ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Nissan Almera Kini Menyokong Android Auto

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan-Almera-Ext-3.jpg

Nissan Almera menerima kemas kini yang kecil tetapi penting - sokongan Android Auto


Pengedar rasmi dan pemasang kenderaan Nissan di Malaysia, Edaran Tan Chong Motor (ETCM), pada hujung minggu lalu telah mendedahkan di media sosial tentang kemas kini terbaharu yang ditawarkan kepada sedan segmen B, Nissan Almera. Unit infotainmen bersaiz 8 inci model ini kini menyokong sambungan Android Auto.


Sebelum ini, kami pernah diberikan peluang untuk memandu uji Almera dan mendapati bahawa model ini, varian pertengahan, VLP dan varian tertinggi, VLT, hanya menyokong sambungan Apple CarPlay (berwayar). 

Perbualan ringkas bersama konsultan jualan ETCM berdekatan pejabat kami telah mendedahkan beberapa perkara. Menurut sumber kami, ETCM telah mengeluarkan unit Almera dengan ciri terbaru ini bermula bulan ini (Ogos). Tambahnya, unit infotainmen Almera yang hadir dengan ciri sambungan Android Auto ini masih sama,  bermakna sokongan Android Auto baharu ini mungkin boleh diaktifkan dengan mudah melalui kemas kini  firmware.


Nissan-Almera-Int-18.jpgNissan-Almera-Int-31.jpg

Berdasarkan salah satu perkongsian terkini ETCM, unit skrin sentuh 8 inci pada varian VLP dan VLT kini menawarkan sambungan Android Auto selain Apple CarPlay - kedua-duanya menggunakan wayar


Pengumuman ini merupakan satu berita baik terutamanya buat bakal pembeli kerana kemas kini yang dibuat meletakkan Almera hampir sama dengan beberapa pesaing utamanya, Honda City facelift, Toyota Vios generasi AC100 baharu dan mungkin juga Mazda2 Sedan.


Bagi pemilik yang menerima Almera sebelum kemas kini ini dilancarkan, masih tiada sebarang pengumuman daripada ETCM. Kami telah menghubungi ETCM untuk mengesahkan sama ada kemas kini yang sama akan diberikan kepada unit Almera sedia ada melalui pusat-pusat servisnya, tetapi firma tersebut masih belum memberikan jawapan. 


Nissan-Almera-Rolling-5.jpg
Nissan-Almera-Rolling-7.jpgNissan-Almera-Rolling-4.jpg

Almera telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Malaysia pada tahun 2020


Sedan Nissan Almera generasi kedua diperkenalkan di Malaysia pada September 2020 sebelum dijual secara rasmi pada November 2020. Model kali ini hadir dengan pelbagai penambahbaikan berbanding generasi sebelumnya dari segi reka bentuk dan enjin yang digunakan. 


Nissan Almera dikuasakan oleh enjin petrol 1.0L 3 silinder turbo yang dipadankan dengan transmisi automatik CVT. Sistem ini menyalurkan kuasa sebanyak 97 hp dan 152 Nm kepada roda hadapan. Peningkatan penting lain adalah penggunaan pakej Mobiliti Pintar Nissan (NIM) untuk bantuan pemandu aktif (ADAS) dalam varian VLT yang tertinggi.


Almera-Facelift-Thai-19.jpg

Almera versi facelift telah diperkenalkan di Thailand awal tahun ini. Kemasukan ke dalam pasaran Malaysia masih belum diumumkan


Walaupun Almera versi facelift telah diperkenalkan dan mula dijual di negara jiran, Thailand, sejak Mei tahun ini, negara kita masih belum menerima model terbaharu ini. 


Buat masa ini, untuk pasaran Malaysia, Almera ditawarkan pada harga M83,888 (VL), RM89,888 (VLP) dan RM95,888 (VLT) tanpa insurans atau pilihan Pakej Tomei yang diperkenalkan oleh ETCM kira-kira setahun yang lalu.

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRC3643

SELANGOR

BSQ7605

JOHOR

JYY5212

PULAU PINANG

PSC9830

PERAK

APJ1863

PAHANG

CFG7623

KEDAH

KGG4883

NEGERI SEMBILAN

NEK6412

KOTA KINABALU

SJS3895

KUCHING

QAB9782N

Terakhir Kemas Kini 17 Jun, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

28-03-2025
Kereta Baru

05-01-2024
Berita Auto

28-08-2023
Tips

16-08-2023
Video

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Review Nissan Almera Tomei Turbo VLT | Masih Relevan?

Berita Auto

13-01-2023
Berita Auto

04-01-2023
Berita Auto

18-08-2022

Berita Terkini

Berita Auto

SAH: LRT3 Laluan Shah Alam Bakal Beroperasi

Penantian Berakhir: LRT3 Laluan Shah Alam Mula Operasi Akhir Bulan Ini.

17-06-2026
Berita Auto

Lori Jadi Benteng Selamatkan Kereta Lain Daripada Dirempuh Bas Ekspres

Tindakan Berani Pemandu Lori ‘Korban’ Kenderaan Sendiri Demi Sekat Bas Ekspres Hilang Kawalan Dipuji.

16-06-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bukan Sekadar Lesen Percuma, Ini Misi Menyelamatkan Nyawa Anak Muda di Jalan Raya

Anak Muda Yong Peng Tersenyum Lebar! Terima Manfaat Lesen Percuma MyLesen B2.

16-06-2026
Berita Auto

Kadar Tambang ECRL Tular Cuma Spekulasi, Harga Rasmi Belum Diumum – MRL

Jangan Percaya 'Kadar Tambang ECRL' Tular, MRL Sahkan Belum Ada Keputusan Rasmi.

16-06-2026
Berita Auto

Sejarah Berulang: BYD ATTO 3 2026 Raih Lebih 1,000 Tempahan Dalam 10 Hari

Fenomena BYD ATTO 3 (2026): 10 Hari, 1,000 Tempahan.

15-06-2026
Berita Auto

Nahas KLK: 4 Maut Angkara Pemandu Treler "Lalok"

Tragedi Berdarah Lebuhraya Karak: Pemandu Treler Ditahan, Positif Dadah

15-06-2026
Berita Auto

Analisis: Trend 'Lampu Albino': Kosmetik Kereta Hipster atau Tempah Sumpah Seranah di Jalan Raya?

'Lampu Albino': Kenapa Pemilik Kereta Rasa Stylo, Tapi Pemandu Lain Rasa Nak Marah?

12-06-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.