UMWT Akan Buka Tempahan Toyota Alphard & Vellfire 2023?
![]()
Toyota Alphard dan Vellfire adalah dua MPV yang boleh dikatakan ‘terlajak laris’ di Malaysia, menjadi pilihan utama bagi ahli politik, jutawan, dan juga mereka yang berkeluarga. Baru sahaja dilancarkan bulan lalu, Alphard dan Vellfire baharu menerima pujian daripada ramai rakyat Malaysia, sehingga ia dilaporkan telah mendorong UMW Toyota Motor (UMWT) untuk menerima tempahan bagi kedua-dua model ini secara rasmi.
Perkara ini terbongkar selepas dua imej tangkap layar yang memaparkan senarai harga Toyota Alphard dan Vellfire 2023 tersebar. Secara tidak langsung, membuktikan kedatangan dua MPV ini ke negara kita.
Untuk pengetahuan pembaca, UMWT sebelum ini telah menawarkan Alphard dan Vellfire secara rasmi pada tahun 2020, tetapi dihentikan kerana MPV ini ditawarkan oleh grey importer dan peniaga kereta recond di seluruh negara.
-full_normal.webp)
Senarai harga Toyota Alphard 2023 yang tersebar (Sumber: Facebook EDM Recon Cars)
Berdasarkan senarai harga yang tersebar melalui halaman Facebook pengedar kenderaan tempatan, Alphard baharu yang "ditawarkan" di pasaran kita ialah varian Executive Lounge dengan enjin berkapasiti 2.4 liter turbo. Ini berbeza dengan apa yang ditawarkan di pasaran Jepun, di mana Alphard baharu hanya tersedia dengan enjin 2.5 liter 4-silinder aspirasi natural dalam versi penuh ICE atau hibrid.
-full_normal.webp)
Senarai harga Toyota Vellfire 2023 yang tersebar (Sumber: Facebook EDM Recon Cars)
Bagi Vellfire pula, senarai harga yang tersebar mendedahkan bahawa ia ditawarkan dengan enjin 2.5 liter, tanpa didedahkan sama ada dalam versi hibrid atau unit aspirasi natural tulen. Mungkin sama dengan versi yang ditawarkan di Jepun, tetapi Vellfire di negara tersebut hanya ditawarkan dengan enjin 2.4 liter 4-silinder turbo.




Toyota Alphard 2023 dengan warna Precious Leo-Blond dan kabin beige (kiri) & Toyota Vellfire 2023 dengan warna badan Platinum White Pearl dan kabin hitam (kanan)
Alphard ditawarkan dalam empat pilihan warna, iaitu Platinum White Pearl, Precious Metal, Precious Leo-Blond, dan hitam, manakala bahagian kabin pula hadir dalam dua pilihan warna tema iaitu beige dan hitam. Bagi Vellfire, ia ditawarkan dalam tiga pilihan warna iaitu, Platinum White Pearl, Precious Metal, dan hitam, manakala kabin pula hanya ditawarkan dalam warna tema hitam.


Berkenaan dengan harga, varian Toyota Alphard Executive Lounge 2023 disenaraikan akan dijual pada harga RM538,000, manakala Toyota Vellfire pula dijual pada harga lebih murah iaitu RM438,000. Semua harga yang dinyatakan di atas adalah harga jalan raya tanpa insurans, termasuk jaminan kenderaan selama 5 tahun tanpa had perbatuan oleh UMWT.


Pada masa penulisan ini dibuat, UMWT belum mengeluarkan sebarang kenyataan atau memberikan komen mengenai senarai harga yang tersebar ini atau sama ada mereka akan membawa Alphard dan Vellfire baharu ke pasaran tempatan.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRS6830
SELANGOR
BSU2167
JOHOR
JF2454J
PULAU PINANG
PSG1277
PERAK
APL9041
PAHANG
CFH9183
KEDAH
KGJ3437
NEGERI SEMBILAN
NEM1780
KOTA KINABALU
SJU4217
KUCHING
QAB7048P
Terakhir Kemas Kini 01 Oct, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Berkaitan
Hasrat Seorang Peniaga Untuk Memiliki Kereta Mewah Tidak Kesampaian Kerana Ditipu Scammer
Seorang peniaga berputih mata apabila kerugian RM22,166 gara-gara terpedaya dalam urusan pembelian kereta mewah yang tidak wujud pada 9 Februari lalu.
21-04-2021
Rasmi: Toyota Yaris Cross Kini Di Malaysia – Petrol & Hibrid Dari RM99,900
Toyota Yaris Cross Dilancarkan di Malaysia: Harga Bermula RM99,900, Ada Varian Hibrid!
08-05-2026
Berita Terkini
F1 GP Bahrain: Laluan Arah KLIA Dijangka Sesak Bermula 2-4 Okt
Penerbangan Dari KLIA 2-4 Okt? Rancang Masa Awal Elak Terlepas
01-10-2026
Touch n Go Tambah 10 Lorong Enhanced RFID Baharu
Senarai Lebuh Raya Dengan Lorong Enhanced RFID Baharu.
30-09-2026
Model Baharu Mercedes-AMG GT 63 Terjah Pasaran Malaysia
Mercedes-AMG GT 63 Rasmi Tiba Di Malaysia.
30-09-2026
Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok
Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.
29-09-2026
Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching
Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.
29-09-2026
EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan
PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.
29-09-2026
Bila Anthony Loke Letak Jawatan?
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri
29-09-2026
500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing
Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.
28-09-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat