Imej Sedan BMW M5 G90 Tersebar – Bakal Dilancarkan Tak Lama Lagi?

Baru-baru ini, model BMW 5 Series telah dihidupkan dengan pengenalan generasi terkini, yang buat pertama kalinya termasuk varian elektrik tulen, BMW i5. Selain varian standard, jenama Bavaria ini juga berjanji bahawa 5 Series ini akan dilancarkan sebelum kehadiran versi berprestasi, M, pada masa akan datang.
Sebelum ini, BMW pernah membuat perkongsian dua imej teaser BMW M5 Touring generasi seterusnya, kini, satu foto yang menunjukkan sedan BMW M5 pula mula tersebar. Gambar yang dikongsi oleh seorang pengguna Instafram @_imran_arshad, memaparkan bahagian belakang M5 baharu dalam warna San Marino Blue yang khas untuk model M.
Gambar intipan yang dikongsikan menunjukkan sudut belakang sedan BMW M5 generasi G60 (Kredit foto: @_imran_arshad via Instagram)
Selepas diperhatikan dengan lebih terperinci, jelas dapat dilihat bahawa sedan M5 ini mempunyai elemen rekaan yang sama seperti BMW i5 M60 dengan tambahan ciri eksklusif M, iaitu ekzos empat saluran yang terletak di antara diffuser belakang. Dari sudut sama juga, kita dapat lihat lingkungan roda yang lebar serta rim sporty M.




BMW i5 M60 generasi G60 dengan elemen M Performance
Sayangnya, gambar ini hanya mendedahkan sudut belakang M5 baharu, membuatkan orang ramai tertanya-tanya bagaimana rupa bahagian hadapan model ini. Namun, dengan mengambil kira persamaan bahagian belakang M5 dengan i5 M60, kita boleh membuat andaian bahawa sedan ini mungkin kelihatan agak serupa dengan varian versi elektrik itu.
Dari segi mekanikal, M5 baharu dikatakan akan menggunakan trenkuasa hibrid plug-in (PHEV) dengan enjin V8 berpengecas turbo 4.4L, sistem sama yang digunakan pada BMW XM. Output kuasanya masih belum didedahkan secara rasmi, namun banyak laporan mengatakan bahawa ia boleh mencapai kuasa tidak kurang daripada 700 hp.
-full.webp)
-full.webp)
Super SUV BMW XM Red Label PHEV yang baru dilancarkan
Untuk makluman, PHEV V8 yang digunakan dalam BMW XM Label Red memberikan output keseluruhan sebanyak 738 hp dan sehingga 1,000 Nm tork, oleh itu, tidak mustahil sekiranya M5 juga bakal mampu mencapai tahap kuasa yang sama dengan SUV ini. Maklumat tentang bateri sedan ini juga masih belum diumumkan, tapi kami percaya sedan ini mungkin menggunakan bateri berkapasiti lebih rendah berbanding XM Label Red dengan bateri 29.5 kWh.


Imej teaser rasmi BMW M5 Touring generasi seterusnya
Selain dari versi sedan, M5 generasi seterusnya juga akan hadir dalam versi Touring, terbukti daripada perkongsian beberapa imej teaser sebelum ini. Kedua-dua model M5 ini dijangka akan membuat kemunculan pertama dalam beberapa bulan lagi, dan M5 Touring pula dijangka akan diperkenalkan pada tahun 2024 nanti.

Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRM2064
SELANGOR
BST1341
JOHOR
JC8499J
PULAU PINANG
PSE9405
PERAK
APK8506
PAHANG
CFH5140
KEDAH
KGH6648
NEGERI SEMBILAN
NEL5296
KOTA KINABALU
SJT6377
KUCHING
QAB4359P
Terakhir Kemas Kini 24 Aug, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Tutup Linkedua Demi Lumba Haram: Influencer Antara Kena Angkut
Influencer Permotoran Antara 8 Direman Kes Linkedua.
24-08-2026
Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini
Cuti Panjang Bermula! Aliran Trafik Ke Pantai Timur Mula Sesak Malam Ini.
23-08-2026
Ini Dah Melampau, Mat Rempit Tutup Lebuhraya
Pelesit Jalanan 'Kuasai' Linkedua: Lebuhraya Linkedua Ditutup Demi Lumba Haram.
23-08-2026
Ubah Suai Cari Maut: Jangan Pertaruhkan Nyawa Demi Kelajuan Palsu
Ubah Suai Motor RM15k Hanyalah 'Tiket Sekali Jalan' Menemui Tuhan.
21-08-2026
Dua Nyawa Melayang: Penunggang Basikal Wajib Extra Hati-Hati di Jalan Raya
Geng basikal dinasihatkan berhati-hati mengayuh basikal di jalan besar.
21-08-2026
Siapa Sebenarnya Boleh Langgar Lampu Isyarat Merah?
Boleh Ke Kereta Biasa Langgar Lampu Merah Untuk Beri Laluan? Ini Jawapannya.
21-08-2026
China Hubungi MITI Nak Uji Kereta Terbang Di Malaysia?
Syarikat China Minat Jadikan Malaysia Untuk Uji Kereta Terbang.
20-08-2026
Kes Tiga Sekeluarga Maut Dirempuh Lori JIM: Pemandu Dibenar Ikat Jamin RM60,000
Rempuh Lampu Isyarat Hingga Meragut 3 Nyawa, Pemandu 'Black Maria' Mengaku Tidak Bersalah.
20-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat