ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Global

Nissan Skyline Nismo Versi ICE Terakhir – 414 HP, Terhad 1,000 Unit

Sofea Najmi

Kongsi melalui

Nissan-Skyline-Nismo-(19-of-55).jpg

Nissan Skyline Nismo 2024


Nissan dilaporkan merancang untuk meneruskan pengeluaran model ikonik 'Skyline' dalam trenkuasa elektrik sepenuhnya untuk generasi seterusnya. Namun, sebelum menamatkan versi enjin pembakaran dalaman (ICE) secara rasmi, Nismo memutuskan untuk memberikan satu lagi sentuhan terakhir kepada model legenda ini dalam bentuk Nissan Skyline Nismo serba baharu. 


Nissan-Skyline-Nismo-(52-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(49-of-55).jpg

Enjin V6 turbo kembar 3.0 liter Skyline menerima talaan eksklusif Nismo, kini dengan output 414 HP!


Bukan sekadar peningkatan dari segi kosmetik biasa seperti barisan GR Sport milik Toyota, tetapi dari segenap aspek oleh Nismo. Dibangunkan berdasarkan model Skyline generasi ke-13, Skyline Nismo kali ini menggunakan enjin V6 turbo kembar 3.0 liter yang sama seperti model standard, tetapi telah diberikan talaan semula oleh Nismo yang membolehkannya mencapai prestasi lebih tinggi sehingga 414 hp dan 550 Nm.


Nissan-Skyline-Nismo-(25-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(11-of-55).jpg


Skyline Nismo terbaru tidak ditawarkan dengan pilihan gear manual, sebaliknya menggunakan transmisi automatik tujuh kelajuan. Namun, Nissan dan Nismo mendakwa bahawa kualiti peralihan transmisi berubah apabila pemandu mengaktifkan mod pemanduan Sport dan Sport+.


Nissan-Skyline-Nismo-(26-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(42-of-55).jpg


Selain trenkuasa, sentuhan istimewa Nismo turut diberikan pada sistem suspensi yang ditala semula, tayar berprestasi dengan bunga yang lebih lebar pada bahagian belakang, serta pad brek yang telah dipertingkat dengan sistem ABS yang ditala semula. 


Nissan-Skyline-Nismo-(12-of-55).jpg

Nissan-Skyline-Nismo-(20-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(21-of-55).jpg


Dari segi visual, Skyline Nismo tampil sporty, dengan gaya yang hampir menyamai model Nismo dua pintu, Nismo GT-R dan model yang baru dilancarkan, Nismo Z. Pada bahagian hadapan, Skyline ini menerima bampar dalam reka bentuk baharu, dengan bibir depan Nismo (dalam aksen merah khas Nismo). Gril berbentuk V yang menjadi ciri eksklusif Skyline masih dikekalkan. 


Nissan-Skyline-Nismo-(35-of-55).jpg

Nissan-Skyline-Nismo-(8-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(7-of-55).jpg


Dari bahagian tepi, Skyline Nismo kini menggunakan tayar Enkei 19 inci khas, yang walaupun bersaiz lebih besar, tetapi lebih ringan daripada tayar standard Skyline. Aksen merah di bahagian hadapan berterusan pada skirt sisi, dan pada fender depan terdapat logo GT  - penghormatan kepada model klasik Skyline GT S54A-1 dari tahun 1960-an.


Nissan-Skyline-Nismo-(33-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(36-of-55).jpg

Nissan-Skyline-Nismo-(38-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(39-of-55).jpg


Aksen merah terus digunakan pada bahagian belakang Skyline Nismo. Ciri lain yang menonjol di sudut belakang ialah diffuser yang kelihatan agresif, lampu brek tengah berkonsep ‘kereta lumba’ dan logo Nismo. Turut mencuri perhatian, spoiler ducktail pada but belakang yang berwarna hitam berkilat serta dua corong ekzos. 


Nissan-Skyline-Nismo-(14-of-55).jpg

Nissan-Skyline-Nismo-(10-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(9-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(24-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(2-of-55).jpg


Warna tema merah-hitam diteruskan di bahagian dalam Skyline Nismo.  Model ini dilengkapi dengan tempat duduk Recaro berlogo Nismo, stereng Nismo yang diberikan balutan kulit eksklusif, kluster instrumen Nismo separa digital, jahitan merah di pelbagai bahagian kabin, ambang pintu Nismo dan banyak lagi. Ciri yang menjadikan model ini lebih istimewa ialah terdapat plat khas yang tertulis nombor unit kereta sport ini pada konsol tengah. 


Nissan-Skyline-Nismo-(31-of-55).jpgNissan-Skyline-Nismo-(32-of-55).jpg

Hanya 1,000 unit Skyline Nismo ditawarkan, dan semuanya untuk pasaran negara Jepun!


Plat nombor tersebut adalah ciri tambahan penting, kerana Nissan hanya merancang untuk mengeluarkan sebanyak 1,000 unit Nissan Skyline Nismo, khas untuk pasaran Jepun ini, dengan harga dari JPY 7.88 juta (~RM251,478). Daripada 1,000 unit terhad ini, 100 daripadanya adalah versi Nismo Limited dengan roda berwarna kelabu dan lambang GT yang disebutkan sebelum ini. Sekaligus menjadikan unit ini jauh lebih unik daripada Nismo GT-R dan Z Nismo.


Nissan-Skyline-Nismo-(28-of-55).jpg


Jadi, apa pendapat tentang Nissan Skyline Nismo ini? Adakah anda berminat untuk melihat salah satu daripada model edisi terhad ini ditawarkan oleh mana-mana penjual kereta recon di Malaysia secepat mungkin? Seperti biasa, jangan lupa untuk tinggalkan komen anda di ruangan yang disediakan di bawah. 

Nissan-Skyline-Nismo-(30-of-55).jpg

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRM6421

SELANGOR

BST2457

JOHOR

JD1649J

PULAU PINANG

PSF1146

PERAK

APK9676

PAHANG

CFH5430

KEDAH

KGH7291

NEGERI SEMBILAN

NEL5750

KOTA KINABALU

SJT7035

KUCHING

QAB4551P

Terakhir Kemas Kini 27 Aug, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Global

08-08-2023
Kereta Baru

05-12-2025
Global

20-11-2025
Global

15-10-2025
Kereta Baru

29-08-2025
Global

27-08-2025
EV

08-07-2025
EV

18-06-2025

Berita Terkini

Global

Lampu Terlalu Terang, Tesla Panggil Balik Lebih 20,000 Kenderaan di AS

Tesla panggil balik lebih 20,000 kenderaan di AS.

17-08-2026
Global

Kecil Tapi 'Laris', BYD Racco Jadi Rebutan Pembeli Kereta Elektrik Di Jepun

Kei Car, EV BYD Racco Terima Sambutan Luar Biasa Di Jepun.

12-08-2026
Global

Bila Kapal Tak Cukup: Ini Cara Pengeluar Kereta China Hantar Kereta Ke Seluruh Dunia

Apabila Kapal Pengangkut Tak Cukup: Inilah Cara Bijak Pengeluar China Eksport Kereta.

11-08-2026
Global

Chevrolet Tamat Operasi di China Selepas 21 Tahun

Chevrolet Ucap Selamat Tinggal Kepada Pasaran China Sebaliknya Tumpu Kepada Pasaran Eksport.

11-08-2026
Global

Zeekr 7X Terbakar Tiba-Tiba di Stesen Pengecasan

Imej Jenama "Kalis Api" Tercabar? Zeekr 7X Terbakar.

10-08-2026
Global

Pemilik Berang Tengok Iklan Spider-Man Muncul Dalam Skrin Infotainmen

Pemilik BMW berang tengok iklan Spider-Man pada infotainmen setiap kali enjin dihidupkan.

06-08-2026
Global

Harga Boleh Beli Rumah! Perodua Traz & Alza Mula Dijual Pada Harga RM242k

Perodua Traz, Alza Serba Baharu Rasmi Dilancar Di Sri Lanka.

27-07-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.