Harga Mercedes-AMG SL 43 2023 Didedahkan – Dari RM999K

Selepas dipertontonkan semasa pelancaran barisan kereta Mercedes-Benz A-Class versi facelift, Mercedes-Benz Malaysia (MBM) akhirnya mendedahkan harga bagi model baharu, roadster Mercedes-AMG SL 43.


Mercedes-AMG SL 43 dikuasakan oleh enjin empat silinder yang sama seperti superhatch AMG A45S
Untuk pasaran Malaysia, SL 43 menggunakan enjin M139 berturbo 4-silinder 2.0 liter yang sama digunakan dalam AMG A45S dengan prestasi yang telah dipertingkat. Kali ini, dengan sistem hibrid ringan 48 volt, SL 43 mampu menghamburkan kuasa sehingga 375 hp dan tork sebanyak 480 Nm. Kuasa disalurkan kepada roda melalui transmisi sembilan kelajuan AMG Speedshift, membolehkannya membuat pecutan dari 0 hingga 100 km/j dalam hanya 4.9 saat, mencapai kelajuan maksimum 275 km/j.


Antara penambahbaikan yang diberikan kepada model SL 43 ini adalah penggunaan bumbung fabrik yang lebih baik, yang menurut Mercedes boleh dibuka dalam masa 15 saat, dan boleh berfungsi ketika berada pada kelajuan 60 km/j.




Ditawarkan standard ialah beberapa elemen AMG yang termasuk brek kompaun berprestasi tinggi AMG, sistem suspensi sport AMG, serta sistem ekzos AMG Real Performance Sound. Dari segi penampilan, model ini menerima pakej krom luaran AMG yang memberikan ‘kilauan’ pada beberapa bahagian kereta seperti gril hadapan, rim jejari 21 inci AMG, dan ekzos.


Bergerak ke bahagian dalam kabin, terdapat paparan infotainmen MBUX bersaiz 11.9 inci yang boleh diselaraskan kepada 12 hingga 32 darjah. Selain itu, terdapat kluster instrumen digital 12.3 inci di sebalik stereng AMG Performance yang sporty. Kelengkapan lain ialah pad pengecas tanpa wayar, pendingin hawa dua zon, Pakej Bantuan Pemandu, Pakej Parkir, Kamera 360 Darjah dan Bantuan Parkir Aktif.


Aura mewah terserlah dalam segenap ruang SL 43, yang mana tempat duduknya dibalut dengan kulit Nappa, penggunaan sistem pencahayaan ambien, ambang pintu AMG yang bercahaya dan sistem audio premium, Burmester Hi-Fi.

SL 43 ditawarkan dalam enam pilihan warna iaitu kuning Sun Yellow, kelabu Selenite Grey, biru Hyper Blue, hitam Obsidian Black, biru Spectral Blue dan perak High-tech Silver. Roadster yang diimport sepenuhnya ini kini boleh ditempah, dengan harga bermula dari RM999,888, atas jalan, tanpa insurans. Buat masa ini, MBM masih merahsiakan pakej jaminan yang ditawarkan. Harapnya, pembelian model ini akan didatangkan dengan jaminan standard 4 tahun, tanpa had perbatuan.


Apa pula pendapat anda mengenai roadster Mercedes-AMG SL 43? Jangan lupa untuk kongsikan pandangan anda di dalam ruangan komen yang disediakan di bawah.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRD8417
SELANGOR
BSR1876
JOHOR
JYB4320
PULAU PINANG
PSD3602
PERAK
APJ4436
PAHANG
CFG9012
KEDAH
KGG6984
NEGERI SEMBILAN
NEK7493
KOTA KINABALU
SJS6017
KUCHING
QAB674P
Terakhir Kemas Kini 29 Jun, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Suzuki eVITARA Rasmi Dilancarkan – SUV BEV Pertama Suzuki, Bermula RM188k
Bermula RM188k, Adakah Suzuki e VITARA eAxle Ini Bakal Jadi SUV Elektrik Pilihan Anda?
26-06-2026
Pencabar Baharu SUV 7-Tempat Duduk, Chery Tiggo 9 Rasmi Dilancar Di Malaysia, Harga Bermula RM166,800
Lengkap 10 Beg Udara & ADAS 2.5, Chery Tiggo 9 Muncul Sebagai SUV Keluarga Paling Selamat?
24-06-2026
Zeekr X 2026 Kini Di Pasaran Malaysia: Harga Bermula RM158,800
Zeekr X 2026 Dilancarkan Secara Rasmi: SUV Elektrik Kompak Premium, Jarak Gerak Boleh Tahan.
23-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T1 - Varian 1.5L & 2.0L Turbo XWD, Harga Anggaran Dari RM143,800
JETOUR T1 Versi Produksi Mengancam Di KLIMS 2026! Dua Varian Turbo, 5-Bintang ASEAN NCAP, Harga Bawah RM154k.
18-06-2026
KLIMS 2026: : Hyundai IONIQ 5 N Dilancar - RM443,88 Sahaja
Laju, Boleh Bawa Anak Bini: Hyundai IONIQ 5 N Ditawarkan Pada Harga RM443,888.
16-06-2026
Hyundai STARGAZER Kini Dibuka Untuk Tempahan Di KLIMS 2026, Harga Bermula Dari RM99,XXX Sahaja
Hyundai STARGAZER: Rupa SUV, Jiwa MPV Keluarga.
15-06-2026
KLIMS 2026 : Hyundai Stargazer Facelift Muncul Di KLIMS
Hyundai Stargazer Muncul di KLIMS 2026.
15-06-2026
KLIMS 2026: JETOUR T2 i-DM Kini Dibuka Untuk Tempahan, Harga Anggaran RM168,888
Satu Tangki Boleh Pergi 1,200km! JETOUR T2 i-DM Hibrid Rasmi Dibuka Untuk Tempahan.
12-06-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat