Peluang Teroka Potensi Sebenar Ford Ranger & Raptor 26 Ogos & 16 Sept Ini!
-full_normal.jpg)
Anda pemilik Ford Ranger atau Ranger Raptor dan ingin meneroka potensi sebenar jentera 4x4 yang dimiliki? Sertai pengalaman latihan Ford Ranger Getaways yang akan diadakan tidak lama lagi!
Sesi latihan pertama akan diadakan di M4TREC Beginner 4WD Course di Semenyih, Selangor pada 26 Ogos 2023. Sesi seterusnya akan dijalankan di Sar4Trac Beginner 4WD Course di Kampung Barieng, Bau, Sarawak pada 16 September 2023. Latihan 4WD peringkat awal ini sesuai untuk pemilik yang masih baru dalam aktiviti mencabar, pemanduan off-road untuk menimba pengetahuan dan teknik asas pemanduan off-road yang selamat.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Kedua-dua pusat latihan M4TREC dan Sar4Trac merupakan fasiliti yang telah direka khas untuk pembelajaran dan pengalaman pemanduan off-road dalam persekitaran selamat dan terkawal. Kursus akan dijalankan oleh jurulatih profesional bersijil HRDF yang juga pakar dalam pemanduan off-road.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Peserta dapat mengetahui dengan lebih mendalam mengenai kemampuan dan potensi sebenar Ranger dan Ranger Raptor yang dimiliki selain berpeluang untuk bertemu dengan pemilik lain yang berkongsi minat sama.
Pengarah Urusan, Sime Darby Auto ConneXion-Ford, Turse Zuhair, berkata, "Kami komited untuk membantu pelanggan meneroka kebolehan sebenar Ranger dan Raptors supaya mereka dapat menikmati kehidupan sepuasnya. Kursus Beginner 4WD ini adalah peluang yang baik untuk pemilik, terutamanya pelanggan Next-Gen, mempelajari kemahiran pengendalian kenderaan dengan selamat dan yakin dalam pelbagai jenis laluan.”
Asas Penting Untuk Pengembaraan Off-Road
Sesi latihan dimulakan dengan taklimat mendalam tentang keselamatan, asas pemanduan 4x4 dan rintangan atau cabaran yang akan dilalui.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Melalui aktiviti ini, peserta berpeluang untuk mempraktikkan teknik asas dalam sesi praktikal di bawah bimbingan instruktor. Di M4TREC, rintangan termasuk Dirt Track, Roller Ramp, Frame Twister, Ridge Crossing / Slide Slope, Mud & Ruts, Rutted Track, Ditch, Hill Descend, Hill Ascend dan Mud Dash.
Peserta di Sar4Trac pula akan melalui ladang pisang Ngirobuh untuk menempuhi cabaran Dirt Track, Frame Twister, Mud & Gravel, Rutted Track, Ditch, Hill Ascent, Hill Descent dan Water Wading.
-full_normal.jpg)
-full_normal.jpg)
Kesemua peserta aktiviti akan menerima Sijil Tamat setelah menyelesaikan semua sesi latihan.
Pendaftaran
Kursus 4x4 ini ditawarkan pada harga RM498 seorang, dengan maksimum dua peserta setiap kenderaan. Pemilik Next-Generation Ranger dan Ranger Raptor yang belum menggunakan kod kad Inner Circle boleh menebus diskaun sebanyak 30%. Pemilik terawal Next-Gen Ranger Raptor 2.0L Bi-Turbo Diesel juga digalakkan untuk menebus diskaun Gateways ini sebelum tamat pada Jun 2024.
Tempahan dan pembayaran bagi kedua-dua kursus boleh dibuat di platform Ford Ranger Getaways melalui laman web SDAC-Ford Malaysia. Untuk info lanjut tentang pengembaraan, kunjungi platform Ford Ranger Getaways.
Untuk maklumat mengenai SDAC dan Ford, ikuti Facebook, Instagram, Twitter, dan saluran YouTube Ford Malaysia atau layari www.sdacford.com.my.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRN7405
SELANGOR
BST4348
JOHOR
JD5647J
PULAU PINANG
PSF3075
PERAK
APL2337
PAHANG
CFH6182
KEDAH
KGH8561
NEGERI SEMBILAN
NEL6814
KOTA KINABALU
SJT8782
KUCHING
QAB5107P
Terakhir Kemas Kini 02 Sep, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Rekod Baharu Leapmotor: 103,129 Kereta Diserah Bulan Lepas
Leapmotor, mencatatkan rekod jualan global 103,129 unit pada Ogos 2026.
02-09-2026
981 Ditangkap, 139K Saman Dikeluarkan Polis Trafik Johor
Polis Johor Keluar 139,696 Saman Trafik Dalam 8 Bulan.
01-09-2026
Nahas 11 Kenderaan LPT1: 4 Maut Selepas Lori Tangki Rempuh Bas
Video Tular Lori Rempuh Bas di LPT1 Temerloh, 4 Orang Terkorban.
01-09-2026
Orang Kelantan Sewa Kereta Kepada Rohingya RM50-RM500
Sewa Kereta Kepada Rohingya, Pemilik Kereta Di Kelantan Didenda.
01-09-2026
Had Subsidi BUDI MADANI Naik 300 Liter Sebulan, Hari Ini
Kelayakan BUDI MADANI Naik 300 Liter, Hari Ini.
01-09-2026
Jalan Rosak LTU Gua Musang Punca Kesesakan 20km
Kesesakan 20km Ke Gua Musang: Jalan Rosak LTU Punca Trafik Perlahan.
30-08-2026
Pelancong Malaysia Banjiri Hatyai Walaupun Ada Insiden Bom
Sempadan Thailand Sesak: Rakyat Malaysia Suka Ke Hatyai.
29-08-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat