ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Raytech Pecah Rekod! Pasang Tinted Kereta Terbanyak Dalam Setahun! – 67K Kereta!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

RAYTECH-1.jpg

Raytech Films (Raytech Films (M) Sdn Bhd), jenama terkemuka dalam pemasangan lapisan filem cermin kereta di Malaysia, yang telah berjaya mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records pada awal tahun ini dengan ‘Pemasangan Lapisan Filem Cermin Kereta Terbanyak Dalam Setahun’ kini, telah memecahkan rekod tersebut dengan jumlah yang lebih tinggi. 

Pada tahun 2022, Raytech Films telah memasang lapisan filem cermin pada sebanyak 67,398 buah kereta, peningkatan sebanyak 13,148 unit berbanding rekod yang dicatatkan pada tahun 2020. Seperti sebelum ini, usaha ini dilakukan melalui rangkaian cawangan mereka di seluruh negara, termasuk di Malaysia Timur, dengan lebih daripada 35 cawangan utama.

RAYTECH-1-2.jpg

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Raytech Films, James Goh, semasa menerima pengiktirafan pada awal bulan ini berkata, "Sekali lagi, pengiktirafan ini membuktikan kualiti produk dan perkhidmatan yang tinggi oleh Raytech Films kepada para pelanggan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada konsultan dan pakar-pakar pemasangan filem cermin kami yang telah bekerja tanpa henti untuk memenuhi keperluan dan permintaan pelanggan kami.”

Tambah beliau, pencapaian ini menunjukkan bahawa Raytech Films adalah jenama lapisan filem cermin kereta yang paling dipercayai dalam kalangan rakyat Malaysia. 

DSC09202.jpg

Ditubuhkan pada tahun 2004, Raytech Films kini sebuah jenama yang dikenali ramai di dalam dan luar negara. Bukan sahaja di Malaysia, cawangan Raytech turut terdapat di pasaran luar negara seperti Thailand, Indonesia, Kemboja, Hong Kong, China, Qatar, Oman, Kuwait, Australia, New Zealand, dan banyak lagi.

Jenama Raytech mengutamakan penyampaian produk tulen yang berkualiti tinggi dengan pemasangan oleh pekerja yang berkepakaran tinggi. Kebanyakan produk syarikat menerima pelbagai sijil serta mematuhi piawaian yang ditetapkan oleh institusi seperti TÜV Nord, ANSI (American National Standards Institute), dan SIRIM Malaysia.

Pada masa ini, Raytech Films menyediakan pelbagai produk lapisan filem cermin kereta untuk memenuhi pelbagai keperluan dan bajet pelanggan. Untuk maklumat lanjut mengenai jenama ini, produk dan perkhidmatannya, serta lokasi cawangan, sila layari Raytechfilms.com.my.

Raytech-PJ.jpg








Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRV2733

SELANGOR

BSU5720

JOHOR

JG2834J

PULAU PINANG

PSG6948

PERAK

APM4480

PAHANG

CFJ2077

KEDAH

KGJ5615

NEGERI SEMBILAN

NEM3747

KOTA KINABALU

SJU6654

KUCHING

QAB8130P

Terakhir Kemas Kini 23 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

EV

04-03-2024
Berita Auto

06-07-2023
Berita Auto

Raytech Films Catat Rekod "Pasang Paling Banyak Penapis Haba Dalam Setahun" - Lebih 54,000 Kereta Sudah Dipasang

Syarikat pemasangan Filem Penapis Haba Raytech (Raytech Films (M) mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini.

07-02-2023
Berita Auto

06-07-2023
Berita Auto

Raytech Films Catat Rekod "Pasang Paling Banyak Penapis Haba Dalam Setahun" - Lebih 54,000 Kereta Sudah Dipasang

Syarikat pemasangan Filem Penapis Haba Raytech (Raytech Films (M) mencipta sejarah tersendiri apabila dianugerahkan sijil Malaysia Book of Records (MBOR) baru-baru ini.

07-02-2023

Berita Terkini

Berita Auto

Ikut Rapat Tak Nak Bayar Tol

Ekor Rapat Sebab Nak Jimat Duit.

23-10-2026
Berita Auto

TuJu Down, PM Minta Maaf

TuJu 'sesak' dengan 800,000 pengguna,

23-10-2026
Berita Auto

Berapa Ramai Guna Waze?

6.3 juta rakyat Malaysia direkod menggunakan aplikasi navigasi Waze.

23-10-2026
Berita Auto

Nombor Plat Ikut Nama Sendiri? Ini Kata Menteri

Tiada Plat Nama Pemilik: MOT Kekal Nombor Pendaftaran Sedia Ada.

23-10-2026
Berita Auto

Tiada Lebuh Raya Madani, KKR Fokus Jalan Baharu Seremban-Pilah

Projek Lebuh Raya Madani Tiada Dalam Plan KKR, Ini Gantinya.

23-10-2026
Berita Auto

Kantoi Sewa Tayar Lori Demi Lulus PUSPAKOM di Kuantan

Kedai Sewa Tayar Lori Lulus PUSPAKOM Diserbu JPJ.

23-10-2026
Berita Auto

S70 RS Bakal Tiba? Ini Petunjuk Dan Gambar Intipan Terbaru Proton S70 Facelift

Proton S70 Facelift: Reka Bentuk Dalaman Ala X50 & Petunjuk Lencana RS Baharu?

22-10-2026
Berita Auto

Pengerusi Chery Mohon Maaf Kepada Menteri MITI, Ada Sebabnya

Bos Besar Chery Minta Maaf Kepada Menteri Malaysia.

22-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.