Gentari, BMW Malaysia Meterai Kerjasama Bangunkan Ekosistem Pengangkutan Hijau
-full.jpg)
Gentari Sdn Bhd (Gentari), syarikat pembekal penyelesaian tenaga bersih telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan BMW Malaysia menerusi anak syarikat milik penuhnya, iaitu Gentari Green Mobility Sdn Bhd.
Kerjasama ini dilakukan dengan tujuan untuk meneroka dan membangunkan pilihan pengangkutan hijau alternatif, dengan tumpuan kepada kereta elektrik (EV). Gentari dan BMW akan bekerjasama untuk memasang infrastruktur pengecasan EV di pelbagai lokasi, termasuk di pusat-pusat pengedaran BMW. Mereka juga berhasrat untuk melancarkan pelbagai penyelesaian armada EV khas untuk pasaran Malaysia.
-full.jpg)
Selain itu, kerjasama ini bertujuan untuk menyalurkan perkhidmatan nilai tambah kepada pemilik EV BMW, seperti pelan langganan cas EV, medan hadapan elektrik, pengecasan mudah alih dan perkhidmatan pengecasan mudah alih. Selain itu, kedua-dua organisasi ini komited untuk membina infrastruktur tenaga boleh diperbaharui bersama untuk menyokong perkembangan EV di negara ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Gentari dan Ketua Pegawai Eksekutif Green Mobility Sdn. Bhd., Shah Yang Razalli dan Pengarah Urusan BMW Group Malaysia, Hans de Visser, telah menghadiri upacara penandatangan MoU yang diadakan di Mandarin Oriental, Kuala Lumpur.
-full.jpg)
Menurut Shah Yang Razalli, "Kami teruja untuk menjalankan kerjasama dengan jenama automotif berprestij seperti BMW untuk memperluaskan aksesibiliti perkhidmatan dan penyelesaian mobiliti hijau di Malaysia. Selain itu, keupayaan Gentari dalam tenaga boleh diperbaharui juga akan membantu membina rantaian nilai elektron hijau yang lebih komprehensif. Bersama-sama, kita dapat membuka haluan bagi alaf yang lebih hijau dan mampan."
-full.jpg)
Tambah Hans de Visser, "Sebagai pengeluar automotif premium terkemuka yang menawarkan portfoli EV terbesar di Malaysia, kami di BMW Group Malaysia dengan sukacitanya bekerjasama dengan Gentari untuk membangunkan lebih banyak penyelesaian mobiliti, perkhidmatan serta infrastruktur untuk mendorong teknologi dan amalan Bersih dan Bertanggungjawab dalam industri automotif di sini. Saya sudah dapat membayangkan bahawa kerjsama ini bakal membentuk landskap mobiliti masa depan Malaysia, menawarkan lebih banyak penyelesaian yang tercipta melalui pembangunan mampan dan usaha sirkulariti."
Gentari telah menempatkan kira-kira 160 titik pengecasan di Malaysia sejak diperkenalkan pada Jun 2022, dengan matlamat menyediakan 400 titik pengecasan menjelang penghujung tahun 2023. Selain itu, Gentari menyasarkan untuk menjadi rakan penyelesaian tenaga mampan yang paling bernilai di Asia Pasifik menjelang tahun 2030, menguasai lebih daripada 10% pasaran titik pengecas dan 'Kenderaan sebagai Servis' (VaaS) di pasaran utama Asia Pasifik.
Ditulis pada
Sofea Najmi
Sebelum menjadi penulis automotif, Sofea pernah bekerja sebagai penulis bebas, penterjemah & guru Bahasa Inggeris. Graduan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VQM2025
SELANGOR
BSM5340
JOHOR
JYR5882
PULAU PINANG
PRY7332
PERAK
APF3228
PAHANG
CFF3481
KEDAH
KGE3878
NEGERI SEMBILAN
NEJ5389
KOTA KINABALU
SJQ3151
KUCHING
QAB2485N
Terakhir Kemas Kini 18 Feb, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 2.54
RON 97
RM 3.10
RON 100
RM 5.00
VPR
RM 6.23
Diesel
EURO 5 B10
RM 2.99
+0.03
EURO 5 B7
RM 3.19
+0.03
Terakhir Kemas Kini 12 Feb, 2026
Berita Terkini
BYD Atto 3 Evo Didedahkan – Sistem 800V, Cas 25 Minit, Pecutan 3.9 Saat
BYD nampaknya belum mahu berhenti 'membuli' pesaingnya. Kali ini, syarikat automotif dari China itu secara rasmi mendedahkan BYD Atto 3 Evo.
12-02-2026
Toyota Highlander EV 2027 Didedahkan – Lebih Berkarisma, Capai 515 KM, 338 HP
Toyota akhirnya mendedahkan secara rasmi model SUV tiga baris tempat duduk elektrik, Toyota Highlander EV 2027 untuk pasaran Amerika Utara.
12-02-2026
smart #6 EHD Tempuhi Ujian Ekstrem -30°C Sejauh 30,000 KM – Bukti Sistem PHEV Luar Biasa
Jenama smart kini selangkah ke arah pelancaran model terbaharunya, smart #6 EHD, selepas berjaya menamatkan fasa ujian musim sejuk yang ekstrem di China.
11-02-2026
Ferrari Luce: EV Pertama Ferrari Ini Diberi Suntikan DNA F1 & Apple
Bukan lagi rahsia, Ferrari kini secara rasmi mendedahkan nama model elektrik (EV) sulung mereka yang bakal menggegarkan dunia, Ferrari Luce.
11-02-2026
Cas DC RM2.80/kWj Terlalu 'Kayangan'? Shell Akui Sedang Semak Harga Supaya Lebih Marhaen
Shell Malaysia menegaskan komitmennya untuk meningkatkan pelaburan dan memperbanyak inovasi dalam ekosistem kenderaan elektrik (EV) tempatan, selari dengan peningkatan penggunaan EV yang semakin ketara.
11-02-2026
Stok 2025 Dah Licin! Zeekr 7X Kini Dari RM182,800, Lebih Tinggi, Tapi Masih Berbaloi?
Zeekr Malaysia secara rasmi telah mengumumkan harga terkini bagi model SUV elektrik Zeekr 7X bagi tahun 2026.
09-02-2026
Xpeng GX Didedahkan: SUV EREV 1,000 KM Dengan Cip AI Turing
Jenama kenderaan tenaga baharu (NEV) terkemuka dari China, Xpeng, akhirnya mempamerkan imej rasmi pertama model flagship terbarunya, Xpeng GX.
06-02-2026
Pengimport EV CBU Bakal Galas Tugas Bina Infrastruktur Pengecasan?
MITI sedang membuat pertimbangan untuk mewajibkan syarikat pengimport (CBU) kereta EV membantu membina rangkaian pengecasan
06-02-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat