ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
EV

Ini Imej Kia EV5 Yang Bakal Didedahkan Secara Rasmi Di China 25 Ogos Nanti

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Kia-EV5-China-(3).jpg

Kia EV5 dikesan di China (Kredit Foto: Car News China)


Kia EV5 baharu versi pengeluaran telah dikesan di China, hanya beberapa hari sebelum pelancarannya secara rasmi di peringkat global akhir bulan ini. Menurut Car News China, susuk EV5 'terbongkar' secara tidak sengaja oleh Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China.


Sama seperti model konsep EV5 yang diperlihatkan awal tahun ini, versi pengeluaran ini mempunyai ciri reka bentuk yang tidak jauh berbeza dengan SUV Kia EV9, namun dalam versi yang lebih kecil. 


Perbezaan ketara antara model ini dan versi konsepnya adalah penambahan cermin sisi konvensional, pemegang pintu yang terbenam pada pintu, lampu hadapan dan belakang LED yang diberikan perubahan kecil, serta beberapa pilihan rim bersaiz 18 hingga 19 inci. 


Kia-EV5-China-(4).jpgKia-EV5-China-(5).jpgKia-EV5-China-(1).jpg

Kia EV5 versi pengeluaran yang bakal dilancarkan tidak lama lagi (Kredit Foto: Car News China)


Walaupun bahagian dalam EV5 masih belum didedahkan lagi, model ini dijangkakan akan menampilkan reka bentuk kabin berkonsep minimal serta dilengkapi teknologi yang sama seperti yang terdapat pada EV9. 


Dari segi saiz, EV5 berukuran 4,615 mm panjang, 1,875 mm lebar, 1,715 mm tinggi, dengan jarak antara roda 2,750 mm, meletakkannya dalam kategori SUV segmen C. Untuk perbandingan, Nissan Ariya, yang juga sebuah SUV EV segmen C, berukuran 4,595 mm panjang, 1,850 mm lebar, dan dengan jarak antara roda sepanjang 2,775 mm.


Kia-EV5-China-(2).jpg


Kia EV5 Concept yang telah diperlihatkan awal tahun ini dibina berdasarkan platform yang sama seperti EV9 iaitu  EV E-GMP Hyundai Motor Group dengan binaan bateri 800 volt, yang menggunakan  pakej bateri fosfat besi litium (LFP) Blade yang eksklusif dari BYD dengan kapasiti yang tidak dinyatakan. Bateri Blade memyalurkan tenaga kepada motor elektrik pada output 215 hp dan 310 Nm yang dipasang di hadapan dan memacu EV5 untuk mencapai kelajuan maksimum elektronik 185 km/j.


kia-concept-ev5-3.jpeg

Kereta konsep Kia EV5 yang didedahkan awal tahun ini


Selain daripada varian pacuan roda hadapan, Kia juga dilaporkan akan memperkenalkan varian pacuan empat roda (AWD) dua motor dengan kuasa yang lebih tinggi. 


kia-concept-ev5-4.jpegkia-concept-ev5.jpeg


Kia EV5 akan dihasilkan di kilang yang bertempat di Yangcheng, China, oleh Dongfeng Yueda Kia Motor - hasil kerjasama Kia dengan Dongfeng Motor dan Yueda Group. Selain pasaran tempatan, EV5 buatan China juga akan dieksport ke beberapa pasaran antarabangsa, termasuk Amerika Syarikat.


Kia EV5 baharu akan membuat penampilan globalnya secara rasmi pada 25 Ogos tahun ini semasa  Chengdu Motor Show akan datang.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VQW6527

SELANGOR

BSP7064

JOHOR

JYW1172

PULAU PINANG

PSB9648

PERAK

APH2427

PAHANG

CFG4183

KEDAH

KGF6935

NEGERI SEMBILAN

NEK3231

KOTA KINABALU

SJR7365

KUCHING

QAB7153N

Terakhir Kemas Kini 08 May, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

02-01-2026
Berita Auto

11-12-2025
Pandu Uji

14-01-2025
EV

22-11-2024
Berita Auto

24-06-2024
Kereta Baru

11-06-2024
Global
Kereta Baru

03-05-2024

Berita Terkini

EV

Kali Pertama: KKR Lancar Garis Panduan Untuk Stesen Pengecas EV

KKR melancarkan Garis Panduan Reka Bentuk dan Pemasangan Sistem Pengecasan Kenderaan Elektrik (EVCS).

07-05-2026
EV

Lelaki Berkeluarga Suka Beli Proton e.MAS 7 PHEV

Strategi Kalis BUDI95: Proton e.MAS 7 PHEV Rekod 6,500 Tempahan, Jadi Pilihan Lelaki Berkeluarga.

28-04-2026
EV

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

ChargeSini Mansuh Manfaat 'Idle Fee' Percuma Bermula 1 Mei 2026

23-04-2026
EV

Proton e.MAS 7 PHEV Emerald Green Kini Di Bilik Pameran

Proton e.MAS 7 PHEV warna Emerald Green sudah ada di bilik pameran seluruh Semenanjung Malaysia.

21-04-2026
EV

EV Tiada Resale Value - Mitos Atau Fakta?

Adakah nilai jual semula (resale value) EV seteruk yang diperkatakan? Kami bongkar kebenaran tentang susut nilai EV di Malaysia dan sebab mengapa anda patut abaikan kaedah trade-in.

20-04-2026
EV

Kenapa Nombor Plat EV Lambat Keluar Malaysia?

Ada pemilik EV mengadu plat putih lambat siap. Adakah ia masalah sistem, vendor, atau kroni? Ketahui punca sebenar dan apa yang anda perlu buat.

17-04-2026
EV

Masalah Sebenar: Bila Orang Yang Tak Faham EV "Bersuara"

Adakah anda anggap EV tu aset yang rugi? Ini Penjelasannya.

14-04-2026
EV

Jimat Kos & Jaga Hayat Bateri: ChargeSini Perkenal 3 Pelan Langganan Baharu

ChargeSini melancarkan langganan terbaharunya: Charge Plus, Charge Pro, dan Charge Max.

12-04-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.