ENZHMS
Link Copiedcheck_circle
Berita Auto

Ramai Bengang, Tak Puas Hati

Suhana Veru

Kongsi melalui

image.png

Apakah pendapat anda mengenai cadangan untuk menaik taraf lesen memandu bagi kelas B2 kepada B secara automatik?

Apa jua pendapat anda, dikhabarkan  Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi akan mengemukakan cadangan itu kepada Kementerian Pengangkutan.

Beliau mahu mengutarakan cadangan itu memandangkan  penunggang motosikal yang mempunyai lesen B2 dilihat memiliki pengalaman.

image.png

"Saya tidak fikir ujian memandu (diperlukan) kerana mereka pemandu (penunggang) yang berpengalaman, dan saya juga fikir mereka tidak memerlukan syarat-syarat ketat.

"Saya akan kemukakan kepada Menteri Pengangkutan (Anthony Loke Siew Fook) dahulu, saya tidak fikir ini satu masalah kerana ia merupakan isu pentadbiran sahaja," katanya.

image.png

Untuk makluman anda, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengklafikasikan lesen memandu kelas B2 bagi motosikal tidak melebihi 250 cc manakala kelas B membabitkan motosikal melebihi 500 cc.

Sementara itu, tinjauan CariCarz.com di beberapa halaman Facebook mendapati ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan itu.

Screenshot-2023-08-28-110927.png

“Kurang setuju lesen motosikal B2 automatik dinaik taraf ke B full terus. Sebaik-baiknya secara berperingkat  contohnya letak umur minimun untuk layak B full atau B2 dinaik taraf ke 500 cc dulu,” komen Khairi.

Sementara itu, seorang lagi pengguna Facebook pula meninggalkan komen:

“Kalau macam tu, Siapa yang ada SPM terus automatic dapat degree atau diploma, tak yah susah susah masuk universiti,” tulisnya.

Screenshot-2023-08-28-111042.png

Seorang lagi penguna Facebook, Ramli pula berkata, cara menunggang lesen B full dan lesen B amat berbeza.

Kalau dalam pasukan polis...kena kursus 5 minggu untuk dapat lesen B full .Jadi kalau hanya ada lesen B TAPI nak bawak motosikal kuasa tinggi alamat lebih ramai la yang mati kerana kemalangan,”ujarnya.


Gallery

Kongsi Artikel Ini

Ditulis pada

Suhana Veru

Suhana Veru merupakan bekas wartawan Kosmo. Berkecimpung dalam dunia wartawan hampir 14 tahun. Linkedin https://www.linkedin.com/in/suhana-veru-92020a31a/

Kongsi melalui

Nombor Plat JPJ Terbaru

KUALA LUMPUR

VRS1941

SELANGOR

BSU1362

JOHOR

JF184J

PULAU PINANG

PSF9442

PERAK

APL7973

PAHANG

CFH8701

KEDAH

KGJ2994

NEGERI SEMBILAN

NEM1378

KOTA KINABALU

SJU3475

KUCHING

QAB6563P

Terakhir Kemas Kini 29 Sep, 2026

Harga Bahan Bakar

Petrol

RON 95

RM 3.97

+1.38

RON 97

RM 4.90

+1.75

RON 100

RM 7.20

+2.20

VPR

RM 8.23

+2.00

Diesel

EURO 5 B10

RM 5.12

+2.08

EURO 5 B7

RM 5.32

+2.08

Terakhir Kemas Kini 30 Apr, 2026

Berita Terkini

Berita Auto

Raptai Pertunjukan Gulf Air Sempena F1 GP Bahrain Bermula Esok

Ada Sebabnya Kenapa Gulf-Air Terbang Rendah Esok.

29-09-2026
Berita Auto

Volvo Perluas Rangkaian, Buka Pusat 2S Baharu di Kuching

Pusat 2S Volvo Kuching Dibuka Rasmi Untuk Pemilik Volvo Sarawak.

29-09-2026
Berita Auto

EV No.1 Malaysia: PRO-NET Serah Proton e.MAS ke 40,000 Dalam 20 Bulan

PRO-NET Raikan Pelanggan Proton e.MAS Yang Ke- 40,000.

29-09-2026
Berita Auto

Bila Anthony Loke Letak Jawatan?

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri

29-09-2026
Berita Auto

500,000 Saman Kesalahan Jalan Raya Babitkan Warga Asing

Puncanya ialah rakyat Malaysia jangan membenarkan kenderaan mereka disewa dan digunakan oleh warga negara asing.

28-09-2026
Berita Auto
Berita Auto

Isu Aerotrain KLIA Sesak: Penjelasan Rasmi Malaysia Airports

Kesesakan teruk di Bangunan Satelit Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, hari ini, kerana hanya satu Aerotrain beroperasi.

28-09-2026
Berita Auto

JSPT Uji 3 Model Harley-Davidson

JSPT Uji Motosikal Harley-Davidson untuk Penguatkuasaan

25-09-2026

Tunjuk Lebih

trending_flat
Tentang Kami

CarzMedia: Kekal berhubung dengan berita kereta terkini! Dapatkan kemas kini segera tentang keluaran baharu, arah aliran industri dan inovasi automotif. Sumber utama anda untuk liputan 24/7 untuk semua automotif.

© 2026 CariCarz.com. All Rights Reserved.