ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Kereta Baru

Tesla Model Y Rasmi Di Malaysia – 3 Varian, Capai 533KM, Dari RM199K

Sofea Najmi

Kongsi melalui

CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_-9.jpg

Tesla Motors Malaysia secara rasmi mengumumkan kemasukan mereka ke pasaran tempatan hari ini di Pavilion KL


Tesla telah melangkah masuk ke dalam pasaran Malaysia secara rasminya hari ini dengan pelancaran model pertama untuk negara ini, Model Y. Model Y ditawarkan dalam tiga varian iaitu Standard Range RWD, Long Range AWD, dan Performance AWD. Harga jualan bermula daripada RM199,000. 


Rakyat Malaysia kini boleh mendapatkan jenama EV terkenal dunia ini secara terus daripada Tesla Motors Malaysia melalui platform pembelian dalam talian. Semua unit yang dibawa ke pasaran negara diimport sepenuhnya (CBU) dari Shanghai Gigafactory Tesla. 


CIRI MEKANIKAL MODEL Y


Varian asas, Standard Range RWD dilengkapi dengan bateri 60 kWh untuk menghidupkan motor tunggal pada bahagian belakang dan sistem pacuan roda belakang (RWD). Varian lebih tinggi, Model Y Long Range dan Model Y Performance, kedua-duanya menggunakan bateri yang lebih besar, 78.1 kWh, serta sistem dwi-motor dan pacuan semua roda (AWD). 


CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-11.jpg


Semua varian boleh dicas menggunakan pengecas AC 11 kW. Sementara itu, untuk pengecas pantas DC pula, varian Standard Range RWD boleh menerima input tertinggi 170 kW. Dua varian lebih tinggi, boleh menggunakan input sehingga 270 kW menggunakan Tesla Supercharger. 


CariCarz_Tesla-Supercharger_Pavilion-KL_-3.jpg


Varian asas, Standard Range RWD,  boleh mencapai output 295hp (299 PS) dan tork 420 Nm yang menggerakkan roda belakang, membolehkannya melakukan pecutan 0-100 km/j dalam masa hanya 6.9 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 217 km/j. Jarak perjalanan maksimum  berdasarkan WLTP adalah 430 km. 


Varian pertengahan, Long Range AWD pula menggunakan bateri yang lebih besar, membolehkannya mencapai output 507 hp (514 PS) dan tork 493 Nm. Varian ini berkemampuan untuk membuat pecutan 0-100 km/j dalam masa lebih pantas, 5 saat dengan kelajuan maksimum 217 km/j. Berbanding varian lain yang ditawarkan, Long Range boleh mencapai jarak perjalanan paling jauh dengan anggaran WLTP kira-kira 533 km. 


CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-15.jpg


Varian tertinggi, Model Y Performance, ,walaupun menggunakan bateri dan sistem pacuan  yang serupa dengan varian Long Range, lebih berkuasa dengan output 527 hp (534 PS) dan tork 660 Nm, membolehkan membuat pecutan 0-100 KM/J dalam masa 3.7 saat sebelum mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Bagaimanapun, jarak perjalanan elektrik varian ini lebih rendah berbanding Long Range iaitu 514 km (WLTP). 


REKA BENTUK LUARAN MODEL Y


Ketiga-tiga varian menggunakan tayar 'Gemini' 19 inci sebagai pilihan standard, pengguna boleh mendapatkan reka bentuk 'Induction' bersaiz 20 inci yang lebih besar dengan caj tambahan RM10,000. Varian Performance menggunakan tayar eksklusif 21 inci 'Überturbine'. 


PRESS---TESLA-MODEL-Y-_-(14).jpgPRESS---TESLA-MODEL-Y-_-(11).jpg

CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-7.jpg


KABIN MODEL Y 


Bergerak ke bahagian dalam, dua pilihan warna tema ditawarkan, hitam atau putih. Untuk warna putih, caj tambahan sebanyak RM5,000 dikenakan. Tempat duduk yang disediakan adalah untuk lima orang. Ruang simpanan bagasi memiliki kapasiti maksimum 2,100L sekiranya tempat duduk barisan kedua dilipat. Tempat duduk boleh dilipat dengan mudah melalui suis yang diletakkan pada but. 


CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-2.jpg

CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-1.jpgCariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-8.jpg


Dari segi kemudahan, Model Y dilengkapkan dengan dua pengecas tanpa wayar, empat port pengecas USB-C, kawalan pendingin hawa automatik dengan sistem penapis udara HEPA. Tempat duduk hadapan boleh dilaraskan secara automatik. 


Dari segi teknologi, model ini menggunakan skrin paparan 15 inci, dengan sistem audio hi-fi premium 13 speaker. Kesemua varian menerima fungsi navigasi. 


Untuk kelengkapan yang lebih canggih, pengguna boleh mendapatkan Pakej Premium Connectivity yang merangkumi ciri seperti Live Traffic Visualisation, Satellite-View Maps, Video Streaming, Caraoke, Music Streaming, dan Internet Browser. Untuk makluman, ciri Premium Connectivity ditawarkan secara percuma selama 30 hari sebelum caj bulanan dikenakan. Buat masa ini, harga pakej ini masih belum didedahkan. 


TEKNOLOGI MODEL Y DI MALAYSIA 


Kesemua varian menerima teknologi Autopilot Tesla yang terkenal dengan ciri-ciri bantuan pemandu aktif (ADAS), iaitu Traffic-Aware Cruise Control dan Autosteer. Pembeli juga boleh memilih untuk meningkatkan sistem  ini melalui Enhanced Autopilot dengan caj tambahan sebanyak RM16,000. Pakej ini merangkumi Navigate on Autopilot, Auto Lane Change, Autopark, serta ciri Summon dan Smart Summon.


CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-6.jpgCariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-3.jpg


Tesla juga akan menawarkan rakyat Malaysia peluang untuk mencuba teknologi Pandu Sendiri Penuh (FSD), dengan bayaran tambahan RM32,000. Ini akan melengkapkan lagi kereta dengan pelbagai ciri tambahan lain termasuk Traffic and Stop Sign Control yang masih dalam peringkat Beta. 


HARGA MODEL Y DI MALAYSIA 


CariCarz_Tesla-Model-Y-Launch_details_-4.jpg


Tidak termasuk pilihan aksesori atau teknologi tambahan, Model Y dijual pada harga berikut:


  • Tesla Model Y Standard Range RWD – RM199,000
  • Tesla Model Y Long Range AWD – RM246,000
  • Tesla Model Y Performance AWD – RM288,000


Pembelian adalah termasuk jaminan selama 4 tahun atau 80,000 km dengan jaminan bateri EV selama 8 tahun atau 160,000 km. 

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRU4007

SELANGOR

BSU4697

JOHOR

JF9076J

PULAU PINANG

PSG5072

PERAK

APM3298

PAHANG

CFJ1494

KEDAH

KGJ4939

NEGERI SEMBILAN

NEM3174

KOTA KINABALU

SJU5954

KUCHING

QAB7661P

Terakhir Kemas Kini 18 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca

Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.

29-09-2026
Global

China Panggil Balik 4.3 Juta Kenderaan Kerana Isu Pemegang Pintu

Bahaya Pintu EV: 4.3 Juta Kenderaan Dipanggil Balik di China.

28-08-2026
Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Berita Auto

16-02-2026
Berita Auto

24-12-2025
Berita Auto

26-09-2025
Teknologi

06-06-2025
Kereta Baru

18-02-2025

Berita Terkini

Kereta Baru

Proton X50 Sport Edition Bawa 15 Naiktaraf Eksklusif, Tempahan Dibuka

PROTON X50 Sport Edition Hadir Dengan 15 Penambahbaikan Eksklusif.

08-10-2026
Kereta Baru

Proton Saga Cross 2026: SUV Kompak Mampu Milik, Bakal Dilancar

Tular Video Proton Saga Cross Sedang Diuji.

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition: Harga Promo RM83,800

Chery Tiggo Cross Sport Edition Tiba Di Pasaran Tempatan

07-10-2026
Kereta Baru

Chery Tiggo Cross Sport Edition Rasmi Dilancar, Harga & Spesifikasi

Tiggo Cross Sport Edition Lancar di Malaysia, Lebih Sporty.

07-10-2026
Kereta Baru
Kereta Baru

Harga Mercedes-AMG GT 63 Pro Coupe

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-AMG GT 63 PRO 4MATIC+ Coupé baharu untuk pasaran tempatan.

30-09-2026
Kereta Baru

Volvo EX30 Cross Country Tiba: SUV Elektrik Lasak RM218,888

SUV Elektrik Volvo EX30 Cross Country Rasmi Masuk Pasaran Malaysia.

26-09-2026
Kereta Baru

JETOUR T2 i-DM Rasmi Di Malaysia: SUV Hibrid Lasak Harga RM162k

JETOUR T2 i-DM yang menawarkan gabungan jarak pemanduan sehingga 1,200km baru sahaja mendarat di Malaysia.

22-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.