ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Peluang Uji Kehebatan Sebenar Triton & Xpander Di Dua Acara Ini!

Sofea Najmi

Kongsi melalui

THUMB-ACARA-PANDU-UJI-TRITON-XPANDER.png


Mitsubishi Motors Malaysia (MMM), pengedar rasmi kenderaan Mitsubishi di Malaysia, menjemput orang ramai untuk memeriahkan dua acara yang diadakan bagi mempamerkan kemampuan luar biasa kenderaan Mitsubishi. Acara tersebut ialah Triton Champion Xperience di Miri dan Mitsubishi Ultimate Thrills di Kota Bharu dan Alor Setar. Teruskan membaca untuk info selanjutnya.


Triton Champion Xperience di Miri, Sarawak (26-27 Ogos 2023)


Teroka kebolehan Mitsubishi Triton di acara Triton Champion Xperience. Berlangsung di Parkcity Eastwood, Miri, dari jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang, penyertaan adalah PERCUMA untuk semua.


Web_CariCarz_Mitsubishi-Xperience-5.jpg


Melalui aktiviti yang diadakan, pengunjung dapat merasai sendiri kehebatan pengendalian, kelasakan, kuasa dan ketahanan Triton ketika dibawa pada kelajuan tinggi dan semasa melalui laluan off-road yang mencabar. Aktiviti yang diadakan akan mempamerkan kecanggihan sistem Super–Select 4WD II Mitsubishi Motors dan mod off-road.


Penyertaan terawal untuk sesi pandu uji yang dibuat melalui Triton Mini AXCR akan menerima hadiah eksklusif T-Shirt Champion Xperience, pin tambah nilai Touch N Go RM20, dan peluang memenangi beg North Face EXPLORE BARDU II dalam cabutan bertuah.


Web_CariCarz_Mitsubishi-Xperience-8.jpgWeb_CariCarz_Mitsubishi-Xperience-6.jpg


Turut berlangsung, promosi dan kadar faedah yang rendah 1.77%* untuk tempahan trak pikap Triton Athlete atau Triton AT Premium yang dibuat sebelum 31 Ogos 2023. Pelanggan yang membuat tempahan ini semasa acara ini berlangsung turut akan menerima tumbler berjenama Stanley (tertakluk kepada terma dan syarat). 


Mitsubishi Ultimate Thrills di Kota Bharu dan Alor Setar (25-26 Ogos dan 8-9 Sep)


Orang ramai dijemput hadir ke acara Mitsubishi Ultimate Thrills untuk merasai pengalaman menakjubkan semasa mengendalikan crossover 7 tempat duduk, Mitsubishi XPANDER dan trak pikap Triton. 


Berikut adalah maklumat lengkap acara Mitsubishi Ultimate Thrills:


Tarikh

Negeri

Lokasi

Masa

25-26 Ogos

Kota Bharu, Kelantan

Bersebelahan AEON Mall, Kota Bahru

Lembah Sireh, 15050, Kota Bharu, Kelantan.

10 am – 6 pm

8-9 Sep

Alor Setar, Kedah

Bertentangan Mitsubishi Motors Authorized Showroom, Alor Setar. 

Lot 10201, Susuran Kebarung, Off Persiaran Bandar Baru Mergong, 05150, Alor Setar, Kedah.

10 am – 6 pm


Web_CariCarz_Mitsubishi-Xperience-1.jpgWeb_CariCarz_Mitsubishi-Xperience-2.jpg


Antara aktiviti ialah Devil’s Angle yang mempamerkan kemampuan kenderaan untuk menempuhi laluan yang mencabar atau banjir,  Side Traverse untuk membuktikan kehebatan pengendalian dan Roller Conveyor untuk menguji daya cengkaman semasa melalui jalan yang licin dan mencabar. 


Web_CariCarz_Mitsubishi-Xperience-4.jpgWeb_CariCarz_Mitsubishi-Xperience-3.jpg


Untuk menyertai aktiviti ini, anda boleh mendaftar dengan klik pada Ultimate Thrills , dan dapatkan baucar KFC sebanyak RM10. Melalui penyertaan aktiviti pandu uji, anda bakal menerima beg lipat eksklusif Mitsubishi Motors Nature Hike. Cabutan bertuah menawarkan hadiah-hadiah menarik seperti Nintendo Switch, G Shock, dan UV Disinfectant. 


Ayuh datang beramai-ramai! Tapak acara turut dimeriahkan dengan trak makanan, ais krim dan pelbagai aktiviti menarik lain untuk seluruh ahli keluarga!

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Sofea Najmi

A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRW5994

SELANGOR

BSU7312

JOHOR

JG6512J

PULAU PINANG

PSH748

PERAK

APM6057

PAHANG

CFJ2939

KEDAH

KGJ6538

NEGERI SEMBILAN

NEM4576

KOTA KINABALU

SJU8394

KUCHING

QAB8942P

Terakhir Kemas Kini 30 Oct, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Berkaitan

Kereta Baru

09-04-2026
Kereta Baru

16-02-2026
Kereta Baru

03-02-2026
Kereta Baru

12-01-2026
Kereta Baru
Berita Auto

14-11-2025
Berita Auto

13-10-2025
Berita Auto

26-09-2025

Berita Terkini

Berita Auto

Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi

Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.

29-10-2026
Berita Auto

Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen

Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.

28-10-2026
Berita Auto

Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi

Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.

28-10-2026
Berita Auto
Berita Auto

Bila LTU Kelantan Siap?

LTU Kelantan RM3.08 B: Dijangka Siap Sepenuhnya 2028.

27-10-2026
Berita Auto

Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?

Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.

27-10-2026
Berita Auto

F1 Kembali Ke Malaysia, Ini Kata SIC

Sepang Sedia Kertas Kerja F1: Peluang Keputusan Kini 50-50

27-10-2026
Berita Auto

Pusat 4S Denza Balakong Dibuka: Antara Pusat Pengedar Terbesar Kini di Selangor

DENZA Balakong Rasmi Dibuka, Tawar Perkhidmatan 4S Lengkap.

26-10-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat

Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform

This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

I want to consign my car! Trade-in price too low.

CariCarz Automall

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan

Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge

Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.