Pusat Ujian Proton Terima Pengiktirafan Antarabangsa

Pengeluar kereta nasional, Proton, telah membuat pencapaian yang bersejarah apabila makmal ujian dalaman jenama ini menerima pengiktirafan antarabangsa. Terletak di HICOM, Shah Alam, makmal ujian dan penentukuran ini kini telah dianugerahkan akreditasi MS ISO/IEC 17025:2017 bagi kecekapan ujian dan penentukuran.

Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail (tengah), menerima sijil yang diberikan oleh, Ketua Pengarah Jabatan Standard Malaysia, Shahrul Sadri Alwi (kiri)
Pengiktirafan ini dianugerahkan oleh Jabatan Standard Malaysia (DSM) – badan akreditasi utama negara, yang juga merupakan agensi di bawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Sijil akreditasi ini disampaikan kepada Proton oleh Pengarahl DSM, Shahrul Sadri Alwi, dan diterima oleh Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon.

MS ISO/IEC 17025:2017 merupakan piawai yang mengukur kecekapan makmal ujian dan penentukuran. Piawaian ini digunakan oleh makmal ujian dan penentukuran untuk membangunkan sistem pengurusan kualiti dan menilai kecekapan mereka sendiri, memastikan setiap data dan keputusan ujian yang diperoleh adalah tepat dan berkualiti.

Pengarah Kejuruteraan Proton, Hazrin Fazail Haroon
Mengulas tentang peristiwa bersejarah ini, Hazrin Fazail Haroon berkata, “Akreditasi yang diterima oleh Pusat Ujian Proton adalah pengiktirafan atas kerja yang dijalankan pasukan kejuruteraan dan ujian di PROTON untuk meningkatkan tahap keupayaan teknikal kami supaya sejajar dengan rakan kongsi kami, Geely. Ia juga membolehkan kami mengurangkan kos pembangunan produk kami kerana tidak perlu lagi menghantar komponen untuk diuji ke luar negara serta membantu menguruskan garis masa penbangunan model dengan lebih baik.
“Ia adalah matlamat kami untuk menerima MS ISO/IEC 17025:2017 sejak Pusat Ujian Proton ditubuhkan. Dengan akreditasi, pusat ujian kini memenuhi kedua-dua keperluan kecekapan teknikal dan keperluan sistem pengurusan yang diperlukan untuknya menyampaikan keputusan ujian secara konsisten dan penentukuran yang sah secara teknikal. Akhirnya, ini akan menghasilkan kenderaan Proton yang lebih berkualiti, yang akan memberi manfaat kepada pelanggan kami yang dihargai,” tambah Hazrin.
Ditulis pada
Sofea Najmi
A Bachelor of English Language and Literature graduate with an obsession for the finer details. Sofea uses her background in translation to decode the technicalities of automotive innovation. She is dedicated to delivering impactful, meticulously researched articles that provide a narrative far beyond the spec sheet. LinkedIn: https://bit.ly/3C018vv
Nombor Plat JPJ Terbaru
KUALA LUMPUR
VRX2463
SELANGOR
BSU8148
JOHOR
JG8742J
PULAU PINANG
PSH2060
PERAK
APM7084
PAHANG
CFJ3324
KEDAH
KGJ7027
NEGERI SEMBILAN
NEM4987
KOTA KINABALU
SJU9763
KUCHING
QAB9435P
Terakhir Kemas Kini 02 Nov, 2026
Harga Bahan Bakar
Petrol
RON 95
RM 3.97
+1.38
RON 97
RM 4.90
+1.75
RON 100
RM 7.20
+2.20
VPR
RM 8.23
+2.00
Diesel
EURO 5 B10
RM 5.12
+2.08
EURO 5 B7
RM 5.32
+2.08
Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026
Berita Terkini
Malaysia Ada Litar Hebat, Mana Pelumba F1 Kita?
Sepang Megah Berdekad, Tapi Anak Malaysia Kekal Jadi Penonton Di Litar Sendiri.
02-11-2026
Free Duty: Bukan Untuk T20 'Park" Kereta Di Langkawi
Kemudahan bebas cukai Langkawi bukan untuk bantu orang kaya simpan kereta mewah.
29-10-2026
Minyak Diesel Tanpa Subsidi Naik 20 Sen
Terkini: Harga Diesel Naik 20 Sen, RON95 & RON97 Turut Naik.
28-10-2026
Awas Penipuan Tiket ECRL! Beli Hanya Melalui Saluran Rasmi
Harga Tiket ECRL Sudah Pun Diumumkan, Jadi Jangan Jadi Mangsa Scammer.
28-10-2026
Aplikasi TuJu Bukan Untuk Saing Waze, Fokus Lebuh Raya Bertol
TuJu Dibangun Bukan Ganti Waze.
28-10-2026
Bila PROTON S70 RS Sport Dilancar?
Ada pihak menyifatkan Proton S70 RS Sport bakal dilancarkan Disember ini.
27-10-2026
Tunjuk Lebih
trending_flat
Malaysia First Used Car and EV Consignment Platform
This is the best place to sell your car at true market value. Instead of accepting low dealer trade-ins, we handle everything and connect your car directly to genuine buyers for the highest price.

Understanding CariCarzAutomall Consignment Plan


Approved 200-Check Points Inspection

7 Day Money Back Guarantee

One Year Extended Warranty

No Hidden Charge