Transformasi Mazda MX-5 Kepada Kereta Klasik, Mitsuoka Himiko
-full.jpg)
Percaya atau tidak, foto yang anda lihat di atas telah direka menggunakan Mazda MX-5 generasi terbaharu (ND)? Inilah model unik yang telah dihasilkan oleh sebuah syarikat dari negara Jepun, Mitsuoka.
Bagi yang tak pernah dengar, Mitsuoka ialah sebuah syarikat ‘coachbuilder’ atau pembuat kereta Jepun yang diasaskan pada tahun 1996. Syarikat ini terkenal dengan kepakarannya dalam penghasilan kereta-kereta dengan reka bentuk unik diinspirasikan daripada rekaan klasik British, Eropah, dan Amerika.

Foto-foto yang kami kongsikan dalam artikel kali ini adalah rekaan terbaru firma ini yang dinamakan, Mitsuoka Himiko.
Ditawarkan dalam tujuh pilihan warna, reka bentuk Himiko generasi kedua ini menonjolkan ciri-ciri yang diinspirasikan dari roadster British klasik seperti Morgan Aero 8 dan Jaguar XK120. Sentuhan unik lain yang menyerlah dapat dilihat pada bahagian gril serta tempat duduk dalam balutan kulit yang boleh dipilih untuk sama dengan warna luaran.
Bukan sahaja diberikan perubahan pada reka bentuk, saiz asal MX-5 juga mengalami perubahan ketara, kerana Himiko lebih panjang, lebar dan tinggi dengan saiz 4,580 mm (panjang), 2,910 mm (jarak roda), 1,740 mm (lebar), dan 1,235 mm tinggi.
-full.jpg)
-full.jpg)
Ini menjadikan Himiko 665 mm lebih panjang, 10 mm lebih lebar, dan 5 mm lebih tinggi daripada MX-5 yang menjadi asas rekaan. Beratnya juga meningkat sebanyak 100 kg.
Untuk enjin, Himiko menggunakan enjin petrol 1.5L 4 silinder yang sama seperti MX-5 namun ia hanya mampu mengeluarkan output 130 hp dan 152 Nm dengan kuasa yang disalurkan kepada roda belakang melalui transmisi automatik 6 kelajuan. Dengan penambahan elemen pada badan kereta dan beratnya, tidak hairan bagaimana Himiko tidak boleh bergerak sepantas varian MX-5 sebenar yang menggunakan enjin sama.
-full.jpg)
-full.jpg)
-full.jpg)
Walaupun perubahan yang ‘radikal’ dapat dilihat di bahagian luar, ‘semangat’ sama tidak dapat dilihat untuk rekaan kabin. Kebanyakan reka bentuk asal MX-5 dikekalkan. Antaranya termasuk jam instrumen analog, reka bentuk pendingin hawa, serta pad kawalan sistem infotainmen MZD Connect dan skrin.
Hanya 10 unit Mitsuoka Himiko ditawarkan di pasaran dengan harga ¥6,787,000 (~RM219,636) di negara Jepun. Harga ini lebih mahal daripada varian 1.5L MX-5 sebenar.
Bagi pencinta dunia vintaj dan klasik, ini pastinya satu ciptaan yang memukau. Agaknya bila negara kita akan ada pereka kereta unik dengan inspirasi klasik seperti ini.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRT5340
SELANGOR
BSU3556
JOHOR
JF5411J
PULAU PINANG
PSG3408
PERAK
APM1667
PAHANG
CFJ246
KEDAH
KGJ4232
NEGERI SEMBILAN
NEM2475
KOTA KINABALU
SJU5042
KUCHING
QAB7420P
Terakhir Kemas Kini 10 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Mazda MX-5 Generasi Baharu Bakal Guna Sistem Hibrid?
Masa depan Mazda MX-5 akhirnya terjawab. Generasi baharu roadster Mazda ini bakal tiba dengan teknologi elektrik. Sistem trenkuasa model generasi ‘NE’ itu terpaksa melalui transformasi yang drastik.
27-02-2026
Berita Terkini
Angkara Rasuah: Xu Heyi Dijatuhi Hukuman Mati
Bekas Pengerusi BAIC, Xu Heyi Dihukum Mati Angkara Rasuah.
30-09-2026
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe, 1,169hp, Harga Bermula RM1.29 Juta
Mercedes-AMG GT 4-Door Coupe Akan Hadir Dalam Varian GT 63 Untuk Pasaran Tempatan.
30-09-2026
Tesla Roadster Ditangguhkan: Faktor Cuaca Jadi Punca
Pelancaran Tesla Roadster 2026 Ditunda 2 Minggu Lagi.
29-09-2026
Geely EX5 Dilancar, Semurah RM59K
pesifikasi Geely Galaxy E5: SUV Elektrik Pilihan Masa Depan.
29-09-2026
MPV Jepun Patut Risau? Voyah Dream 9 Bakal Goncang Pasaran
MPV Mewah China Ini Bakal Ubah Landskap Jalanraya Malaysia?
23-09-2026
Voyah Dream 9 Bakal Dilancar Tetapi Bukan Di Malaysia
Spesifikasi Voyah Dream 9: MPV Elektrik Baru Dongfeng.
21-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge