kelantan selama dua penggal ketika masih dalam PAS.
Gallery
Ditulis pada
Suhana Veru
Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT8215
SELANGOR
BSU3986
JOHOR
JF6629J
PULAU PINANG
PSG4133
PERAK
APM2293
PAHANG
CFJ1053
KEDAH
KGJ4585
NEGERI SEMBILAN
NEM2740
KOTA KINABALU
SJU5414
KUCHING
QAB7512P
Terakhir Kemas Kini 14 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Proton Capai Pegangan Pasaran Tertinggi Dalam 15 Tahun, Makin "Hampiri" Perodua
Pentas Automotif Malaysia 2026: Jurang Proton dan Perodua Semakin Rapat.
13-10-2026
Peluang Emas! Selesaikan Saman DBKL Serendah RM5 Mulai Hari Ini
Ada Saman DBKL? Ini Berita Gembira Buat Pemilik Kereta & Motosikal!
13-10-2026
CSR: Perodua Sumbang 9 Kenderaan Kepada IPD Di Selangor
Perodua sumbang kereta sebagai tanda sokongan terhadap penguatkuasaan undang-undang di negeri Selangor.
13-10-2026
Proton S70 i-GT 1.5 RM58,800: Laris Di Sabah, Sarawak
Harga Bermula RM58,800: Proton S70 i-GT 1.5 Laris Semacam Di Malaysia Timur.
13-10-2026
Litar F1 Paling Susah Dalam Sejarah: Mana Satu Paling Bahaya?
Senarai Litar F1 Sejarah & Mana Paling Susah Dipandu?
12-10-2026
Remaja 15 Tahun Maut Kemalangan: Pemandu Warga Pakistan Direman
Pemandu Alza Belok Tiba-Tiba Punca Pelajar Maut.
12-10-2026
MPV Mewah GWM WEY G9 Hi4 HEV Kini Dibuka Untuk Tempahan
EY G9 Hi4 HEV: Pilihan MPV Hibrid Baharu di Malaysia.
12-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge